BAB 1

149 13 3
                                    

Setelah mereka bertiga memasuki kelas. Semua pelajar berkumpul mengelilingi mereka. Nampaknya berita tu sudah tersebar sampai ke kelas mereka. Belum sempat mereka nak kongsi apa-apa semua orang dah nampak macam tahu lebih daripada mereka.

"Wei, tahniahlah. Tak sangka doh korang nak tinggalkan aku dah. "

" Sekolah tu mesti best kan . Mesti macam sekolah dalam High school musical kan ? "

" Sekolah tu lagi jauh lagi cantik." balas Asyraff.

" Nanti bila dah sekolah sana kawan dengan anak-anak orang kaya je. Aku ni korang lupakan." 

" Eh, boleh pula cakap macam tu. Aku sayang korang semua tau. Aku akan sentiasa ingat korang. " sayu Isya menjawab.

" Alah nanti tak boleh lah dengar miss besar kita membebel. Mesti rindu kena piat telinga dengan kau wei"

" Sukalah kan. Senyap sikit kelas ni." Isya berseloroh.

" Ashraff nanti kau dekat sana jangan buat lawak bodoh yang kau selalu buat dekat sini. Kita je yang boleh tahan dengan perangai gila  kau tu."

"Yelah. Lawak bodoh aku ni untuk korang je. Tak nak share pun dengan orang lain." Ashraff layankan je kata-kata itu.

"Aiman keep being tegas and hot sepanjang masa. Biar ramai perempuan kaya dekat situ jatuh cinta. Kalau boleh kenalkan satu untuk aku." 

" Eh kau ni ke situ pula. " Aiman menggaru-garu kepalanya malu.

"Eiiish korang ni sedih lah. Ni nak nangis ni." Isya mengelap air matanya yang mula mengalir.

Isya memeluk  satu-satu para pelajar perempuan sambil menangis beramai-ramai. Perempuan memang emotional.

Aiman menepuk bahu Airel, salah seorang murid yang Aiman rapat di sekolah ini selain Isya dan Ashraff.

"Airel jagalah sekolah ni elok-elok bila aku dah tak ada . Tak kisah lah siapa KP lepas ni."

"Insyallah Man. Kau jangan lupa aku pula bila masuk sekolah tu."

"Takkanlah. Kau kawan baik aku."

Aiman lantas memeluk Airel buat seketika.

Belum sempat mereka menyambung sesi menangis dan beremosi beramai-ramai, guru sudah pun masuk ke dalam kelas. Lantas semua bertempiaran pergi ke tempat duduk masing-masing.

          💧💧💧💧💧

Aiman yang sedang bertugas menjaga kantin dikerumuni oleh sekumpulan pelajar junior perempuan yang terlebih gedik.

" Abang Aiman! Betul ke abang Aiman nak pindah sekolah lain lepas ni?"soal salah seorang pelajar tersebut .

" Ya."ujar Aiman ringkas sahaja. Aiman sememangnya sudah bertekad untuk masuk ke George High School selepas berbincang dengan emaknya.

IMBAS KEMBALI...

"Mak, Aiman nak cakap sesuatu dengan mak boleh?" panggil Aiman lembut. Tak pernah sekali pun dia meninggikan suaranya kepada emaknya. Sungguh dia sayang akan emaknya.

"Mestilah boleh. Ada apa Aiman?" ujar Puan Kalsom yang sedang melipat baju di ruang tamu.

"Sebenarnya, Aiman dapat biasiswa ke George High School. Isya dan Ashraff pun dapat. Kami bertiga serius tak sangka !"

"Wah, syukur alhamdullilah. Mak bangga dengan kamu Aiman. Bila kamu boleh sekolah disana?" kata Puan Kalsom gembira.  Dia bersyukur kerana Aiman dapat juga masuk ke sekolah idaman Aiman. Daripada tingkatan 1 lagi Aiman berangan nak sekolah sana. Walaupun Aiman tak pernah mengungkapkan impiannya itu kepada Puan Kalsom tapi dia tahu. Ini kerana dia pernah melihat sebuah buku Aiman yang mempunyai seribu satu maklumat berkaitan sekolah itu. Namun apakah daya Puan Kalsom dia tidak mampu untuk menghantar Aiman ke sekolah itu. Lagipun selepas suaminya meninggal ketika Aiman berusia 12 tahun dialah yang harus mencari nafkah untuk Aiman, Dini dan dirinya.

"Kalau ikutkan pengetua kata lagi dua minggu Aiman boleh masuk sekolah itu. Aiman masih belum buat keputusan lagi sebab Aiman nak berbincang dengan mak dulu," terang Aiman.

"Ooh,begitu. Mak izinkan Aiman bersekolah disitu kalau Aiman janji dengan sesuatu."

"Apa mak? Insyaallah Aiman tunaikan ."

"Mak nak Aiman belajar sungguh-sungguh dekat sekolah tu. Gunakan peluang ini untuk menimba ilmu banyak-banyak dekat sekolah itu. Boleh?"

"Insyaalah. Aiman janji akan tunaikan apa yang Mak cakap tu. Terima kasih mak."

Aiman terus memeluk erat dan mencium lembut pipi emaknya.

         💧💧💧💧💧

"Alah, kalau macam tu tak boleh lah kita jumpa lagi! "

"WHAT???Jadi betullah berita buruk ni. Aloooo,nanti mesti saya rindu abang."

Ramai diantara pelajar perempuan itu sudah membuat wajah yang cemberut. Ada juga yang pura-pura menangis konon sedoh sangatlah tu.OVER!!!!😑 Tak dapatlah nak cuci mata tengok Abang Ketua Pengawas yang hensem nii...

Isya yang dari tadi memerhati dari jauh terus meluru kearah mereka dengan geramnya. Sememangnya dia nak termuntah melihat pelajar-pelajar perempuan itu. Gedik terlebih! OVERDOSE!

"Hoi, adik-adik yang dikasihi sekalian walapun tak adalah aku kasih sangat. Daripada korang berdrama kat sini lebih baik korang pergi masuk kelas. Rehat dah habis! Dah pergi! Pergi!"bebel Isya sambil menunjukkan gaya menghalau mereka.

"Eeeei, baru jer nak berborak sikit dengan abang pengawas ni."
kata mereka lantas berjalan dengan penuh gemalai  sana menuju ke kelas. Sempat lagi mereka menghadiahkan kenyitan mata kepada Aiman. Aiman buat selamba badak dia jer 😶. Dah lali dengan perangai mereka.

"Eeei, sakit mata aku tengok diorang tu. Tak padan dengan perempuan! Juallah mahal sikit! Nak tergedik-gedik tu pahal! Kau ni pun satu, apasal layankan diorang tu?,"bebel Isya.

"Wei,mana Ashraff dari tadi aku tak nampak dia?," soal Aiman. Cepat-cepat Aiman tukar topik. Sememangnya dia dah masak dengan perangai Isya. Kalau membebel, setahun pun tak cukup 😶!

" Kau ingat aku tak tahu kau cuba tukar topik ? " 

" Mana ada. " Aiman masih dengan muka selamba badak dia.

"Yelah tu. Btw, Asyraff tu dia tengah sambut majlis perpisahan dengan ahli bola sepak yang lain. Maklumlah kapten nak pindahkan kenalah beria sikit." Isya menjawab.

Asyraff daripada form 1 memang join pasukan bola sepak sekolah. Sampailah dah form 5 ni. Bola sepak memang sukan kegemaran dia dari dulu. Ni nak pindah sekolah mesti berat je hati nak tinggalkan team. Perginya kapten habislah pasukan bola sepak sekolah nanti.

"Oooh, kalau macam tu jomlah masuk kelas. Nanti kena bebel  dengan cikgu. Dahlah sekarang waktu sejarah," ajak Aiman.

"Haahlah. Tapika jalan je tak best lah. Kita lumba nak? Sapa yang sampai kelas dulu, dia menang. Sapa kalah kena belanja aiskrim."

"Deal!!"balas Aiman.

Isya terus berlari selaju yang mungkin. Aiman memerhati kawasan sekeliling dahulu jika ada guru atau murid. Yelah, KETUA PENGAWAS kan mestilah dia kena tengok dulu. Kang tak semena  kena report dekat guru disiplin. Takkan nak tinggalkan nama buruk sebelum pindah sekolah kan. Lepas itu, baru dia lari mengejar Isya yang jauh dihadapan.

"Isya!!!Tunggu!!!"jerit Aiman.

"Tak nak!!!Cubalah pecut aku!!!"

Terbaik Untuk Kau Aku & DiaWhere stories live. Discover now