Raisya membuka matanya perlahan-lahan. Mata dia sedikit terpejam kerana terkena sinaran cahaya di hadapan dia. Danny yang bermain telefon di sebelah Raisya segera mendapatkan isterinya.
"Alhamdulillah sayang dah sedar. Syukur Ya Allah"
Danny mengucup dahi isterinya. Raisya hanya diam. Dia memegang perutnya. Serta merta wajah Raisya berubah. Muka suaminya dipandang.
"Abang mana baby kita?"
Soal Raisya dalam nada bergetar. Mengigil tangan dia memegang perutnya.
"Baby kita selamat. No I mean babies"
Raisya mengerutkan wajahnya. Pelik dengan kata-kata Danny. Babies?
"Apa maksud abang?"
"Terima kasih sayang sebab bagi dua baby kepada abang. Abang happy sangat-sangat. Sayang mengandung kembar. Dua-dua baby boy"
Menitis airmata Raisya mendengar kata-kata Danny. Danny pantas menyapu airmata isterinya. Tubuh Raisya dipeluk erat.
"Sayang nak tengok anak kita?"
"Kejap lagi sayang. Nanti nurse bawa masuk. Sayang kena banyak berehat. Sayang masih lemah. Sayang baru je lepas operation"
Dann membaringkan tubuh Raisya secara perlahan-lahan. Raisya baru tersedar. Patutlah perut dia terasa perit dan pedih sahaja.
Tak lama itu dua orang nurse masuk bersama dua orang bayi lelaki. Nurse itu memberikan kedua bayi lelaki itu kepada Raisya. Raisya tersenyum bahagia melihat kecomelan bayi mereka.
"Comelkan mereka? Macam abangkan?"
Riasya mencebik. Perasan! Dia melihat kedua bayi lelaki itu secara bergilir-gilir. Dua-dua ikut muka suaminya. Hanya rambut saja ikut rambutnya. Perang.
"Eleh! Sayang jeles lah tu sebab tak ikut muka sayangkan?"
Ejek Danny. Dia mendukung salah seorang bayinya. Raisya membuat mula. Sejak bila entah si Danny ni pandai mengejek. Selalunya serius je memanjang!
"Tak ada maknanya saya nak jeles. Awak dah bagi nama untuk dorang?"
"Dah. Saya bagi yang ini. Sorang lagi awak. Ni namanya Firash Aryan"
Danny mengagah Firash di dukungan dia. Bayi itu mengukir senyuman sahaja.
"Ermm...Ray Amsyar? Okay tak?"
"Okay. Amsyar dan Firash. Sesuai sangat"
Raisya tersenyum suka. Tak lama itu pintu wad dibuka dan muncullah beberapa orang manusia yang belum menyalin pakaian mereka.
"Amboi! Korang! Serbu wad bini aku bukan main kasar! Baju tak salin!"
Sindir Danny sedas. Mereka hanya tergelak sahaja. Rian mengambil Amsyar di dukungan Raisya. Bayi itu merenggek manja sebelum kembali tertidur.
"Comel"
Puji Rian. Jarinya bermain dengan tangan sekecil itu. Bella turut bermain sama. Feng mengambil Firash di dukungan abangnya.
"Well tengoklah siapa ayah dia"
Mark dan Jay membuat muka menyampah. Perasaan ya ampun! Raisya hanya tergelak sahaja.
"Mana Naim?"
Pertanyaan itu membuatkan mereka semua terdiam. Raisya terasa pelik.
"Kenapa diam? Naim okay saja kan?"
Danny memegang bahu Raisya. Wajah mendung isterinya di pandang. Dia tahu bila-bila masa saja Raisya akan menghampurkan tangisan dia.
"Dia okay. Sayang jangan risau. Naim sekarang dah ada kat sana"
Raisya terdiam. Dia faham. Raisya hanya mampu menangis di dalam hati sahaja. Mereka kemudian bermain dengan si kecil itu. Riuh wad itu dengan suara mereka.
"Korang pula bila lagi?"
Soal Raisya dalam suara mengusik. Mereka semua mencebik. Perli je lebih!
"Soon"
Jawab Mark mudah. Jay hanya mengangguk menyokong kata-kata Mark. Mata Raisys jatuh ke arah Bella dan Rian.
"Rian bila nak langsung?"
Terus berubah wajah Rian apabila disoal kakaknya. Wajah dia memerah menahan malu.
"Tunggu kau keluar wad baru kami langsungkan"
Kata Bella terus terang. Rian sudah menunduk. Raisya sudah tersenyum riang. Danny juga sama.
"Kami pun"
Celah Feng. Lisa terus mengetuk kepala Feng dengan muka bengang.
"Bila masa pula aku nak kahwin dengan kau?"
"Ehh tak eh??"
Lisa mengeleng pantas. Feng sudah menarik wajahnya. Hampeh betul! Rian sudah mengetawakan Feng.
"Padan muka kau!"
Ejek Rian. Lisa tersenyum dalam diam.
"Tapi kalau awak jumpa family saya, saya setuju"
Feng menarik senyuman lebar. Jay bersorak riang. Mark pula hanya menepuk tangan sahaja.
"Bang esok kita fly ke China tau"
Kini gelak ketawa mereka semakin kuat. Wajah Raisya sudah terpacar kegembiraan. Kini dia sudah bertemu dengan jalan bahagian dia. Danny memeluk erat tubuh isterinya.
"love you"
Bisik Danny lembut. Raisya tersenyum manis mendengar bisikan itu. Tahu sudah yang Danny amat menyayangi dia
"You're mine mr mafia"
Balas Raisya dan memeluk tubuh Danny erat. Danny mengucup pipi Raisya. Sayang dia hanya pada Raisya dan dua kembarnya.
Tamat
______________
Author nk cakap terima kasih sbb sudi baca You're mine mr mafia. Author hargai sangat-ii thanks yg sudi vote tak henti-ii 😘
Sbb korang cite ni dah capai 2k. Tanpa korang mungkin cite ni akn di delete 😪
Dgn ni tamatnya cite dri author 😄 hope korang suka 😀Thanks sbb sudi baca and vote 💞
Author terharu gila-ii 😢😂 apapun sis dh tamatkan and happy ending 😍 typo abaikan 😑 sis mls nk check balik 😂 kalu terasa ada typo hrp korang fhmlah 😂Salam sayang dri author 😍😘
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
General Fiction[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...