[(±)]
Rambut yang makin panjang dan mengurai aku tolak ke belakang. Music sheets di atas meja aku tatap dari subuh tadi. Aku bingkas bangun untuk menggeliat seketika. Belakang leher yang terasa sengal ditepuk kuat. Senaman ringkas dilakukan di tepi kolam.
Aku mengerling ke luar pagar terlihat kanak-kanak yang sedang berlari ke taman yang berdekatan. Hari minggu macam ni depan rumah aku mesti ada manusia ke hulur hilir. Meriah dia lain macam. Ada juga seorang pemuda sedang berlari anak di pejalan kaki.
Nahh.. I don't even give a fuckin' care.
Aku kembali ke kerusi yang menghadap kolam itu. Susu yang tak terusik dari tadi bertukar suhu menjadi sejuk itu aku teguk perlahan. Satu tepukan di belakang badan membuatkan susu yang memenuhi mulut aku tersembur sampai masuk ke dalam kolam.
Babi.
Bangsat.
Sakit bodoh hidung aku tersedut susu ni. Fuck!
Sofea ketawa terbahak-bahak melihat aku serupa itu. Sial.. dia punya kerja rupanya.
“Tu lah minum duduk. Kan dah tersembur" lagi sekali tawanya meletus. Aku melempar music sheets yang tebal itu tepat ke mukanya.
Lembab. Kertas pun tak boleh elak.
"Ishhh sakit la gila!" jerit Sofea dan mencampakkan music sheets itu ke lantai. Aku jeling ke tempat music sheets itu dilemparkan.
Babi. Nasib tak basah.
"Pagi-pagi buta kau dah tercongok kat sini kenapa? Bukan matahari dah tegak baru kau bangun ke?" Sofea menyoal kepada aku seraya mengambil music sheets di atas lantai semula.
"Kau cakap dekat aku ke kat diri kau sendiri? Kau pun sama je. Cermin diri tu dulu bengap" jawab aku malas dan terus memetik gitar mengikut chord lagu.
Sofea mencebik melihat aku malas layan kerenahnya. Dia duduk di tepi kolam dan merendamkan separuh kakinya.
Aku terus berlatih melancarkan jari-jemari aku memetik tali gitar. Sofea aku biarkan mengelamun disitu. Kamera telefon dibuka dan diletakkan di atas meja. Lengan baju aku tarik ke atas bahu. Lagu pamit yang aku mainkan menggunakan gitar mula direkodkan.
Sedang aku menunduk memandang gitar, telefon aku sudah berada ditangan Sofea. Rakaman masih diteruskan dan dia menjadi juru cakap di hadapan kamera.
Aku hanya membiarkan Sofea kerana hampir semua video yang aku upload di instagram mesti terselit muka dia. Sampaikan views aku banyak disebabkan mulut celoteh Sofea.
Cipan. Kuat betul penangan budak ni.
🎶
Tubuh saling bersandar
Ke arah mata angin berbeda
Kau menunggu datangnya malam
Saat ku menanti fajarSofea meletakkan telefon aku di atas meja semula dan menarik kerusi duduk di depan aku. Aku menyambung nyanyiannya.
Sudah cuba berbagai cara
Agar kita tetap bersama
Yang tersisa dari kisah ini
Hanya kau takut ku hilangPerdebatan apa pun menuju kata pisah
Jangan paksakan genggaman muSofea meletakkan lengannya di atas bahu aku. Kami meneruskan nyanyian bersama. Dah kenapa lagu ni feeling gila? Adoii.. Sofea punya pasal ah ni.
YOU ARE READING
DUA HATI
Teen FictionMengisahkan segolongan remaja melalui zaman persekolahan menjadi pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Sri Ampang. Hanya rekaan semata-mata dan kebetulan jika sama dengan nama atau situasi kalian semua. So here you go 'Dua Hati' ? Start - 13 June 17' E...