1 | BUDAK HINGUSAN

641 32 8
                                    

[(±)]

Awan biru tergantung di langit mengindahkan lagi pemandangan fenomena di mata manusia yang memenuhi ruang di pelosok duniawi. Manusia yang alpa tentang kebesaran Maha Pencipta. Sibuk berkejar sana sini bertuhankan wang. Sanggup berpenat lelah semata untuk menyara kehidupan yang semakin susah dek dilanda kemerosotan ekonomi. Tiada pilihan lain, semua manusia akan merempuh dugaan yang sama. Biasalah manusia tak pernah cukup dengan apa yang ada.

Keluhan berat aku lepaskan perlahan.

Pandangan aku makin gelap. Ini bermakna bumi bakal dilimpahi air hujan yang diturunkan langit. Orang sekeliling aku mula beransur pulang. Aku masih lagi disini melayan perasaan yang bukan-bukan. Aku pejamkan mata untuk beberapa seketika. Air yang datang dari mana mula menitik di wajahku. Ah air hujan je pon. Aku buka mata dan hujan makin lebat semahu mahunya.

Ini tak boleh jadi mau lencun aku satgi. Aku bingkas bangun dan berlari ke basikal yang terletak di bawah pokok rendang. Basikal ditunggang selaju yang aku mampu untuk tiba ke rumah secepat mungkin.

Habis aku kena basuh dengan umi, haihh..

Aku parkir basikal di porch lalu masuk ke dalam rumah.

"Hah baru reti nak balik. Selagi hujan tak turun selagi tu Ad duduk kat taman sana. Bukannya nak duduk rumah ni diam diam. Tu kena hujan nanti demam. Antibody awak tu takde lah kuat mana. Kang sapa susah? Umi jugak yang kena ambik cuti jaga kamu. Eihh anak bertuah ni geram betul umi. Degil bukan main" bebel umi. Aku pula hanya menyengih dan menggaru kepala yang sudah basah. Walaupun umi selalu membebel dekat aku tapi aku tak terasa hati langsung.

Sampaikan kalau tak dengar bebelan umi sehari aku tak rasa hidup aku lengkap.

"Tengok lah tu. Umi bebel, sengih aje kerjanya. Dah pergi naik atas mandi, ambik wudhuk solat jemaah maghrib sekali" aku membuat tabik hormat dan membongkokkan badan seperti orang jepun lalu aku mendaki tangga segera.

"Umi! Ad minta maaf tauuu" aku menjerit dan berlari ke bilik tak mahu dengar bebelan umi lagi.

Well, tu dah sebahagian dari tabiat aku. Lepas umi bebel mesti aku akan minta maaf. Yelah syurga dibawah tapak kaki ibu kan. So aku taknak lah dicampak dalam neraka sebab aku guris dan sakitkan hati umi.

Kau boleh jamin ke masuk syurga? Aurat pon kau tak jaga, ada hati nak elak dari dicampak masuk neraka.

Bangunlah wahai anak muda!

Tengok diri kau yang kufur ke atas perintah-Nya.

Aku menekup muka dengan telapak tangan.

Jahilnya aku.

Betul lah. Aku tak layak masuk syurga.

Solat lima waktu pon tunggang langgang.

Solat sunat apatahlagi.

Tak reti jaga hati umi dengan ayah.

Aurat pun terdedah sana sini.

Alquran lagi lah aku tak pernah sentuh.

Cakap cikgu pun aku melawan.

Dengan member lain jenis pun aku main tibai je tanpa pikir hukum ikhtilat.

Allahuakbar allahuakbar...

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib. Ceh, macam dalam radio pulak. Aku pun melangkah lesu mengambil tuala dan menuju ke bilik air.

Mandi time maghrib elok sangat la tu Ad,bagus bagus.

Aku membasahkan kepala yang semakin berat dek terkena hujan lebat tadi. Inilah balasan tak dengar cakap umi.

DUA HATIWhere stories live. Discover now