I have no experience pasai tae kwon do bagai ni. Just imagine je lebih. Kalau salah sila tegur dan beri tunjuk ajar👌
[(±)]
Motor aku tunggang dengan laju. Masa sudah suntuk. Aku punya kelas taekwondo pukul 4. Jam tangan dikerling sepintas lalu. Kepala dihalakan ke hadapan. Nasib tak jammed. Boleh cilok - cilok sikit.
Sampai sahaja aku terus parkir motor dan terus pergi ke lokar. Baju seragam putih dan tali pinggang hitam aku capai dan tukar di bilik pakaian. Sesudah kemaskan rambut yang serabai, aku sumbat baju sekolah ke dalam lokar.
Ramai ahli yang baru daftar untuk tahun ni. Aku salah seorang trainer dalam kelab ni. Kaki terus melangkah ke arah Grandmaster Hans. Punggung dilabuhkan di sebelahnya. Grandmaster Hans masih menumpukan perhatian memerhati anak didiknya berlatih. Aku pun turut sama.
"Weh lama sampai?" bahuku ditepuk lembut oleh seseorang. Aku pun bersalaman dengannya.
"Takde ah baru je sampai ni hah" pandangan aku beralih ke arah Fathia yang sedang mengelap peluhnya.
Fathia pun trainer sama dengan aku. Cuma dia lagi power ah train budak dengan ilmu yang mendalam. Aku ajar benda basic je. Cehh... padahal aku sama je dengan Fathia.
"Macam mana budak yang kau train? Ada improvement?" aku menyoal.
"A little bit. But leg still shaking and weak. Kena banyak berlatih tu. Aku cadang nak pass budak tu kat kau je senang" jawab Fathia sambil mengogok air mineral.
"Agak sikit. Dah kalau semua nak bagi kat aku baik aku sorang jadi trainer. Budak tu lemah sikit terus pass kat aku. Pundek" protesku tak puas hati.
Apa taknya. Trainer yang lain sorang dua je. Sampai ke aku empat lima orang. This is not fair, bitch.
"Yelah kau kan ada ciri-ciri master tu. Semua budak takut dengan kau. Dengan kitorang main-main je banyak. Susah ah" keluh Fathia melabuhkan punggungnya disebelah aku.
"Kau tak pernah nak professional. Bila nak melawak bila nak series semua kau hentam. Sebab tu budak tak takut dengan kau, Thia" aku mengerling ke arah Fathia selamba.
"Eleh aku bukannya macam kau. Muka keras je memanjang"
Jebat, Syahmim, Lara dan Zaim datang bersama ke arah aku. Aku trained dorang dah empat bulan. Dorang tak ambik banyak masa pun untuk catchup.
Baru-baru ni, Jebat menang dalam satu pertandingan taekwondo. Masa tu aku tak dapat datang sebab exam mid year paper sejarah lagi. And because of malam tu Jebat datang rumah aku nak berlatih apa semua sampai aku tak sempat nak ulang kaji itu yang markah hancur tu.
Aku salute plus bangga dengan anak didik aku sorang tu. Takde ah anak didik sangat sebab umur sebaya. Dengar nama dah tentu hebat kan. Aku pun ambik masa setengah tahun nak dapatkan stage yang setaraf dengan dia.
"Yo master harini kita fight nak?" ajak Jebat seraya mencabar aku.
Lagipun dah lama tak fight ni. Semua otot dah longgar.
"Uishh berani kau eh cabar master kau. Jangan bawak bergurau tau dengan master kau ni. Pantang dicabar" kata Fathia.
"Eh master Fathia, tadi Damia dengan Adly cari master. Tetiba je hilang rupanya kat sini. Dorang nak continue training tu" Syahmim memuncungkan bibir ke satu sudut dua orang sedang duduk berehat.
YOU ARE READING
DUA HATI
Teen FictionMengisahkan segolongan remaja melalui zaman persekolahan menjadi pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Sri Ampang. Hanya rekaan semata-mata dan kebetulan jika sama dengan nama atau situasi kalian semua. So here you go 'Dua Hati' ? Start - 13 June 17' E...