Pagi-pagi lagi Isya sudah pergi ke rumah Adam. Hari ini merupakan kelas pertama dia akan mengajar Adam berkarate.
Selepas berbincang dengan mama dan papanya, Isya membuat keputusan untuk menerima tawaran Adam.
Isya masuk ke dalam setelah Adam menyambut dia masuk. Adam gembira sangat Isya setuju untuk ajar dia.
"So,kau pasti tertanya-tanya mana kau nak ajar aku karate kan?"
Isya mengangguk kekok. Dia rasa pelik bila hanya berdua-duaan dengan Adam. Bibik Adam ada dekat bawah. Mereka berdua pula dekat tingkat 3. Mananya tak kekok. Berdua-duaan dengan lelaki yang kau tak kenal dan rapat.
"Ya Allah,kau selamatkan lah aku dari sebarang malapetaka." sempat Isya berdoa. Yelah, Adam ni bukan boleh percaya sangat. Kalau namanya lelaki,memang bahaya lah kan.
"Kau jalan terus lepastu belok kiri. Nanti kau akan nampak bilik yang ada papan tanda tulis studio. Kau masuk bilik tu dulu. Aku nak suruh bibik aku buatkan air untuk kau."
Isya terus berjalan mengikut arahan yang diberi oleh Adam.
"Aku rasa aku ikut je apa yang Adam kata. Tapi tak nampak pun papan tanda tulis studio." Isya bingung.
Di depan dia sekarang ada 2 bilik. Kedua-duanya kelihatan sama sahaja. Tanpa banyak berfikir lagi Hanis memilih untuk masuk ke dalam salah satu bilik itu.
Bila Isya memasuki bilik itu, ada sebuah piano berada di tengah-tengah bilik itu. Piano itu dikelilingi dengan bunga-bungaan yang di susun cantik di dalam pasu. Juga, lebih daripada 50 bingkai gambar tergantung di dinding bilik itu. Bilik itu berbau sangat harum seperti bau mawar.
Isya sedar yang dia sudah tersalah masuk bilik. Dia mahu keluar daripada bilik itu tetapi keinginannya untuk melihat-lihat semua yang ada di dalam bilik itu menguasai segala-galanya.
Isya melihat satu persatu-satu gambar yang tergantung di dinding. Kebanyakan gambar yang berada di situ merupakan gambar Adam bersama dengan seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an dan seorang wanita yang juga berumur dalam lingkungan 40-an. Isya beranggapan yang lelaki itu mungkin ayah Adam tetapi siapakah wanita itu?
Tiba-tiba, Adam meluru masuk ke dalam bilik itu lalu menarik tangan Isya untuk keluar dari situ.
"Kau ni faham bahasa ke tak hah? Aku suruh kau masuk studio!!Bukan sesuka hati masuk bilik lain!!!"
"Kau buta ? Tak ada mata? Heeeii,aku tak paham lah dengan perempuan macam kau ni!"
Adam menumbuk pintu depan bilik itu menunjukkan yang dia amat marah.
Isya menunduk memandang lantai dan diam tidak bersuara. Dia tidak sanggup untuk bertatapan mata dengan Adam yang menyinga itu.
"Kenapa bila aku cakap kau tak pandang hah?! Bila aku cakap pandang lah perempuan!!!"
Adam menarik muka Isya supaya memandang tepat ke mata dia.Isya lantas menolak tangan Adam tetapi Isya tidak dapat melawan kekuatan Adam yang ternyata memang jauh lagi kuat.
Isya menatap wajah Adam dengan air matanya yang deras keluar.
Tidak dapat Isya menahan air matanya daripada terus turun dengan derasnya.
"Adam lepaskan aku! Aku sakit!" Isya merayu.
Adam sepertinya sudah sedar yang dia telah mengasari Isya. Lantas Adam melepaskan muka Isya yang dipegangnya kasar tadi lalu bergerak menjauh daripada Isya.
"Aku nak balik! Aku takut bila dengan kau!" Isya berjalan turun ke bawah sambil mengesat-mengesat air matanya.
Hatinya menyuruh dia supaya berpatah balik dan meminta maaf kepada Adam tetapi akalnya tidak membenarkan dia buat sebegitu. Dia takut melihat Adam tadi. Dia perlu balik dan tenangkan dirinya dulu.
YOU ARE READING
Terbaik Untuk Kau Aku & Dia
Teen Fiction"Layakkah aku mencintai dia ?",Aiman "Mungkin cinta pertamaku memeritkan tapi aku yakin kali ini tidak.Dia akan bahagiakan aku.",Hanis "Cinta aku hanya untuk dia.",Amirul. "Kenapa susah sangat aku nak curi hati dia?",Izzati "Aku tahu kau rasa apa y...