[(±)]
Pintu kereta ayah aku buka luas. Kaki yang masih berbalut bukan penghalang untuk aku jejak sekolah ni lagi. Pikir lagi berapa minggu nak Spm je. Kalau tidak lantak pi sana aku makan tidoq ja kat rumah.
"Boleh ke tak tu?" teragak-agak ayah nak keluar dari kereta pimpin aku sampai gate sekolah.
"Alah boleh. Setakat kaki patah ni main bola sepak pun on"
Disebabkan kaki berbalut tu terkena seat, mengerang aku dibuatnya. Ayah mampu gelak je hm.
"Heh main bola konon. Kena seat dah menggelupuq menjerit. Ada tongkat hang tauk mana? Ketegaq"
Keluar dah loghat kedah dia tu. Aku menyengih salam ayah dan slow-slow keluar sebelum dengar ayah bebel satu hapak tak faham.
Takpe balik google.
Dengan berhati-hati aku mengelak lopak air sebab malam tadi hujan. Kang tak pepasal buat malu je tergelincir depan gate ni.
Ada jugak berselisih dengan Haqiem masa masuk sekolah. Kerek gila siot muka dia. Tak bertegur langsung muka ketat je.
And i was like; Ape hal mamat ni?
Penat aku jalan terhincut-hincut akhirnya ada yang peluk tangan aku dari belakang. Wuish gila tak cuak. Takut ada bidadara dari langit tolong aku.
Cewah... Jangan nak perasan sangat Ad (¬_¬)
"Hoi pe kabo? Mc kau dah habis ke?"
Adehh Ika rupanya.
"Woi! Kau tak datang kan masa aku kat ward. Member jenis apa kau ni? Eiii, menyampah" aku tolak bahu kanan Ika dengan kuat.
Bengang jugak ah. Dia tak lawat aku langsung. Eyy kecik besar je aku perhati dia ni. Ika buat muka dua puluh sen.
"Hehehe... sorry lah aku tak join dorang teman kau malam tu sebab aku kena rushed balik kampung, atuk aku sakit. Sebelum kau sedar tu aku ada je lawat kau. Eleh kau bukannya sedar pun. And after that aku busy ah do dengan hal sekolah lagi" bebel Ika bagi alasan kukuh sambil berjalan ke kelas.
" Yelah tu..."
"Eh betul lah"
"Eleh busy konon. Ingat aku taktau ke kau date dengan Kasyaf. Kau tau tak masa tu bermakna bila kau datang jenguk aku dari kau berkepit dengan Kasyaf tu. Naik rimas aku tahu"
Entah kenapa naluri hati seorang sahabat agak sensitif bila Ika lagi pentingkan Kasyaf tu daripada aku. Sanggup spent time dengan Kasyaf berbanding aku.
Lantak kau lah Zulaikha. Nanti broken cari member jugak.
LANGIT mendung meniup pohon cemara rendang mendamaikan suasana sambil diiringi bunyi burung berkicauan.
Bapak teruk aku berpuitis.
Petang yang sepi membosankan hari aku. Cewah pandai jugak aku berkata-kata. Ergh, apa nak buat ni?
Chat Haqiem tak reply. Ajak Su lepak dia tengah shoot. Nak ajak Mikael dia dah balik dah. Heishh... petak petak.
Motor Suzuki aku start dan biar untuk seketika. Aku tepuk dahi kuat. Bodoh apa. Macam mana nak bawak motor dengan kaki tak baik lagi ni. Kaki kiri pulak tu.
Arghh siot! Aku bosan ni.
"OH yeah! Settle pun masalah" aku menjerit dengan menggenggam stereng kereta.
Okay, kereta ni aku rembat akak jiran sebelah punya. Mintak izin ah. Nasib aku dengan dia kamcing baek punya. Kalau tak pisang jugak lah kat rumah tu duduk sorang-sorang je.
YOU ARE READING
DUA HATI
Teen FictionMengisahkan segolongan remaja melalui zaman persekolahan menjadi pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Sri Ampang. Hanya rekaan semata-mata dan kebetulan jika sama dengan nama atau situasi kalian semua. So here you go 'Dua Hati' ? Start - 13 June 17' E...