6 | PERJUMPAAN

83 15 5
                                    

HA..

Hu..

Ha...

Aku termengah kerana terpaksa berlari long distance seorang diri di kawasan lapang. Seperti sesuatu sedang mengejar aku dari belakang. Aku menoleh ke belakang untuk memastikan sesuatu yang mengejar aku tadi sudah tiada.

Kaki diheret lesu membawa diri di tempat yang asing bagi aku. Kawasan yang sangat lapang sampai tak nampak satu bangunan.

Shit.. kat mana aku ni sial!?

Peluh yang menitik aku lap dengan lengan baju. Ada sebuah pokok yang rendang berada dalam 50 meter dari tempat aku berdiri. Aku terus berlari ke arah pokok itu. Fikir nak rehat, tidur semua lahh.

Ternyata tanpa disangkal, pokok yang rendang tadi mempunyai buah. Aku petik buah itu dan termenung hairan. Bentuknya lonjong dan berwarna kuning keemasan. Aku fikir buah tu tak wujud langsung kat dunia even kat overseas pun.

Tanpa fikir panjang, aku baling buah tadi ke bawah tanah. Aku biarkan buah itu dan bersandar pada batang pokok yang besar. Tiba-tiba ada bunyi sesuatu sedang meretak berhampiran dengan aku. Mata aku tertumpu kepada buah kuning keemasan yang berpunca bunyi keretakan tadi. Aku menghampirinya semula dan menilik buah itu dengan jarak yang dekat.

Damn, ni bukan buah. Ini telur makhluk yang kejar aku tadi.

Kerongkong tekak aku mula kesat. Peluh dingin aku mula menitik seperti aku dikejar tadi. Kepala aku toleh ke kiri kanan dengan perasaan cuak.

"ARGHHHHHH!!!" terlihat segerombolan makhluk yang mengejar aku tadi berlari menghampiri aku.

Fuck. Dia bawak geng pulak.

Tidak sah lagi 'mereka' sedang menuju ke arah aku untuk membaham aku. Aku mula berundur ke belakang setapak demi setapak.

Satu.

Dua.

Ti—

"TOLONG!!!" aku berlari lintang pukang ke arah bertentangan dengan makhluk-makhluk tadi. Hampir 10 minit aku berlari macam Usain Bolt. Macam kena kejar dengan hantu kak limah pun ada.

Segerombolan makhluk tadi sudah lesap dipandangan aku. Kaki aku mula melangkah seperti normal.

Mana dorang ni? Singgah RnR ke apa? Bukannya nak ajak, choyyyy...

Sedang aku sibuk mengomel tentang apa yang melanda diri aku, ada suatu bayang di hadapan. Aku mendongak dan terlihat satu makhluk seperti makhluk yang mengejar aku tadi merenung aku dengan tajam. Kedengaran sesuatu merengus di belakang aku pula.

Sah, makhluk tadi prank aku.

Ahh... cilaka. Time ni pulak aku nak terkucil. Macam mana nak lari ni?

Aku mula cuak apabila 'mereka' makin menghampiri dan mengepong aku. Kepala ditoleh ke depan dan belakang. Tenaga aku sudah habis digunakan membuatkan aku terkedu di situ. Tanpa buang masa, aku terus rebah ke tanah berpura-pura pengsan.

Aku tak kira. Tadi dorang prank aku. Ni aku pulak prank dorang.

Mata dibuka separuh meninjau ke kawasan sekitar. 'Mereka' sudah tiada. Saat aku rebahkan kepala semula, terlihat seekor makhluk tadi memerhati aku dengan jarak dekat. Tangannya perlahan-lahan mendekati wajah aku untuk mencarik isi kulit dengan kejam. Aku memejam mata dan menjerit dengan sekuat hati.

"ARGHHHHHHH!!!" aku menjerit apabila muka makhluk tadi berubah menjadi muka Susanne. Sejak bila Su jadi dinasour?

"Weh kau kenapa?" Susanne menyoal aku dengan cuak melihat aku pucat lesi. Tangannya memukul bahu aku dengan kasar.

DUA HATIWhere stories live. Discover now