21 | FAMILY'S TIME

68 14 3
                                    

WUARGHHH!!

Mulut aku ternganga besar menguap. Nikmat betul tidur dari lepas isyak sampai subuh. Langit pun gelap lagi. Aku pun bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

Pagi-pagi macam ni syok jugak jog. Lepas solat subuh aku sarung sweater dan tracksuit. Aku turun bawah dan menuju ke dapur. Semua orang ada kat situ kecuali ayah dengan along.

Mana pulak ayah dengan along pergi? Impossible tak bangun lagi.

"Umi" aku duduk atas kabinet berdekatan dengan umi potong sayur.

"Ye... Eh?! Awal Ad bangun? Ada apa-apa ke harini?" soal umi berhenti dari buat kerja memotong tadi.

"Takde lah. Kan Ad tidur awal semalam so segar pulak mata pagi ni. Kalau tak, confirm tengah membongkang lagi kat dalam bilik"

Umi menjeling dengan gelakan sinis. "Tahu pun"

"Umi" panggilku lagi.

"Ye... apa dia? Nak apa panggil umi banyak kalini?"

Aku tergelak. "Tak, mana along dengan ayah? Senyap je"

Aku panjangkan leher tengok kat ruang tamu tapi nampak blur je sebab terlupa nak pakai spek tadi. See? Spek pun lupa nak pakai. Dasar Ad pemalas.

"Ouhh... dorang pergi masjid" umi sambung balik potong sayur yang tergendala tadi. Tak lama kemudian, dengar bunyi motor dari dapur.

Kuat betul bunyi motor tu. Well, superbike kan.

"Hah tu dah balik" umi menghala pisau ke arah pintu.

Baru je aku nak pusing ke pintu depan, suara Sofea lagi menarik perhatian aku.

"UMIIIIII!!!!!!!" aku dengan umi pun gelabah pergi ke arah Sofea yang sedang goreng sesuatu. Aku mengamati makin dekat sampai seinci lagi dari benda tu.

Nugget rupanya. Lapar siot! Berbunyi perut aku.

"Kenapa Sofea terjerit-jerit ni? Terperanjat umi tadi" cemas umi dibuatnya dengar Sofea menjerit macam nampak lipas.

And yes, dia adalah makhluk yang paling takut, fobia, trauma dengan lipas. Senang cerita kalau nampak lipas dia menjerit dulu lepastu lari 200 meter dari lipas tu.

Bapak ah, lipas je pun. Serangga kecik pun takut. Eh lipas serangga ke? SERANGGA??!!

Hm, that's why exam before this paper sains aku cukup cukup makan. Lipas pun taktau spesies apa. Ayyo...

"Takde apa-apa. Ni hah minyak panas terpercik kat muka Fea. Tu yang terjerit tu"

• • •

What the f—

Aku rasa rahang aku dah jatuh ke bawah.

"Kena minyak panas pun kecoh lah kau" sudip atas pinggan tu aku ambik dan ketuk lengan Sofea.

Stress aku dapat adik macam ni.

"Terkejut je. Eleh kau kena pun mesti menjerit punya lah" suara Sofea bernada geram tapi pada masa yang sama dia sibuk ratakan air paip dekat muka.

Aku tak tahu apa motif dia. Mungkin nak sejukkan muka lepas kena minyak panas kot. Kot lah kot.

"Well, kulit aku kebal okay. Setakat kena minyak panas tu aku tepis sekali je melantun balik dalam kuali tau huh" dengan angku aku berkata kata. Tangan pula terus masukkan nugget yang berbaki ke dalam kuali.

Kang kuali panas, tak pasal-pasal berasap satu dapur ni hah.

"HA! HA! HA! Aku ketawa~~!" sindir Sofea disambut dengan tawa umi. Kuajo punya beruk.

DUA HATIWhere stories live. Discover now