28 | RINDU ABAH

62 8 0
                                    

Motor aku park depan rumah banglo tiga tingkat warna kelabu. Aku baru nak tekan loceng, pagar automatik terbuka dengan luas.

Terkejut aku.

Aku membetulkan beg galas atas bahu kiri dan berlalu ke laman rumah. Terdengar suara orang membuatkan aku tertarik mencari dari mana.

Mana lah tau Ad lepak luar ke. Yelah takkan nak study dalam rumah banglo ni berdua. Kang neighbour dia cakap apa pulak.

Aku berhenti melangkah dan menyorok sebalik tiang gah berwarna kelabu. Terlihat budak perempuan berambut pendek membelakangkan aku dengan seorang lelaki. Nampak gaya macam sebaya.

Budak perempuan tu Ad. Sebab nak kata tu adik dia macam bukan. Rambut Sofea blonde dan panjang berbanding Ad yang pendek dan hitam berkilat. Siap pakai spek. Sah memang dia.

But who dat guy? Amboi mesranya duduk rapat-rapat main gitar. Main gitar ke main benda lain? Heishhh...

Hilang mood aku nak ajar math. Lain yang dicari lain pulak yang dijumpa. Lengan kemeja putih aku lipat sampai siku. Bahagian bawah baju berkedut disebabkan school rule kena tuck in aku biarkan je. Dengan refleks dari cermin gelap rumah Ad, aku me'messy kan rambut dengan jari.

Heleh, aku lagi hensem dari budak tu lah. Lagi sexy dengan rambut messy aku ni. Kau tunggu je Ad pilih aku ke kau jantan tak guna.

Dengan megah aku berjalan ke arah Ad. Aku berdehem kuat bila dorang tak perasan aku bersandar sebelah tiang.

Cis, banyak betul tiang rumah dia ni.

"Eh Qiem, baru sampai?" Ad berbasa-basi dengan muka terkejut. Nampak sangat control.

"Hah yelah. Nampak aku dah lama ke jadi tunggul kat rumah kau ni? Amacam kaki okay?"

Kaki kiri yang berbalut aku pandang simpati. Disebabkan kawan yang macam lahanat, Ad kena ambik cuti seminggu. Lama tu woi! Nasib aku boleh datang ziarah dia tiap hari ehhehehe

"Emm okay je. Tapi ada jugak lah sengal sikit kat bahagian lutut ni. Paling seksa nak membuang ah" mengadu Ad dengan muka sedih.

Alololo...

Budak lelaki tu buat bodoh and masuk dalam rumah. Wah wah suka hati nenek kau je masuk rumah orang. Aku pun tak berani tau masuk rumah orang sesuka hati.

Lengan aku terasa kebas sebab kena hempuk dengan music sheets yang sepatah haram aku tak faham. Muka Ad terangkat pandang aku dengan beriak 'kau pehal tengok dia?'

Aku mengendahkannya dan melabuhkan punggung atas kerusi berukir. Peluh jantan mengalir tepi dahi aku kesat dengan baju. Ad yang menghulur tisu aku biarkan seketika.

Nak merajok!

"Orait now, kita nak study subjek apa?"

Malas nak bersuara, aku menunjukkan buku latih tubi math depan mata Ad. Dia mengangguk dan masuk ke dalam dengan bantuan tongkat sebelah tangan. Ambik buku lah kan. Takkan nak berasmara dengan budak lelaki tu dalam bilik pulak?

Pfft, apa yang aku fikir ni? Takkan Ad takda otak nak buat perangai tak senonoh dalam rumah dia sendiri. Aku tau dia bukan berperangai seteruk yang aku fikirkan.

"Nah bro sejukkan tekak dulu" datangnya suara dari arah kerusi yang Ad duduk tadi.

Aku meninggikan ego pandang jus mangga madu dengan menjeling sekilas dan sambung tulis rumus dalam buku. Shit! Hausss ni...

"Aku Mikael. Mikael Luthfi. Aku sebenarnya—" sebelum dia teruskan percakapan dan membuatkan aku hilang sabar lalu memecah bibir dan gusinya, aku memotong dengan pantas.

DUA HATIWhere stories live. Discover now