36 | LAST PAYPER

40 5 2
                                    

[(±)]

Alright. Harini last day last paaaaaaypeeeer! And yeahh

ADDMATH such a - pfft...

Oleh hal yang demikian, certain students memerlukan perkhidmatan tuisyen percuma aku and ganjaran dia sapa yang dapat B above belanja aku makan MUAHAHHAAH. So aku pun tercongok awal pagi dekat pondok menongkat dagu termenung jauh.

MELAYU PUNYA BUDAK!

Paper addmath pukul 10 pagi so decide sebulat seleper sekata pukul 7 dah standby study kat sekolah. Now dah lebih 30 minit satu kelibat manusia yang berjanji palsu takda. Nak kata sangkut jammed, nenek dia lah. Aku naik motor tadi lengang je. Aduhai ada yang aku lepak breakfast kedai mamak seberang sana kang.

Dan itu dia seorang perempuan tak guna sudah tiba. Dengan gelabah sarung beg dia berlari ke pondok yang adanya aku mengetatkan segala urat muka.

"Sorry do sorry lambattt... Eh kau sorang je ke? Mana lain?" tercungap-cungap Fathia sebab berlari tadi.

Padan muka.

"Entah. Reput kulit aku tunggu korang" aku menyalam Fathia dan kembali mengulangkaji semula bab bab form4. Semua syllabus aku kena refresh sebab nak terangkan kat dorang satu persatu.

"Kau inform kat dorang, pukul 8 tak muncul jugak aku balik"

Dengan itu, Fathia keluarkan telefon dari poket tracksuit dan call sorang demi sorang. Well guys, gempak kan jawab exam spm pakai baju sukan?

MUAHAHAHA (imaginasi author)

Hasil peras ugut dari Fathia muncul lah sorang demi sorang dan manusia terakhir HAQIEM 🙄 dengan senang hati beta menitah Haqiem pergi belikan sarapan untuk kami berlima.

AKU,

THIA,

AFIQ,

SUSANNE,

DAHLIA,

Okay enam orang include him. Yang lain malas nak join sebab penuh ilmu di dada. Just let them be. Entah baru bangun ke membongkang lagi.

SEGALA formula yang aku recall balik semua dah boleh catchup. Question past year dapat jawab dengan jayanya. Bila aku tanya secara rawak, semua dapat jawab dengan baik. Yang penting kertas 1 kitorang menghembuskan nafas lega. Unexpected, bentuk soalan past year yang buat tadi banyak juga masuk.

Alhamdulillah.

Tinggal berapa minit masa ulangkaji sebelum masuk ke dewan. Aku istighfar mendiamkan diri buat seketika dan diikuti member yang lain. Last paper untuk aku fight habis habisan dalam exam spm 2017.

NERVOUS DIA YA TOHANNN!!

Duduk properly atas kerusi buka soalan dengan hati terbuka. Aku pejamkan mata buat seketika sambil berdoa dan genggam pensil yang semakin basah. Aircond yang bersuhu sederhana still tak boleh hilangkan peluh kat tangan ni.

Dua jam masa diberikan dapat digunakan dengan baik. Addmath kan? Kau study menonggeng pun akan ada satu masa kau termenung ke luar jendela. Bayu petang meniup lembut~

Settle. Aku tawakkal hantar kertas lepas tu keluar dari dewan tunggu yang lain. Wajah keresahan jelas gila satu persatu bila ketua pengawas announce exam akan tamat lagi lima belas minit.

BABI aku yang kat luar ni nak terkencing.

Gila tak tahan, aku kemas barang semua masuk dalam beg dengan segera. Baru je nak bangun muncul Haqiem dengan muka sedih.

Aku yang lagi pentingkan hal peribadi aku sendiri, aku pun berlari ke tandas. Balik tempat tadi dah ramai orang. Lagi certain student ada dalam dewan tenung kertas, gigit pen, ketuk kepala dengan pen mengharapkan ibu peri peri datang mengembalikan memori.

DUA HATIWhere stories live. Discover now