Aiman masuk ke dalam bilik pengetua selepas memastikan semua pelajar masuk ke kelas dan tidak ponteng. Itu sememangnya rutin harian Aiman selaku ketua pengawas SMK.Taman Desaminium.
Aiman terkejut melihat Ashraff dan Isya ,kawan baiknya turut ada di dalam bilik pengetua.
"Silakan duduk Aiman.Saya ada benda penting nak beritahu kamu bertiga,"ujar Puan Hidayah,Pengetua SMK.Taman Desaminium lalu mengambil beberapa pucuk surat di laci mejanya.
Aiman memberi isyarat kepada Ashraff dan Isya jika mereka tahu sebab mereka bertiga dipanggil.
Ashraff dan Isya hanya menggelengkan kepala mereka. Mereka juga tertanya-tanya mengapa mereka dipanggil kesini.
Puan Hidayah membetulkan kedudukannya sebelum berbicara panjang. "Sebenarnya kalian bertiga mendapat biasiswa ke George High School. Pihak sekolah mereka memberi biasiswa kepada kamu bertiga selepas melihat keputusan PT3 kalian yang sangat memberangsangkan dan keaktifan kamu bertiga dalam bidang kokurikulum. Cikgu berharap kamu bertiga berfikir baik-baik tentang perkara ini."
Aiman, Ashraff dan Isya kelihatan sungguh terkejut. George High School merupakan sekolah idaman semua pelajar sekolah menengah. Bukan calang-calang orang yang dapat bersekolah disitu.
"Bukankah sekolah itu merupakan sekolah berprestij tinggi dan hanya anak orang yang berpangkat sahaja yang dapat bersekolah disitu?"soal Isya ingin tahu.
"Ya,kamu bertiga bertuah kerana kos pembelajaran kamu ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah mereka.Jadi,cikgu sarankan kamu pergilah bersekolah disitu.Kamu juga dapat membanggakan nama sekolah kita."balas Puan Hidayah lantas memberikan surat yang diambil daripada lacinya kepada mereka.
"Saya akan mempertimbang kan hal ini selepas saya berbincang dengan mak saya."kata Aiman.
"Saya tak sangka cikgu, murid yang biasa-biasa macam saya ni dapat peluang sebegini hebat, "Aiman menambah.
"Pasti mak dan ayah saya gembira bila tahu ni.Tak sabarnya nak beritahu!"
Ashraff meloncat kegembiraan. Ditariknya Isya untuk turut melompat bersama dia.
"Ini rezeki kamu bertiga. Kalau kamu bersetuju nak ke sekolah itu baguslah.Kalau tak tidak mengapa. Cikgu tahu kalian pasti akan membuat keputusan dengan bijak."
" Insyaallah,cikgu." balas Isya.
" Nanti kalau dah masuk sekolah tu, jangan lupakan sekolah ni pula. Yelah, sekolah ni kan tak seberapa dibandingkan dengan sekolah tu. " sempat Puan Hidayah berseloroh.
Jauh di sudut hati sebenarnya dia sangat bangga tiga orang murid dari sekolahnya berpeluang untuk belajar di sekolah sebegitu. Bukan senang untuk pelajar biasa-biasa diterima masuk ke sekolah itu. Sekolah itu khas dibuat untuk anak-anak yang lahir daripada keluarga ternama. Tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah bagi memastikan anak-anak mereka layak untuk meneruskan pengajian di universiti ternama di luar negara. Sistem pembelajaran sekolah ini pun berasaskan negara UK. Tiada peperiksaan yang bernama SPM sebaliknya para pelajar mengambil peperiksaan A-level. Setelah graduasi, pihak sekolah akan membantu para pelajar untuk proses menyambung pengajian ke universiti pilihan mereka di luar negara.
" Mestilah kami takkan lupakan sekolah ni cikgu. Banyak kenangan kami di sini. " Asyraff yakin yang SMK.Taman Desaminium akan sentiasa menjadi tempat istimewa buatnya.
💧💧💧💧💧
Aiman sangat tidak menyangka George High School mempercayai kebolehannya sehingga sanggup menaja kos pengajian dia di situ tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun.
"Aku ada buat research pasal sekolah tu dulu. Sekolah itu yuran kemasukan Rm500K setahun. Kau bayangkan untuk 1 tahun setengah kita masuk sekolah itu free je. Semua ditanggung oleh pihak sekolah diorang."
" Wah,seriuslah? Budak lain PT3 bagus dapat masuk MRSM or SBP je . Kita ni dapat masuk private school! Bukan calang-calang private school pula tu."
"Tulah,rezeki kita ni Isya."
" Aku akan belajar elok-elok dekat sekolah itu. Aku takkan sia-siakan peluang aku dekat sana nanti. Mana tahu lepas tu dapat biasiswa belajar dekat universiti luar negara pula kan." Azam Isya untuk belajar bersungguh-sungguh berkobar di dalam jiwanya sekarang.
"Aku tak tahulah takdir bermain dengan kita atau kebetulan je tapi aku tak sangka kita tiga sekawan dari kecil ni dapat peluang yang sama di sekolah yang sama."
Timbul rasa kagum dalam diri Ashraff. Dia kagum dengan situasi yang begitu sempurna untuk dikatakan kebetulan.
"Aku pun tak tahu nak komen apa. Yang aku tahu, aku percaya ini semua ketentuan tuhan dan semua yang berlaku ada sebabnya."
"Betul. Aku setuju dengan Aiman."
" Aku tak sabar nak share pasal berita ni dekat classmate kita. Kau rasa apa reaksi diorang ? "
" Diorang mestilah pelik, terkejut , gembira and sedih. Tu pun tak tahu ke Asyraff."
" Kenapa tak cakap je semua perasaan yang ada dekat dunia ni. Aku okay je tunggu kau habiskan."
" Ah kau. Sengaja cari pasal kan. "
Ashraff menarik rambut Isya yang diikat cantik sebelum cepat-cepat melarikan diri. Hobi dia sejak azali adalah menyakitkan hati wanita yang bernama Qistina Batrisya binti Hairi.
"Ashrafff!!!!! Bergema satu blok sekolah mendengar jeritan Isya.
Hai korang,jemputlah baca buku cerita ni.Insyaallah best!
YOU ARE READING
Terbaik Untuk Kau Aku & Dia
Teen Fiction"Layakkah aku mencintai dia ?",Aiman "Mungkin cinta pertamaku memeritkan tapi aku yakin kali ini tidak.Dia akan bahagiakan aku.",Hanis "Cinta aku hanya untuk dia.",Amirul. "Kenapa susah sangat aku nak curi hati dia?",Izzati "Aku tahu kau rasa apa y...