3 | TAK BERMOTIF

131 18 2
                                    

[(±)]

Aku mengetuk kepala dengan buku teks tebal matematik tambahan ketika berjalan keluar dari sekolah. Pelajar yang berada di situ memandang dengan muka berkerut.

Ah lantak dorang!

Aku ni ada masalah besar. Dorang apa tau.

Ada satu tangan melingkari di batang leherku. Disebabkan aku tinggi so aku kena bongkok sikit badan aku.

Ceh tinggi haktuihh ah kau Ad.

Perfume ni heh tau sangat sapa. Aku menoleh ke tepi. Terselah muka manis Su disebelah. Tinggi aku dengan dia lebih kurang je cuma aku lagi tinggi ah.

Jap nak gelak ahahahahaha...

"What's up? Lepas jumpa cikgu Mus muka tu ketat macam spender basi je aku tengok. Dia jampi apa kat kau sampai jadi macam ni?" usik Susanne melihat mood aku sudah swing.

"Kau ingat dia tok mudim ke nak jampi bagai? Menda kau ni" aku menjeling ke arahnya dan kaki menuju ke luar pagar sekolah.

Susanne mengejar dari belakang.

"Lahh cikgu Mus kan muka macam Hael Husaini yang artis nyanyi lagu jampi tu. Dan bila kau hadir bagai satu misteri, ternyata diriku bagai sudah dijampi~~ ahahahahah" okay suara Susanne boleh tahan sedap. Kat youtube banyak video cover lagu. Famous boleh ah.

"Hm nanti ah aku bagitahu kau. Serious beb aku takde mood ni. Kang ada yang aku karate satgi"

"Okay dear. Haaa.. okay ah aku gerak dulu. Driver aku dah sampai hehehehe. Bye! Take care! Muah!" jeritnya kepada aku dengan khalayak ramai kat parking motor. Muka tembok betul si Su ni.

Malu aku eghh!

Mesti diorang ingat aku lesbian dengan dia.

Matahari yang sudah terpacak atas kepala menyegerakan aku mahu pulang. Motor disorong keluar daripada ramai lelaki yang duk bertenggek atas motor. Enjin dihidupkan tapi bunyinya seakan tidak mahu hidup.

Sudah..

Aku rasa sebelum datang sekolah aku dah isi minyak full kot. Takkan bocor kut. Buat hal lah! Tengah panas ni kau buat hal kan.

Lahanat betul. Ishhh bodoh!

Aku menyepak tayar belakang menyebabkan motor suzuki ku hampir terjatuh menyembah bumi.

Nasib aku bertindak cepat kalau tidak hm...

Aku memusingkan kepala melihat kedai motor atau kedai yang menjual minyak motor di sekitar itu. Banyak kedai makan ada ah. Takkan nak mintak makcik tu minyak masak. Mau meletop motor aku ni nanti.

Aduhh.. macam mana ni. Aku menggaru kepala yang sudah gatal akibat berpeluh. Tolak je ah motor ni. Rasanya dalam 1 kilometer kat depan tu ada petronas.

1 kilometer???

Mampos aku weh. Balik mau aku jadi orang asli berjemur tengah panas ni.

Kenapa harini motor?

Kenapa?

Kenapa tak hari lain je kau buat hal?

Kenapa kau buat hal time aku takde mood ni? Nak mintak tolong orang kang macam nak cari gaduh.

Ahhh redah je ah. Kalau aku duk tercongok kat sini bukannya ada yang-

"Cik adik manis, buat apa duduk tengah panas ni. Tak takut kulit terbakar ke?" sapa satu suara.

Dia lagi.

Dia lagi.

Aku takde mood ni bodoh!

DUA HATIWhere stories live. Discover now