Bab 28

42 3 1
                                    

Puan Nadia mengejutkan anak tunggalnya yang sedang tidur dengan nyenyak sekali.

"Isya bangun. Kamu kata hari ini nak keluar dengan kawan kamu. Dah pukul berapa ni." bebel Puan Nadia.

"Lagi 10 minit je. Lepas tu Isya bangun."
Selepas habis solat Subuh Isya ingatkan tak nak tidur dah tapi bila dia terbaring dekat katil nafsu ni lain macam. Asyik memanggil-manggil suruh dia tidur.

"Ya allah, anak dara aku seorang ni. Kamu tahu tak sekarang dah nak masuk tengahari dah. Bangun!!!"

Tiba-tiba ada satu kereta di luar yang tersidai di hadapan rumah mereka. Encik Hairi yang sedang sibuk mencuci kereta di luar memanggil-manggil Isya dan isterinya itu.

"Hah,tengok tu. Kawan kamu dah sampai dah."

Isya yang masih terkebil-kebil itu terus berasa segar. What? Adam dah sampai. Ya,allah!!

"Ibu, kenapa tak kejutkan Isya awal-awal. Huawaaaa, Isya dah lambat." Isya menggaru-garu kepalanya dan mengesat air liur basinya.

"Ibu dah kejut dari tadi. Kamu yang liat sangat nak bangun. Sekarang padan muka. Keluarlah dengan serabai macam tu."

" Ibu..Huhuhuhu. Dahlah baik Isya mandi cepat. Cakap dengan dia suruh tunggu lagi 30 minit. "
Isya lantas mengambil tualanya dan berlari keluar dari biliknya menuju ke tandas.

Tiba-tiba Adam yang baru masuk dalam rumah itu bertembung dengan Isya.

"Huwaaaa." Isya menjerit kuat lagi. Dia menutup mukanya dengan tuala. Malu Adam tengok dia dalam keadaan macam ni.  Isya cepat-cepat masuk ke dalam tandas untuk mandi.

Adam tergelak berdekah melihat keadaan Isya tapi dalam hatinya dia mengagumi kecantikan Isya. Bila dah nampak pun suka, crush buat apa pun nampak indah je di mata ni. Eh!

"Buat apa berdiri dekat situ. Sinilah duduk dekat dapur ni dulu. Aunty ada masak breakfast sikit. Jamahlah dulu sementara tunggu Isya bersiap."
Puan Nadia mempelawa Adam untuk makan.

"Tak apalah saya dah kenyang. Biar saya tunggu Isya dekat ruang tamu je." Adam menipu Puan Suraya sebab dia malu. Padahal perut dia lapar sangat. Yelah, tadi tak breakfast apapun sebelum keluar rumah.

Perut Adam tiba-tiba berbunyi waktu tu juga. Hmm, kan dah kantoi!

Encik Hairi dari belakang menepuk bahu Adam.

"Dahlah,jom je pergi makan. Tak perlu malu-malu."

Adam lalu mengikut Encik Hairi dan Puan Suraya menuju ke dapur.

Seram sejuk je rasa. Rasa macam perjumpaan antara bakal menantu dengan bakal mertua. Huhuhu. Eh, Adam kesitu pulak kau ya!

Puan Suraya menghidangkan nasi lemak kepada Adam yang dimasak pagi tadi.

"Aunty dengan Uncle tak makan?"
Sopan je Adam bertanya.

"Kami berdua dah makan awal lagi. Isya tu je yang belum makan. Tulah dari tadi Aunty ajak makan tapi masih nak tidur lagi."

Adam hanya membalas "Oooh!"

"Aku tak pernah pun nampak kau dengan Isya sebelum ni. Biasanya Aiman dengan Ashraff je yang datang sini." tegas je Encik Hairi berkata. Macam ala-ala soal siasat pulak!

"Saya kenal Isya baru beberapa bulan. Baru berkawan dengan dia sebab dia pun baru pindah sekolah. Saya ni kawan dari sekolah baru dialah."

"Oooh, kamu ni Adam kan? Kamulah yang minta Isya jadi jurulatih karate kamukan?"

"Haah betul tu."

"Ooh,terima kasihlah bagi Isya kerja. Gaji pun tinggi juga kamu tawarkan."

"Tak perlulah berterima kasih. Saya pilih Isya jadi jurulatih saya sebab memang dia layak."

Terbaik Untuk Kau Aku & DiaWhere stories live. Discover now