BERDIRINYA saya di sini nak bagitahu kepada pelajar semua esok cuti. Datang ke rumah saya sebab ada buat majlis kesyukuran. Nyawa saya totally selamat daripada diancam oleh kebengisan cikgu yang berada dalam kelas 5Prinsip Akaun1 sekarang.
Aku berdiri luar kelas sambil menyengih memandang kelas sebelah iaitu, kelas 5Sains1.
Mataku tertangkap satu figura yang berada di hadapan kelas menerangkan tentang subjek sejarah dengan hasil kerjanya.
Ishh selekeh betul malaun ni buat kerja. Bersepah-sepah dan tak tersusun dengan teratur. Dan semestinya malaun itu ialah Haqiem sebab dia seorang je yang aku panggil dengan gelaran kat sekolah ni.
Aku sibuk menumpukan perhatian dengan pembentangan satu group tu sehinggakan pembelajaran akaun dalam kelas aku abaikan.
"Hah Ad? Awak tengok apa dekat sana? Cuba lah focus dengan pelajaran yang saya mahu ajar ni. Topik ini susah tahu. Ish, berbuih saya malut bagi ceramah dekat awak" tegur Cikgu Zahrah bila perasan aku tak tumpukan pelajaran dia.
Macam mana aku nak focus apa dia ajar kalau aku berdiri kat luar ni.
Bingai punya cikgu.
Dengan cahaya matahari semakin meninggi buatkan pancaran cahaya menyimbah mukaku. Dah macam udang terbakar.
Aku mengeluh "Cikgu bagi lah saya buat apa-apa kat luar ni. Dah macam tunggul duk tegak kat tiang ni hah. Ada jugak saya round satu bangunan ni karang"
Aku kibas baju sukan oren dengan kuat. Panas bukan main lagi.
Aku pandang ke kelas 5Sains1 dan Haqiem sedang memerhati aku.
Sejak tadi ke? Heh!
Aku buat muka tak puas hati dan menyebut 'kau apahal?'. Dia angkat bahu dan mencebik. Aik? Malas nak layan ah tu. Selalunya dia lah manusia yang taknak kalah dengan aku.
Takde mood maybe?
Ke pembentangan dia tadi tak tip top?
Atau kena marah sebab kerja dia tak siap?
Ke sebab kena lucut jawatan pengawas? Tapi dia masih dengan seragam pengawasnya. Pelik!
Ah!
Pehal aku nak care pasal dia. Lantak ah sana.
Kan?
"Ad"
"Hah" sahut aku dan menoleh ke kelas semula.
"Ni awak belikan air milo ais ikat tepi untuk saya. Nah keep the change" aku berjalan masuk ke dalam kelas. Cikgu Zahrah mengeluarkan sekeping not RM5.
Ni rasuah aku ke apa ni?
Aku hanya menurut perintah dan keluar semula ke kelas berlalu pergi ke kantin. Aku kembali ke dalam kelas bila teringat sesuatu.
"Cikgu! Bukan Cikgu Zaini tak bagi pelajar pergi kantin ke waktu sekarang ni?" aku tayangkan duit RM5 atas kepala.
"It's okay. Cakap la urgent ke untuk cikgu ke. Whatever lah just go. Okay?" aku angguk sekali lagi tapi tak bergerak dari situ.
"Tapi cikg--"
"Apa lagi Ad? Just go. Cikgu Zaini tak perasan awak punya. Awak tu kurus boleh menyorok di sebalik tiang sana" aku merengus dan kalini aku takkan berpaling lagi.
Aku bukan apa, malas nak turun ke kantin. Bukannya aku boleh mentedarah pun nanti. Dengan dugaan air milo Cikgu Zahrah tu confirm menggiurkan aku. Kang tak pepasal sampai kelas dah tinggal separuh.
YOU ARE READING
DUA HATI
Teen FictionMengisahkan segolongan remaja melalui zaman persekolahan menjadi pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Sri Ampang. Hanya rekaan semata-mata dan kebetulan jika sama dengan nama atau situasi kalian semua. So here you go 'Dua Hati' ? Start - 13 June 17' E...