14 | RUMAH SUKAN

84 12 5
                                    

Kawasan yang aku duduk sunyi gila. Rasa meremang pulak aihhh..

Nyanyi lah jap.

Sound check 1 2 3 ehem ehem

"I will leave my heart at the door
I won't say a word
They've all been said before, you know
So why don't we just play pretend
Like we're not scared of what is coming next
Or scared of having nothing left

Look, don't get me wrong
I know there is no tomorrow
All I ask is

If this is my last night with you
Hold me like I'm more than just a friend
Give me a memory I can use
Take me by the hand while we do what lovers do
It matters how this ends
'Cause what if I never love again?"

Dengar bunyi tepukan dari belakang, aku pun toleh. Ceh Ad rupanya.

Eh? Kuat sangat ke aku nyanyi tadi

"Sedap siot sore kau. Ala-ala macam Adele sakit tekak keluar sore jantan dia. Bravo bruh" terpegun sangat nampak.

Aku menyelak rambut ke belakang, menyengih "Eh mane ada ah. Biashe biashe je. Sore kau lagi sodap an"

"Suara aku macam itik kau tau haa.. Tak payah nak memandai cakap suara aku sedap"

Em sunyi.

Ahh bodoh awkward gila!!

"Tapi rugi ah kau tak record tadi" sambung Ad memecah suasana yang makin menyepi.

Kali ni kening pulak aku garu "Alah dah dah ah tu. Kau ni since when pandai puji orang hah?"

Ad menyengih. Alohaii comey toq!

"Sejak aku dengar kau nyanyi lagu All I Ask tu. Fav song aku tu doh. Lagi yang tang 'hold me like I'm more than just a friend'. Feeling lebih doh kau nyanyi. Sayang gila aku tak bawak phone tadi"

"Eh kau bawak phone ke apa ni? Haaa kantoi ah"

"Aduh kecoh ah dia ni. Kat bawah seat motor je pun" pecah tawa aku tengok muka Ad. Masam mencuka.

"By the way, thanks"

Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis. Harap takda semut or kerengga melintas bangku ni dah la.

Ad terus menoleh ke arah aku selepas teguk air mineral. "For what?"

Oreo cheese cake aku junjung atas langit. Dah cair dah hmm. Ad tersenyum dan senyuman itu agak bermakna.

"Kau buat sendiri kan?" Ad bantai gelak semahunya. Dua tiga orang pengawas pandang kerek. Ad still lagi gelak macam sakai.

Ceitt jangan kata dia beli kat kedai sudah laa

"Memang tak ah. Aku suruh umi aku beli kat kedai kek. Sorry ah tangan aku tak serasi dengan kek bagai ni. Orang buat kek manis, sampai aku payau. Baik tak payah buat nanti bukannya kau makan pun" dengan selamba Ad berkata-kata.

Eyy kecik besar je dak ni aku perhati.

"Alasan. Boleh je google mesti menjadi punya. Janji usaha tu yang penting"

"Eh aku usaha jugak eh. Suruh umi belikan kira usaha gak ah daripada takde an"

"Sukati kau la Ad"

Tini ni ningg!!

"Attention to all students SMT Sri Ampang, perjumpaan rumah sukan diadakan dalam dewan sebentar lagi. Ulang suara, perjumpaan rumah sukan diadakan dalam dewan sebentar lagi. Harap semua pelajar bergerak ke dewan sekolah sekarang. Terima kasih"

Beg sandang aku paut atas bahu kiri. Aku berlari anak mengejar Ad yang dah jalan ke depan.

Dah jalan seiring, aku bersuara "Kau rumah sukan apa eh?"

DUA HATIWhere stories live. Discover now