Hanis dan Alisa duduk di wakaf berdekatan dengan padang.
"Alisa,aku nak cakap satu rahsia ni dekat kau.Boleh kau janji dengan aku yang kau takkan bagitau sesiapa." pinta Hanis.
"Insyaallah,aku akan simpan rahsia ni sampai bila-bila."balas Alisa.
"Aku ...aku..."kata Hanis tergagap-gagap.
"Kakak,ada pergaduhan berlaku dekat kantin. "kata pelajar tersebut yang masih tercungap-cungap akibat berlari.
"Terima kasih kerana bagitau kakak."kata Hanis lalu cepat-cepat mengemas barangnya .
"Alisa aku pergi dulu tau.Nanti kita sambung cakap pasal benda tu." kata Hanis lalu berlari menuju ke kantin. Alisa kasihan melihat kawan baiknya itu. Jawatan yang Hanis pikul sangatlah membebankan namun Hanis tidak pernah merungut.Hanis memang seorang yang prihatin dan amanat dalam melakukan sesuatu tugas.
Hanis terkejut melihat Aiman dan Ashraff tercedera sebaik sahaja dia tiba di kantin.
"Apa yang terjadi ni?"soal Hanis cemas.
"Diorang duduk tempat kitaorang."kata Bryan.
"Jadi korang pukul diaoranglah!Diorang ni pelajar baru manalah nak tau tu tempat korang!" marah Hanis namun masih kedengaran lembut.
Hanis memandang Bryan,Adam dan Amirul tajam sekali lalu terus menunduk untuk melihat luka dimuka Ashraff dan Aiman.
"Korang tak apa-apa?"soal Hanis prihatin lalu membelek wajah Ashraff dan Aiman.
"Kitaorang tak apa-apa.Sikit jer pun."jawab Aiman. Aiman sedikit tersentuh dengan keprihatinan Hanis.Dia pun tak delah macam ni sewaktu menjawat jawatan Ketua Pengawas.
"Haah,kami okey.Cedera sikit je."kata Ashraff pula.
"Tak pe, ikut saya pergi bilik rawatan."kata Hanis.
"Isya,diorang ada pukul awak tak?"soal Hanis kepada Isya pula.
"Diorang tak pukul pun saya."balas Isya sambil menjeling Adam . Adam tersengih-sengih memandang Isya.
"Mujurlah tak ada sesiapa pun yang cedera teruk." kata Hanis.
Hanis bangun lalu menepuk-nepuk bajunya yang kotor itu.
"Jangan ganggu diorang lagi.Diorang ni berada di bawah pengawasan saya jadi kalau korang buli diorang ,korang akan berdepan dengan saya."kata Hanis.
Adam dan Bryan hanya mendiamkan diri.
Mereka tahu Hanis berkuasa di sekolah ini memandangkan dia ialah Timbalan Presiden Murid.Amirul mendekati Hanis lalu berbisik di telinga Hanis.
"Aku nak jumpa kau dekat depan perpustakaan lepas kau hantar budak dua ekor tu ke bilik rawatan."
Amirul mengajak Adam dan Bryan untuk beredar dari situ.
"Kamu berdua jom ikut saya ke bilik rawatan. Isya awak nak ikut kami ker?"kata Hanis .
"Mestilah nak."kata Isya. Tak sanggup dia nak duduk kat kantin menghadap para pelajar yang macam cemburu jer.
Sesudah mereka berempat sampai ke bilik rawatan, Hanis meminta diri dulu.
"Lepas ni terus masuk kelas tau."pesan Hanis sebelum beredar.
"Hanis tu baikkan.Dia tu comel dan cantik jugak."puji Isya.
"Haah.Kau comel plus cantik tapi perangai tu tak baik."usik Ashraff.
"Tetiba jer kau ni.Aku cakap fasal Hanis bukannya aku. "kata Isya pura-pura tak faham yang sebenarnya Ashraff mahu mengusik dia.
"Alahai,aku usik kaulah. Takkan tu pun kau tak faham." kata Ashraff sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu.
" Dah,jomlah kita masuk bilik rawatan ni cepat.Nanti lambat masuk kelas pulak." aura ketua pengawas masih ada di dalam diri Aiman.
💧💧💧💧💧
Hanis tercari-cari Amirul di sekitar kawasan perpustakaan namun Amirul tidak kelihatan.
Hanis menunggu dan menunggu.Tiada tanda-tanda yang membuatkan Amirul akan datang.
Dia pun bercadang untuk masuk ke kelas. Suara lelaki yang memanggilnya dari belakang membuatkan dia menoleh.
"Hanis!"jerit Amirul.
Hanis pun memberhentikan langkahnya.Dapat dilihat dengan jelas yang Amirul baru habis menghisap rokok.
"Kenapa awak nak jumpa saya,Amirul?"soal Hanis terus.Dia sememangnya boleh jadi gila kalau Amirul bersama dengannya lama-lama.
"Aku nak jumpa kau sebab aku nak cakap fasal hubungan kita.Aku nak cakap sekarang sebab aku tak suka berlengah." kata Amirul.
Amirul menarik nafas panjang lalu menyambung percakapannya.
"Aku bertunang dengan kau sebab aku tak nak kecewakan family aku.Aku akan fikir cara untuk putuskan pertunangan kita dengan cara yang baik. Kau jangan mengharap yang hubungan ni akan kekal. Kau juga yang akan kecewa nanti.Dalam masa yang terdekat ni jangan sampai orang lain tahu yang kita ni bertunang.Kalau tak lagi susah kita nak putuskan pertunangan ni."
"Saya tahu.Saya taklah kejam sangat sampai mengharapkan hubungan ni kekal .Saya nak hidup dengan orang yang cintakan saya.Lagipun awak dengan saya mustahil bersama." balas Hanis menahan rasa sedihnya.Dia cuba sedaya upayanya untuk tidak menitiskan air matanya di depan Amirul.Dia tipu!Dia tipu perasaanya!
Sesungguhnya dia tidak kisah hidup dengan orang yang dia cinta walau orang itu tidak sekali pun mencintai dia.Berada disisi orang yang dia cintai pun sudah buat dia cukup bersyukur.
"Nampaknya kau sedar. Kalau macam tu aku pergi dulu."kata Amirul.Dia
ingin menyambung menghisap rokok di belakang sekolah bersama-sama dengan Adam dan Bryan.Dia berharap dengan menghisap rokok dia akan menjadi sedikit tenang.Amirul jangan hisap rokok🚭!Bahaya untuk kesihatan!Saja author ingatkan. 😊
"Hati-hati Amirul."pesan Hanis lalu beredar dengan segera. Dia tak nak Amirul perasan yang dia telahpun menangis.
Jangan lupa untuk vote 🌟 and comment ya!
YOU ARE READING
Terbaik Untuk Kau Aku & Dia
Teen Fiction"Layakkah aku mencintai dia ?",Aiman "Mungkin cinta pertamaku memeritkan tapi aku yakin kali ini tidak.Dia akan bahagiakan aku.",Hanis "Cinta aku hanya untuk dia.",Amirul. "Kenapa susah sangat aku nak curi hati dia?",Izzati "Aku tahu kau rasa apa y...