DISEBABKAN petang khamis; semalam Ad skip study dekat library, harini aku denda dia belanja makan plus keluar jalan-jalan.
Minyak wangi playboy aku sembur di segenap tubuh. Kunci kereta Audi A7 milik arwah abah atas meja aku capai dan pandu dengan berhemah.
Ceh berhemah apa dah kalau 120km/j
Petang jumaat lepas solat jumaat kurang jem kat area Ampang ni. Chewing gum dalam deskbox aku makan dan bersiul perlahan. Angin yang menerobos masuk dari luar tingkap membuatkan rambut aku serabai.
Alah beria je aku hadap cermin berjam gayakan rambut ni haihh
Cermin tingkap aku naikkan dan pasang air cond. Bijak Qiem bijak.
Kereta diparkir di hadapan rumah banglo tiga tingkat berwarna kelabu itu. Cermin mata hitam yang senget benget aku betulkan ke atas batang hidung.
Bismillahir-
Ada satu kereta lalu di sebelah aku dan masuk ke laman rumah Ad.
Waduhh! Tu bukan ayah Ad ke?
Okay chill Qiem chill. Benda boleh settle
Aku mengorak langkah ke luar pagar. "Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Ahaa ni maybe abang Ad. Aku bersalam dengannya.
Hormat babe hormat! Bakal abang ipar nih.
Ayah Ad turun dari pintu penumpang dan menuju ke arah aku "Nak cari siapa ni?" aku bersalaman dengannya pula.
"Aaa... uncle, Ad ad-ada tak?"
Haihh wrong timing mulut kau nak gagap pulak sekarang ni.
"Rasanya ada kat dalam tu hah. Petang jumaat selalunya dia lepak je dalam rumah main PS4 dia tu. Along pergi panggil Ad turun"
Maka dengan itu, aku steady megah berdiri berdepan Uncle Yusuf. Longgar siut lutut aku!
Luggage dalam bonet kereta Honda Accord, menarik perhatian aku. "Uncle dari mana? Dengan luggage semua tu?"
Uncle Yusuf berpusing ke belakang dan menyengih.
"Oh uncle baru flight dari Sarawak. Ada seminar kat sana" aku mengangguk faham.
Idea! Idea! Come here. Aku tak suka creepy and awkward situation.
"Nak bawak anak uncle pergi mana ni?" suara keras Uncle Yusuf buat aku rasa tercekik air liur.
Aku mengusap belakang tengkuk. "Aaa... jalan-jalan area sini je uncle. Lagipun nak suruh Ad temankan saya beli buku rujukan"
Uncle Yusuf hanya mengangguk. Riak wajahnya pucat lesi dan tak bermaya.
"Uncle don't worry. I'll make sure hantar Ad sampai depan rumah sharp sebelum maghrib"
"Nahh it's okay. Just go but make sure before 9 p.m. she should have been at home" aku mengangguk dan tergelak kecil.
"Okay boss" tabik hormat aku berikan kepada bapak mentua.
Kehkeh
"Eh borak-borak uncle tak kenal lagi nama kamu sapa"
"Haa nama saya Haqiem uncle. Call me Qiem pun boleh jugak"
Wah wah dah mesra! Boleh in ah dengan Uncle Yusuf ni.
"Ahaa Qiem. Nice name with good looking. Mana pulak si Ad nya ni?"
Haipp pandai Uncle Yusuf tukar topik. Aku pun memanjangkan leher memandang ke dalam rumah.
Lembab betul si Ad ni. Tengah kira duit berapa banyak nak bawak ke apa adehh..
Aku tersentak apabila tangan Uncle Yusuf mendarat ke atas bahu kiri. "Okay lah Qiem, uncle nak masuk dulu tengah jetlag ni. Apa-apa hal roger uncle ye?"
Roger?
Jadahnya.. number phone pun takde!
Aku pun melihat susuk tubuh Uncle Yusuf masuk ke dalam rumah. Damn. Pukul berapa dah ni haishh
"Oit!" aku menoleh ke kanan.
Panjang umur. Adehmakk
"Drive carefully. Adik aku ni jaga elok-elok. Kalau nakal kau tarik je telinga dia ni" Ad mula menumbuk perut abang dia lalu bergerak ke luar pagar.
"Okay bro. Aku gerak dulu" aku menyalam abang Ad dan masuk ke dalam kereta.
Sunyi.
Eghh bosan.
Aku mengetap gigi dan bermain rambut sebelah tangan. Ad aku kerling sepintas lalu. Termenung je kerja dia.
"Tadi abang kau ke weh?"
Ad tersentak dari lamunannya "Taklah. Tu atok aku. Kenapa?"
Mata sepet aku menjeling ke arahnya yang membuat muka selamba. Eyy aku terkam jugak budak ni kat sini.
"Pandang depan ah gila. Duk tenung aku dah kenapa?"
"Masa bila aku tenung kau? Aku tengok side mirror tu hah" nak coverline punya pasal terkantoi aku tenung dia.
Apodahhh..
Mata bulatnya ke atas "Elehh menipu je kau" Ad membetulkan speknya ke atas batang hidung.
"Ehh spek baru ke tu?"
"Hm haah. Hodoh doh. Time beli tu tengah rushing so aku main ambik je mana yang cun.
But totally celah mana entah yang cun nya eghh" Ad mendengus kasar. Aku hanya mampu tersengih."Cute what kau pakai spek tu. But lagi lawa ah kalau kau tak pakai spek haa" tanpa sengaja aku memuji dia dengan menggunung.
Ceit, pipi dia dah merah.
"Wehhhh!! There's tomatoes on your cheeks" aku bantai gelak tengok Ad macam tu.
First time babe. Aku rasa mata aku dah ada mini lep kecik tu haihhh
Ad hempuk lengan aku dengan kotak tisu. Damn macam mana dia rembat kotak ni kat belakang seat tu.
Keadaan kembali sunyi.
Sepi.
Tergantung sepi~ Dibiarkan begitu sa-
"Where are we go?"
Dengan selambanya aku berkata "On the way to your heart"
"Achia chiaaa.... lawak bodoh" Ad menjeling ke arah aku.
Lawak ke bodoh?
"Weh nak pergi mana ni?!" terkejut aku.
Aku kembali menoleh ke hadapan. "Just relax, sit properly and waiting until we arrive. Okay?"
Ad memasang earphone dan membuang pandangan ke luar tingkap.
Ceh membuang pandangan eh. Pale bana kau Qiem
Aku menguatkan volume radio nak hilangkan kesunyian dalam kereta. I beat dari luar dah boleh dengar lagu rock aku pasang kat radio. Macam orang broken je sebab pasang lagu kuat-kuat.
YOU ARE READING
DUA HATI
Teen FictionMengisahkan segolongan remaja melalui zaman persekolahan menjadi pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Sri Ampang. Hanya rekaan semata-mata dan kebetulan jika sama dengan nama atau situasi kalian semua. So here you go 'Dua Hati' ? Start - 13 June 17' E...