Bab 23

53 4 0
                                    

Semua pelajar sibuk berkongsi idea.
Prof.Emilyn menghampiri team Hanis. Ada kerja lain yang akan diberikan kepada team ini.

"Hanis kamu yang ditugaskan untuk menguruskan karnival ini kan?"soal Prof. Emilyn.

Hanis hanya mengiyakan soalan itu.

" Team ni saya nak suruh uruskan Prom Night sebenarnya. Memandangkan pengurus Karnival adalah Hanis dan dibantu oleh Aiman maka team ni paling sesuai untuk ditugaskan dengan majlis yang paling penting ini. Apa pendapat kalian?"

Izzati terus teruja. Wah,prom night ! Akhirnya,dia boleh menghadiri prom night. Selama ni dia cemburu tengok senior-senior pergi tapi sekarang dia yang bakal menghadiri prom night. Paling penting dengan Amirul, lelaki pujaan hatinya.

Izzati lantas bersetuju.
"Saya nak prof!"

Alisa dan Hanis juga bersetuju dengan permintaan Prof. Emilyn.
Mereka berdua tidak sabar untuk memilih tema dan menghias majlis Prom Night. Mereka akan pastikan Prom Night tahun ini akan menjadi prom night paling meletop dan fabulous yang pernah dibuat di George High School.

"Aiman dan Amirul macam mana dengan kamu berdua?" Soal Prof. Emilyn kepada mereka berdua kerana tidak memberi apa-apa reaksi. Perempuan sahaja yang over excited.

"Saya tidak kisah prof." Aiman membalas ringkas.
Aiman merasakan ini akan menjadi peluang terbaik untuk menimba ilmu baru berkaitan management.

" Kalau saya kata tak nak pun tetap kena paksa juga nanti so suka hatilah." kasar sahaja Amirul menjawab.

Prof. Emilyn membiarkan sahaja Amirul walaupun pertuturan katanya agak kurang sopan. Hal ini kerana dia tahu semakin dilayan si Amirul ini semakin menjadi-jadi perangainya.

"Ok,then startlah berbincang pasal theme apa yang nak dipilih dulu buat masa sekarang sebab saya akan arrange lagi satu private meeting dengan your team untuk perbincangan lebih details."

Prof. Emilyn lalu beredar memberi ruang untuk team itu membuat perbincangan.

Semua orang mulai senyap selepas keberedaran Prof. Emilyn. Aiman lantas memulakan bicara bagi menghilangkan kekekokkan itu.

"Jadi lebih senang rasanya kalau kita lantik ketua dulu. Any suggestion?"

"Kau jelah jadi." Amirul membalas.

Dan keputusannya memang Aiman lah jadi ketua.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Bryan yang dilantik sebagai ketua mulai meminta ahli kumpulannya menjana idea.

"Bryan,how about we do kissing booth macam movie netflix tu." Idea Natasha sungguh tidak masuk akal.

" Hell no, takkan nak promosikan benda-benda macam tu. Tak appropriate untuk pelajar plus itu budaya barat bukan budaya kita."
Naik bengang Isya. Amboi!
Memang suka eh jual diri macam tu!

"Well,we're living in 20th century. Duh! Janganlah kalut sangat. Macam tak biasa pulak."

"Eiii,this woman no self respect betul.
Nak bercium bagai tunggu kahwinlah. Lebih daripada tu pun dipersilakan. But now we're students, haram!"

"Bryan!! Look at her! Menyampahlah!" Natasha mengadu dekat Bryan.

" You shouldn't talk to her like that."
Bryan menegur Isya. Natasha tersenyum puas.

"Wah, now I am the wrong onelah. Ok,then. Go ahead. Do that stupid kissing booth!" Isya mulai naik angin.
Dia cuma ingin menegakkan perkara yang betul.

"Woah woah. Cakap elok sikitlah. You think you're too good already right?" Bryan membalas kasar.

"Nat,your idea is too cringy and yes not appropriate. I think Isya ada munasabahnya." Adam mulai bersuara.

Terbaik Untuk Kau Aku & DiaWhere stories live. Discover now