8 | JIWA KACAU

79 12 0
                                    

Kertas putih yang terconteng sedikit di hadapan aku pandang sepi. Calligraphy pen 1.0 aku genggam dan aku ketuk di kepala. Bawah bibir aku gigit sambil bola mata memandang sekeliling. Cari idea dengan memerhati kawasan persekitaran aku. Takde yang menarik.

Kertas tadi aku remukkan dan campak bersama kertas-kertas yang dah remuk tadi. Rambut terjuntai di dahi aku tolak ke belakang.

Damn! Sumpah takde idea. Blank. Fuck up!

Bukk...

Kedengaran seorang melemparkan beg di kerusi depan aku. Barang-barang yang bersepah di atas meja tadi aku kemas dengan pantas. Kertas renyuk tadi aku baling ke tong sampah kecik. Banyak kat luar tong. Lantak ko ah.

"Kau buat apa tu?" aku menoleh ke arah suara itu. Senyuman kelat aku lemparkan kepadanya.

"Takde apa"

Buku teks sejarah form4 yang aku pinjam dari bilik SPBT tadi aku keluarkan dari beg. Atas meja terhampar pelbagai buku sejarah untuk diulang kaji.

"So where we want to start?" aku menyoal.

"Hmm... start form 4 ah. Aku tak belajar sangat tahun lepas" Ad mengambil buku teks form4 dan letak di tengah meja.

"Itu lah. Suruh belajar main-main. Kan dah susah" Ad hanya menyengih.
Malas mahu bertekak, aku terus membuka helaian pertama dan memberi penerangan bab 1 dan 2 pada hari ini. Kertas kosong tadi sudah dipenuhi dengan nota ringkas aku dan Ad.

Betapa awkward nya aku bersemuka dengan Ad sehingga 2 jam lebih. Dalam hati jangan cakap lah. Berdebar dol. Tapi aku cuba cover cool dan buat muka kelat semampu boleh.

"Err... esok macam biasa ke?" suara Ad memecah hening suasana di perpustakaan itu.

"Hm" aku mengangguk kecil.

Ad memandang aku dengan tak puas hati. Aku mengendahkannya dan sibuk mengemas buku di dalam beg semula.

"Kau putus cinta ke Qiem?"

Soalan Ad buat aku rasa tercekik pen marker. The hell soalan dia ni? Aku berdehem.

"Putus cinta amenda kau?" jawab aku dengan soalan.

Ad mengangkat bahu "Diam je dari tadi apahal?" matanya tepat memandang aku. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya apabila aku dapat tangkap kedua matanya tadi.

Fuh first time aku tengok mata Ad dengan gap yang dekat. Subhanallah cantik sungguh ciptaan Mu.

"Sejak bila pulak kau kesah pasal aku?" suara keras aku saja lontarkan. Padahal hati sudah berbunga-bunga.

Kedengaran Ad merengus kasar. Beg sandangnya terus disambar dan beredar dari situ. Aku menghelus nafas dan berlari mendapatkan Ad.

Berjalan je bukannya berlari pun. Tak kuasa aku nak kejar minah lampir tu.

Tiba-tiba Ad memusingkan badannya menghadap aku yang sedang berlenggang belakang dia. Nasib boleh brek kalau tak drama hindustan ah kat depan gate ni.

Dah macam scene kiss tak menjadi, aku berundur tiga tapak ke belakang.

Siyes. Aku tak tahu kenapa aku dah tak boleh duk rapat dengan dia. Sebab aku terpandang mata dia tadi kut? Haishh...

Tak. Aku takut kena tangkap basah dengan Cikgu Zaini nanti.

"Kau ni dah kenapa brek tetiba? Takleh bagi signal dulu?"

"Signal dah rosak"

Bola mata Ad memandang aku atas bawah tanda tak puas hati. Dia melangkah setapak ke depan. Aku masih gagah disini dengan muka geram.

DUA HATIWhere stories live. Discover now