Hanis duduk sambil menyelak dokumen yang diberi Encik George tadi.Dia ditugaskan menjadi pengurus bagi program George's Carnival.Berat sungguh kerja yang diberi kali ini.
Karnival akan diadakan pada pertengahan tahun ini .Sudah menjadi tradisi turun temurun George High School melakukan karnival ini.
Terdapat satu acara khas yang diadakan hanya untuk pelajar Form 4 and Form 5 iaitu prom night. Acara ini merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh pelajar.
Terdapat beberapa tradisi yang dipercayai dan dibuat sejak turun temurun oleh para pelajar di sini. Setiap pelajar perlu memakai maskeret bagi menyembunyikan identiti mereka. Tepat pukul 10 malam sesiapa yang menari dengan kita di kawasan yang dipanggil love zone akan menjadi soulmates kita.
"Hah,Aiman.Datang pun.Saya ingat Isya lupa nak bagitahu awak tadi."Hanis tersenyum melihat Aiman yang kelihatan serba salah.
Hanis pelik.Bila dia ada dengan Aiman jer,pasti dia takkan pernah lokek untuk senyum. Melihat gelagat Aiman yang kadang kala berkarisma,comel & naif membuatkan Hanis tersenyum.
Aiman menggaru-garu kepalanya walaupun tak gatal. Macam mana nak minta maaf ni? Nanti salah cakap,mengamuk.
Perempuan kan...Kalau dengan Isya dia dah biasa,tapi ni Hanis!!😧"Hmmm"
"Kenapa Aiman?"
"Saya nak minta maaf sebab lambat datang." Yes! Berjaya pun cipta ayat.Harap-harap lah Hanis tak marah...🙏
"Maaf tidak diterima."kata Hanis sambil buat muka serius.
Tetiba jer dia rasa macam nak usik Aiman ni...
"Apa?Tapi saya....hmmm....."
Aiman tak mampu nak jawab.Sel-sel otak tidak berhubung...
"Pengawas mana boleh lewat.Kalau hal kecil macam ni pun awak lewat,hal yang besar-besar lagilah."
"Dekat sekolah lama, memang awak selalu tak tepati masa ke bila awak jadi KP?Tahu tak dekat 30 minit saya tunggu?"
Padahal 5 minit pun tak sampai...Adoohai!!😂
Hahaha...Hanis rasa macam nak gelak je...Pandai jugak dia berlakon....
"Ta...tapi..."
"Tapi apa!"
Hanis meninggikan suaranya sikit. Subhanallah,tolonglah hamba mu yang lemah ni untuk menahan diri daripada gelak...Aiman menarik nafas beberapa kali sebelum dia mula menjawab. Tidak pernah dia menyangka Hanis ni garang orangnya...
"Tapi Isya kata saya kena pergi jumpa awak lepas saya habis rehat. Habis rehat saya terus....."
Belum sempat Aiman explain sampai habis, Hanis mematahkan kata-kata Aiman.
"Ah,alasan!"kata Hanis tegas tapi kali ni disertai dengan gelak tawa yang mengalahkan pontianak harum sundal malam.
"Muahahahahahha"
Aiman kaku.Kenapa perempuan ni?Takkan sebab aku datang lambat pun boleh jadi gila?Aku tak pernah tahu menahu pun perempuan boleh jadi gila sebab ni.Monolog Aiman.
"Aiman,saya sebenarnya gurau je..hahahaha"
Macam nak pengsan je Aiman sekarang.Punyalah dia tkut Hanis tetiba marah pastu gelak macam orang gila.Rupanya ini semua hanya gurauan!GURAU!!!
Jatuh saham Aiman sebagai bekas KP kerana tertipu dengan penipuan sebegini.Hehehe.
YOU ARE READING
Terbaik Untuk Kau Aku & Dia
Teen Fiction"Layakkah aku mencintai dia ?",Aiman "Mungkin cinta pertamaku memeritkan tapi aku yakin kali ini tidak.Dia akan bahagiakan aku.",Hanis "Cinta aku hanya untuk dia.",Amirul. "Kenapa susah sangat aku nak curi hati dia?",Izzati "Aku tahu kau rasa apa y...