[(±)]
Aktiviti membakar lemak tepu yang dah lama tak disingkirkan since kena quarantine dengan umi, dijalankan pagi ni. Lepas pusing tiga round Mikael, aku dan Sofea bercadang sambil jalan kaki balik rumah singgah 7E sebab takde lah jauh mana.
Earphone hampir melurut aku betulkan dan layan lagu One Direction dalam playlist. Entah bila minat 1D aku pun taktahu.
Aih lifeless sial sebab umi, ayah dengan tokma balik kampung ada urgent call dari makngah. Along pulak ada hal. Entah entah hal dengan awek heh.
So here we go, melantak maggi je pagi hari.
Tempat duduk luar 7E yang damai segera aku duduk. Udara pagi ni best sikit nak enjoy dengan maggi asam laksa pehhh kaw beb!
Sofea yang kononnya nak jaga badan ambik roti coklat je air detox bawak dari rumah. Mikael pulak maggi asam laksa juga. Well, twin kan mesti ada cita rasa sama.
"Bang, haritu kau nak cari kerja kan?" tanya Sofea memecahkan suasana pagi sunyi itu.
Dah lah malam tadi hujan sampai subuh. Angin sejuk dia masa jog tadi PEH! Nikmat+terseksa sebab menggigil. Nasib pakai sweatshirt lepastu sarung lagi sweater. Kalau tidak mati kejung aku cehh tipu lah.
Acah macam salji pulak sejuknya tu.
Mikael terbatuk dan betulkan duduknya. Sky juice baru nak diteguk diletakkan kat tepi dulu. "Eh bila pulak aku cakap cemtu"
"Nyanyuk do kau. Ada ah haritu time kau balik sini dengan tokma"
Aku teringat kata Mikael before habis spm, dia nak duduk sini dengan tokma and kerja part time sambil tunggu result keluar.
Bapak lah lama. Aku pun dah taktahu nak buat apa kat rumah 3 bulan ni. Nasib lah Mika ada so takde boring sangat bila Fea dah start sekolah.
Macam tak percaya tahun last sekolah. Nanti aku pulak yang teman Sofea beli baju sekolah. Eh tak, pakai second hand aku punya lah. Tak payah nak membazir sangat.
"Haa haah haah" Sofea menggangguk.
"Pape je ah. Kenapa ye pun?"
"Ahehehe... jom ah kita keluar jalan jalan. Boleh cari kerja kau kat mall area sini. Amacam?" Sofea mengangkat kening dengan riak wajah penuh bermakna.
Mesti kes bosan hadap muka sama je. Hah betul lah. Dah lama tak rasa vibes luar. Tu pun kat Melaka.
Hm, rindu ah kat dorang. Mesti masing-masing tengah membongkang lagi.
"Hm sounds good. What do you think bro?"
Mikael mengalihkan pandangannya daripada telefon ke arah aku dan Sofea.
"It's never good when I'm gonna be a driver for you guys"dia menayang muka toye dan letakkan phone atas meja."Of course ah jadi driver kan Fea? Ahahahaha"
Tanpa menghiraukan aku dengan Sofea memikirkan aktiviti apa nak dibuat the whole day, Mikael hanya menikmati maggi asam laksa dengan berselera.
DENGAN persetujuan tiga beradik, outfit theme for this day is black and dark blue. Aku dengan Mikael banyak warna hitam dan Sofea lebih kepada dark blue. Nasib Sofea ni rendah bahu aku so takde nampak macam kembar tiga. Muka pun lebih kurang sama.
YOU ARE READING
DUA HATI
Teen FictionMengisahkan segolongan remaja melalui zaman persekolahan menjadi pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Sri Ampang. Hanya rekaan semata-mata dan kebetulan jika sama dengan nama atau situasi kalian semua. So here you go 'Dua Hati' ? Start - 13 June 17' E...