AFTER 9 YEARS ...
Banyak perkara yang dilalui oleh manusia sebagai lumrah hidup kadangnya jatuh dan bangun. 9 tahun adalah tempoh yang agak lama berlakunya perubahan di persekitaran tanpa disedari.
Apa sahaja yang kita mampu buat? Hanya akur dengan ketentuanNya yang Maha Besar dan menjalani kehidupan makin sukar dihadapi.
Perit ditempuhi suatu dugaan dan cabaran. Tetapi bila diberikan nikmat sedikit terus dilupakan tuhan yang satu itu. Malah lupa sujud syukur dengan pemberian nikmat yang tidak terhingga diberikan.
Hidup tidak dilumuri darah.
Jantung berdegup.
Udara yang tidak terkira dan tidak terlihat.
'Alhamdulillah, selagi ada waktu dan kesempatan.
[(±)]
Lenguh segala urat belakang aku dari tadi duk menghadap lappy. Mug berisi kopi'o aku teguk perlahan. Dah sejuk pulak.
Dengan langkah malas, aku masuk ke dapur dan tuang serbuk milo instant. Heater yang masih berbaki air panas dituang hingga penuh. Sampai berkepul asap naik ke atas, aku berjalan ke ruang tamu.
Oh shit salah arah.
Kat ruang tamu ramai gila adik-beradik umi dengan makcik jiran sebelah rumah tokma. Keadaan dia jangan cerita ah, huru-hara. Dengan budak budak yang makcik makcik ni bawak buat sepahnya. Dah lah sembang macam nak pecah tekak.
Umi ni pun apesal lah tak bagi wedding planer settle kan hantaran segala ni. Katanya, dah lama tak merasa riuh rendah orang kampung.
Stress aku.
"Ad! Meh tolong umi sini" laung umi yang tadi berborak dengan Makngah sambil cucuk bunga kat gabus.
"Mi, Ad ada kerja kena settle kan. Hah, ni kak long ada boleh tolong" aku heret Kaklong, isteri Along yang dinikahi sudah 5 tahun.
Sekarang tengah mengandung 5 bulan anak kedua. Along ada kerja so dia hantar kaklong kat sini. Kalau tidak duk lah berkepit lepas tu pass anak kat aku. Esok malam baru dia dengan anak dia rambut cendawan tu balik sini.
Dulang air yang kaklong pegang aku letak atas meja dan pimpinnya ke himpunan group umi. Aku ambik mug berisi milo panas tadi dan berura ura nak keluar turun tangga.
"Amboi Khadijah, anak dara kau sorang tu memang liat ye nak tolong orang buat gubah bunga ni?" bersuara makcik duduk depan umi. Umi tersengih tanpa ada perasaan terasa dengan apa yang dikatakan oleh makcik tadi.
"Adira kau ni anak dara. Patutnya kena lah bercampur dengan orang tua buat benda semua ni. Kau tu dah tak lama nak membujang dah" dengan tak segan Mak Uda mencuit bahu aku dari belakang.
Dengan annoyed nya aku kena hadap orang kat ruang tamu ni, aku terus turun tangga dan pergi tempat tadi aku lepak.
"Eh Ad! Haa tengok lah tu. Elok sangat lah tu anak dara pemalas. Awak tu dah lah nak—" aku cepat-cepat sarung selipar berlari sambil menjerit lat laman rumah.
Macam orang gila dah gue.
Pangkin bawah pokok mangga yang rendang ni jadi port aku dari dulu. Kena pulak malam malam macam ni sejuk je angin.
YOU ARE READING
DUA HATI
Teen FictionMengisahkan segolongan remaja melalui zaman persekolahan menjadi pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Sri Ampang. Hanya rekaan semata-mata dan kebetulan jika sama dengan nama atau situasi kalian semua. So here you go 'Dua Hati' ? Start - 13 June 17' E...