Dari jauh aku nampak Haqiem tengah tunggu someone dekat gate. Alamak, macam mana nak masuk ni dia duduk situ. Cool Ad buat bodoh je huh.
Kunci dibaling dan ditangkap dengan penuh yakin. Nak bagi gabra kurang sikit. Kasut sukan yang aku pakai gelabah tadi dibetulkan serta merta. Secontrol yang boleh aku jalan depan Haqiem.
Fuh, nasib tak perasan.
"Ad!" suara yang amat dikenali dari belakang menyapa.
Itu dia Susanne mentakab bodoh buat aku awkward dengan Haqiem. Nak je aku hempuk kepala dia tu guna helmet haihh...
Disebabkan suara Susanne mengalahkan pakai microphone, orang yang dekat gate menoleh memandang kami dengan raut menyampah.
Well, femes sangat tu yang ramai haters.Haqiem menyengih dan melambai ke arah aku. Tak guna, dia perasan aku pulak.
"Susanne... banyak salah kau kat aku" belum sempat Su nak jawab apa apa, helmet yang aku genggam ditujah ke perutnya.
Hah! Puas hati aku.
OH yeah, semua acara dah berjalan dengan lancar. Tinggal larian 200 meter dan tarik tali lepas tu penyampaian hadiah and balikk!!
Sepuluh minit take rest, air mineral sejuk free yang disediakan oleh setiausaha rumah sukan aku teguk sampai habis. Ketua dengan penolong pengerusi sibuk dengan acara nasib setiausaha boleh harap.
Mata meliar cari member yang lain. Sorang pun tak tunggu aku dekat finish line. Alih alih muka dengan suara Haqiem jugak yang aku kena hadap.
Nasib juara kalau tak malu aku.
"Weh Ad okay tak?" bahu aku ditolak dengan Fathia. Ganaih nau perempuan ni. Lehernya tergantung stopwatch.
Okay lah aku tipu je pasal Haqiem sorang je kat finish line. Ramai je yang tunggu aku especially member hidup mati aku huhuhu terharu jap.
"Panas sikit. Tinggal final 200 meter je kan. Rest jap ah" baju sukan merah aku kibas sekuat mungkin.
Makin terik nampak cuaca harini. Energy semua dah kerahkan kat larian 400 meter tadi. Boleh ke tak nak survive 200 meter ni aduhai.
"Panas doh. Habis lah hitam muka aku lepas ni hm" tangan Dahlia memegang pipi merahnya dengan monyok. Tudung pun dah selebet dengan topinya.
Aduhai Dahlia... selebet pun comel haih
Entah dari mana Adel muncul dengan Ika, menolak tengkuk Dahlia. "Kau tu dah memang hitam banyak bunyi pulak"
Dahlia yang bengang memukul lengan Adel dengan geram bertubi tubi. Suka hati je cakap dia macam tu.
Ika menyampuk sambil mengibas baju sukan akibat panas nokharom.
"Entah. Ad yang banyak masuk acara, kau yang lebih. Setakat duduk tepi jaga checkpoint, tiang gol tu pun still putih tau"Seketika krik krik dengan apa yang Ika cuba sampaikan. Terhambur tawa kami bertiga mentertawakan Ika. Sapot member walaupun tak jumpa lawak dia kat mana.
Hah baru perasan, Su mana?!!
Dah penat gelak, Fathia berkata dengan riak"Eleh kita tengok next week muka sapa paling hitam. Kita kutuk kaw kaw punya"
Tahu lah muka dia cepat hilang burn. Aku ni hah yang perit menahan terik.
Adel memandang jam tangan sampai sepet mata dia. Silau punya pasal. Lepas tu pandang sekeliling lagi lagi dekat stall yang jual makanan.
Banyak gila do makanan yang jual macam food fest pun ada jugak ni. Almaklumlah parents, cikgu dengan student sekolah luar pun datang jugak bagi support.
"Mana sia Su? Beli burger ke buat burger aduhmak" rungut Adel tahan lapar.
"Kau ni gelabah ah. Sampai ah nanti. Dah ah dia pergi sorang beli belah burger. Sian dia" Adel pukul Ika dengan baju Afiq.
Macam mana aku tau tu baju Afiq? Sebab aku nampak Afiq suruh Adel pegangkan baju dia. Tak sweet? Memang pon ahahahahahaha
"Tu hah dah sampai" muncung Thia menunjuk ke arah Su yang susah payah berebut dengan student lain nak kebas 5 burger.
Muka cemberut habis. Confirm tengah bengang. Sapa cari pasal memang siap lahh.
"Standby guys... tadah telinga" kata aku yang sedia maklum dengan perangai dan mulut Su terus pandang bawah. Tangan cabut rumput.
Masing masing buat hal lain. Dahlia dari tadi hadap cermin tengok muka dia yang makin merah tu. Fathia pandang budak budak junior yang diturut serta oleh Ika.
Yes guys, dua ekor ni yang paling minat gila usya budak. Aku pun tak faham betul. Lagi lagi si Ika ni. Dah ada Kasyaf duk sibuk gatai cari balak lain. Aku siku jugak dia ni kang.
"Wah sedap landing. Nah burger" Su campak bungkusan burger ke riba Adel.
Dia duduk sebelah aku kibas baju. Now sekarang situasi kitorang sama. Tangan kibas baju, mulut kunyah burger.
Aku menolak apabila Adel hulur burger special depan mata aku. "Eh takpe ah. Lagi berapa minit 200 meter weh. Mencungap aku nanti"
Cikgu Mus memanggil pelari 200 meter standby.
Aku bingkas bangun menepuk punggung. Kotor siot penuh dengan rumput.Sheeeeeeett. Perut aku berbunyi. Lapar gila babi ni. Sumpah weh bau burger dia peh peh.
"Goodluck weh last larian for this year" -Adel.
"Chaiyokk Ad! You can do it!" - Dahlia.
"Fighting! Kau juara aku belanja makan" -Ika.
"Goodluck master jumpa kat finish line" - Fathia.
"Lari tu muka cover sikit" - Susanne. Savaaaaage gila.
Aku tergelak terdengar dorang menjerit. Yang lain pandang je dari tadi. Cikgu Mus dah memekak, aku berjalan ke garisan permulaan dengan lemah. Bahu jatuh macam orang tak makan seminggu.
Tiba-tiba kepala yang panas rasa redup sikit. Aku pandang atas dan ada payung.
Ewah ewah sapa yang caring sangat ni. Aku biarkan sampai tiba kat garisan permulaan. Dia yang pakai mask dan topi buat aku susah nak cam sapa.
Stranger. Ayokk sapa ni?
"Err thanks" ucap aku sambil duduk bukak kasut sukan. Dia setia payungkan aku walaupun dia sendiri kena panas. Dengan berpeluh-peluh kat tepi kepala, nak je aku lapkan.
Dia terus duduk sebelah aku tanggalkan kasut. Lah atlet jugak ke ni? Aku buat senaman ringan sementara pelari lelaki jalan dulu.
Mask dan topi disuakan ke arah aku. Aku mendongak terpampang wajah Haqiem yang sedia berpeluh. Oh god damn, so that guy tu Haqiem? Ya Allah...
"Tolong pegangkan kejap" aku still blur nak ambik ke tak. Sebab nanti aku pun nak lari jugak.
Tiba-tiba Hairi dengan Afiq datang ke arah kami dengan tergesa. Topi dan mask Haqiem diambil oleh Hairi dan berlalu pergi. Pekejadah dorang ni datang semata ambik barang Haqiem je.
Macam kuli hohoho
Turn Haqiem dah habis and sekarang form 5 perempuan yang terakhir. Tiba-tiba aku rasa gementar, cuak, nak kencing. Jantung duk berdetak kencang seperti genderang mau perang.
Aku berdiri di garisan putih menunggu isyarat dari Dahlia. Dah ready, semua pelari dalam posisi nak memecut. Perut aku rasa kecut gila dah ni rasa nak tarik diri je. Tapi aku gagahkan jugak u can do it Ad!
Hon dibunyikan aku terus lari dengan sehabisan tenaga. Kiri kanan aku kosong it's mean aku leading. Wajah dan suara Haqiem yang paling menyerlah tepi aku.
Focus Ad focus! Lagi 40 meter je lagi.
Belum sempat sampai ke garisan penamat, aku rasa badan aku melayang dan tergolek macam tayar kereta. Cermin mata tercampak jauh dan aku terkandas betul-betul dekat garisan penamat. Satu muka penuh dengan pasir dan rumput.
Yang lain semua berkumpul mengelilingi sampai aku rasa gelap je. Pandangan aku makin kabur dan badan aku rasa pedih terkena batu-batu tadi.
Muka last yang aku nampak sebelum pejamkan mata, Haqiem.
YOU ARE READING
DUA HATI
Novela JuvenilMengisahkan segolongan remaja melalui zaman persekolahan menjadi pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Sri Ampang. Hanya rekaan semata-mata dan kebetulan jika sama dengan nama atau situasi kalian semua. So here you go 'Dua Hati' ? Start - 13 June 17' E...