7 | FIRST STEP

95 13 0
                                    

[(π)]

Mulut aku masih lagi berkumat-kamit menyanyikan koleksi lagu raya. Entah kenapa dengan aku sekarang ni, admire dengan lagu raya pulak. Damn.

🎶🎶
Pada yang jauh di rantauan
Pulanglah dikau ke kampung halaman
Meraikan bersama-sama
Hari lebaran yang terindah...~~

Ad yang berkongsi sofa jauh di sebelah kanan aku memeluk tubuh kerana suhu di bilik Cikgu Mus membeku sampai bibirnya pucat. Tu lah keding sangat takde lemak nak protect. Aku malas nak borak lebih nanti bertekak. Lantak lah sana.

Cikgu Mus duduk di sofa berhadapan kami dengan tenang. Nyanyianku serta merta mati dan tumpuanku difokuskan kepada Cikgu Mus.

"Err... Ada apa cikgu panggil kitorang dua datang sini?" Ad teragak-agak mahu menanyakan soalan memandangkan keadaan agak sunyi. Bunyi cengkerik pun boleh dengar krik krik nye.

"Haah cikgu. Dah lah pukul 2 nanti saya ada date dengan awek. Terpaksa lah kena cancel semata perjumpaan ni" aku bersuara membuatkan Ad memandang aku dengan jijik.

Pehal?! Nak cari gaduh ke sial? Eghh..

Cikgu Mus tergelak kecil "There's nothing important. But, saya nak bagitahu pasal mentor mentee yang saya suggest untuk Ad last week. Alright macam ni. Benda ni dijalankan 3 days a week start for this week. Up to you guys nak buat dekat mana, hari apa, sampai pukul berapa cikgu tak kisah. But you Haqiem, you have main responsibility to make sure Ad will ain't skip for this. No more rasuah and so on. Macam saya tak kenal dengan Ad ni. Otak bergeliga. So I hope the activity will be carried out until SPM. Do you understand guys?" aku dan Ad mengangguk hampir serentak.

"Yes, we do" aku bersuara mewakili pihak Ad.

"Kalau saya ada sebab nak ponteng takpe kan cikgu?" Ad menyoal kepada Cikgu Mus.

Sial. Dah ada niat taknak study dengan aku lah tu. Kau tunggu silap hari bulan kau yang terhegeh nak study dengan aku. Huh.

"Alasan yang munasabah saya terima. Kalau awak cakap tertidur ke malas ke saya suruh Haqiem datang gegor rumah awak. Deal?" jawapan Cikgu Mus membuatkan mulut Ad ternganga sementara dan mencebik.

Ish, suka betul buat mulut macam tu. Tahu lah sexy. Nasib bukan mahram kalau tidak aku dah kiss bibir tebal dia tu. Adoii pervert gila aku ni. Kalau dia jadi isteri aku mesti-

"Woi! Kau dengar tak aku cakap apa tadi? Kau pehal tengok aku macam tu? Tersengih-sengih. Macam beruk dapat bunga aku tengok" dengan serta merta suara jahat aku terdiam.

Siot. Apa yang aku fikir tadi? Astagaa. Serupa takde pedoman hidup.

"Err apa dia?" aku menggaru kening dan tersengih. Well, awkward tak tahu nak action apa. Itu je yang aku mampu buat. Nampak macho kan. Belum aku gayakan rambut lagi depan budak perempuan. Mahu menjeri-jerit sampai masuk mimpi. Lepas tu kan-

Okay enough Qiem. Tadi terlebih pervert ni terlebih poyo pulak. Tapi nak buat macam mana kan? Memang fakta pon.

"Kau nak buat bila mentor mentee ni? Hari apa? Pukul berapa? Dekat mana? Dari pukul berapa sampai pukul berapa?" bertubi-tubi soalan Ad menikam otak aku. Takpe, janji bukan ke hati. Aumm...

"Discuss je ah dekat whatsapp ke apa ke. Otak aku tak boleh berfungsi sekarang ni. Now, tengah pikir awek yang aku cancel date petang ni. Bukan senang do nak dapat date dengan dia. Pehh.. ni semua kau punya pasal"

Ad tersenyum nakal.
Ceitt.. Ingatkan nak jeles kan dia. Hm, hampeh.

"Sapa awek kau? Ahaa... aku tau sapa" Ad memetik jari dan senyumannya semakin nakal memandang aku. Eh sial la comel bodoh!

DUA HATIWhere stories live. Discover now