💐37

117K 4K 212
                                    

(Jessica Jung as Bella)

Rian berjalan menuju ke dewan kuliahnya. Dia sudah di semester akhir dan hanya menunggu graduate sahaja. Rian mengambil tempat di bahagian belakang dan agak jauh dari orang lain. Rian kurang bergaul dan berbual dengan rakan sekuliah dia.

Dia memasang headphone sementara menunggu Prof Dr Zulaikha masuk sebentar lagi. Rian memejam mata dan bersandar di kerusi. Dia tak menghiraukan mata-mata yang memandangnya.

"We meet again huh?"

Rian membuka matanya apabila terasa headphone dia ditarik oleh seseorang. Mata dia tajam menikam seorang perempuan yang tersenyum sinis di hadapan dia.

"Kau nak apa?"

Bella tergelak sinis. Dia memeluk tubuhnya sambil memandang Rian. Satu kelas memandang mereka dengan wajah hairan. Yang perempuan pula sudah memandang Bella tajam. Sebab dia perempuan pertama yang berjaya membuatkan Rian bercakap. Kalau yang lain jelingan tajam saja sebagai balasan.

"Aku nak kau. Boleh?"

Kata Bella dalam suara menggoda. Rian hanya tersenyum senget. Dia melihat Bella atas bawah dengan senyuman sinis.

(Pakaian Bella)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Pakaian Bella)

"Layak ke kau?"

Bella mengetap gigi mendengar kata-kata itu. What the? Rian menyangkut headphone dilehernya dan tak mempedulikan Bella yang berdiri disebelah dia. Tak lama Prof Dr Zulaikha memasuki dewan itu. Dewan itu yang tadi bising kini senyap.

"Kenapa tak duduk Miss Bella?"

Tegur Prof Dr Zulaikha. Pelik dengan tingkah pelajar dia itu. Bella yang terasa dirinya menjadi perhatian terus duduk disebelah Rian.

"Kamu semua dah siap assignment yang saya bagi hari itu?"

Mereka semua mengangguk. Rian mengeluarkan assingment dia. Tak cukup tidur dia menyiapkan assingment itu.

"Good. Sekarang boleh hantar"

Rian berdiri dan berjalan menuju ke meja Prof Dr Zulaikha. Dia meletakkan assignment dia di atas meja itu. Kenudian Rian kembali ke tempat duduknya. Maka bermulalah sesi pembelajaran.

"Miss Bella habis kelas nanti jumpa saya"

Bella hanya mengangguk saja menerima pesanan itu. Dia fokus mendengar penerangan di hadapan. Rian juga sama. Masing-masing tak bercakap.

Prof Dr Zulaikha keluar dari kelas itu setelah tamat kelas. Pelajar-pelajar lain juga keluar sama. Rian mengemas barang-barang dia. Perutnya sedari meminta diisi.

"Kau nak ke mana?"

Bella menyentuh lengan Rian. Dia pandang Rian dengan wajah ingin tahu. Rian menepis tangan Bella. Muka dia bukan main dingin lagi.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now