Kini kandungan Raisya sudah mencecah 9 bulan. Perut dia bukan main besar lagi. Danny yang melihat sudah naik gerun. Bimbang meletup pula!
"Abang saya nak air"
Pinta Raisya perlahan. Dia tak mampu nak berjalan dengan perut yang besar semacam itu. Mereka tak pergi scan pun sebab nak surprise. Jadi biarlah rahsia.
"Kejap abang ambilkan"
Raisya hanya mengangguk sahaja. Dia kembali menyambung membaca majalah ibu-ibu mengandung.
KRAK!
Raisya tersentak terdengar bunyi itu. Hati dia menjadi tidak sedap. Macam ada perkara tidak diingini akan berlaku. Kemudian kedengaran derap langkah memasuki biliknya.
"Siapa tu?"
Raisya bersuara. Dia sudah berpeluh. Terlihat dua kelibat lelaki di hadapan dia yang memakai mask dan berpakaian serba hitam. Raisya sudah cuak.
"A--aba--"
Belum sempat Raisya nak bersuara mulutnya ditekup rapat. Raisya jatuh terkulai dan pengsan. Lelaki-lelaki itu tersenyum sinis. Dia mengangkat tubuh Raisya menuju ke tingkap. Badan Raisya diletakkan dalam kedongan dia.
"Nampaknya bos akan suka"
Desis lelaki-lelaki itu. Dapat juga mereka menculik Raisya dan membawa kepada bos mereka. Bukan mudah nak memecah masuk ke dalam rumah Danny yang sentiasa di kawal rapi.
Sementara itu Danny menolak pintu bilik mereka. Danny mengerutkan wajah dia apabila kelibat Raisya tak kelihatan. Dia meletakkan air di atas meja dan mula mencari kelibat isterinya.
"Sayang?"
Pintu tandas ditolak. Tetapi kelibat Raisya tiada. Dann mula berasa cemas. Wajah dia yang tenang sudah bertukat bengis. Mata Danny terpandang ke arah balkoni bilik mereka. Jantung Danny terasa mahu tercabut. Dia segera menghampiri balkoni.
"Tak guna!"
Danny memukul besi balkoni itu dengan wajah tegang. Dia melihat ikatan tali di balkoni itu. Macam mana boleh terlepas?
"Kau memang cari pasal!"
Danny mengetap giginya. Wajah dia mula memerah. Dia mengenggam telefon dan mendailkan nombor Mark.
"Aku nak semua berkumpul. Sekarang!"
Tegas Danny. Dia membaling telefon dia. Wajahnya diraup kasar.
"Maafkan abang sayang!"
▪▪☆☆▪▪
"Hoi! Bangun!"
Joshua menampar kasar wajah Raisya yang masih lagi memejam mata. Joshua yang sudah bengang terus menampar kuat pipi Riasya membuatkan wanita mengandung itu terus terjaga.
"Bangun pun kau"
Joshua duduk di kerusi bertentangan dengan Raisya. Raisya merintih kesakitan apabila terasa bibirnya pecah. Airmata jatuh laju di pipinya.
"Tchh! Tak sangka aku bini kau cantik"
Joshuan menyentuh pipi Raisya. Raisya pula sudah ketakutan dengan muka bengis Joshua di hadapan itu. Senyuman lelaki cina itu amat menakutkan dia.
"Kau sekarang dah jadi milik aku! Rumah ni akan jadi tempat tinggal kau. Selepas kau bersalin aku nak kau kahwin dengan aku. Anak-anak kau? Hmm? Nak buat apa ya?"
Joshua tersenyum jahat. Rambut Raisya direntap kasar sehingga Raisya merintih kesakitan.
"Anak kau aku bunuh. Sebab dia darah daging Danny. Aku benci Danny sebab dia musuh aku! So aku harap kau tak kisah sayang"
Joshua mengucup pipi Raisya sekilas sebelum menyeringai. Raisya pula sudah menangis disitu. Terasa jijik dengan ciuman Joshua kepadanya. Joshua bangun dan menghampiri anak buah dia.
"Jaga dia baik-baik. Aku nak enjoy kejap! Kalau aku tahu kau sentuh dia siap kau aku kerjakan!"
"Baik bos!"
Sebaik saja kelibat Joshua hilang Raisya menangis teresak-esak. Dia berharap yang Danny akan menyelamatkannya. Tak sanggup dia tinggal dalam bilik yang penuh dengan dadah. Dia sekarang berada di markas pemprosesan dadah milik Joshua.
___________
Dah nk sampai ending 😭😭
Btw sis update laju-ii sbb nanti sis akn busy 😪 so sis harap korang x kisah kalu cite ni habis awal. Ending dia sis tak tahu sad or happy ?Korang tunggu je 😘
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
General Fiction[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...