BAB 2

105 15 3
                                    

"Wei,hari ni last day kita dekat sekolah ni. Esok kita dah kena masuk sekolah George High School. Sedihlah pulak ." luah Ashraff.

" Aku pun sedih juga tapi aku lagi gembira sebab dapat masuk George High School! Tak sabarnya nak masuk sekolah itu!" jerit Isya pula. Dia hampir terlompat.

"Eeish, patutnya last day ni kenalah sedih. Ni kau gembira pulak! Apa cer!" marah Ashraff.

"Korang rasa pelajar dekat sekolah sana nak ke kawan dengan kita. Yelah,diorang tu parents ada pangkat. Kaya raya pula tu. Kita ni jauh beza dengan diorang. Macam langit dengan bumi. Lagi-lagi aku." kata Aiman sayu. Dia takut dia tidak akan diterima oleh para pelajar di sana.

"Insyaalah, diorang akan terima kita. Semoga sepanjang kita belajar dekat sana nanti kita akan berjumpa dengan orang yang baik-baik saja." pujuk Isya.

" Tak apa Aiman. Kau janganlah insecure sangat. Diorang tu pun manusia juga bukan bidadari jatuh dari langit. Kalau bidadari dengan aku sekali insecure." Asyraff cuba membuat jenaka walaupun kedengaran bodoh. Dia faham kerisauan Aiman tapi dia tak nak Aiman terlalu memikirkannya.

Aiman terhibur mendengar jawapan Asyraff. Eh,senang pula nak hiburkan mamat ni hari ni. Kalau tak muka tu serius je memanjang bila Asyraff buat lawak.

"Dah,jom kita pergi bilik guru. Kita minta maaf dekat semua guru yang mengajar kita. Kot-kot ada terKWANGAJO ke dengan cikgu." ajak Ashraff. Dia terus menarik tangan Aiman dan Isya keluar dari kelas.

"Eei, lepaslah. Aku boleh jalan sendiri lah."marah Isya lantas memukul tangan Ashraff agar melepaskan tangannya.

"Adoi,sakitlah! Belum jadi bini lagi dah garang macam ni. Macam manalah kalau dah kahwin nanti. Nasib suami sayang sebab tu tahan je tapi dengan anak-anak tak tahulah boleh tahan tak mak garang . " usik Ashraff.

Muka Isya BLUSHING😣 terus selepas mendengar apa yang Ashraff kata.

"Sapalah yang nak kahwin dengan lelaki tak matang macam kau ni ?"celah Aiman.

"Betul tu. Kau berangan je lebih nak kahwin. Belajar pun tak habis macam mana nak tanggung anak dara orang." Isya menyokong. Terima kasih Aiman! Aku sayang kau!Kata Isya dalam hati.Dia lega kerana Aiman BACK UP dia.

"Yelah,sapalah yang nak aku ni. Perasan je lebih!" kata Ashraff sayu. Nak merajuklah macam ni!

"Alolololo,kawan aku merajuklah!!!"perli Isya.

"Alahai sikit-sikit merajuk. Kalah adik akulah."perli Aiman.

"Daripada melayan korang lebih baik aku, minta maaf dengan cikgu."kata Ashraff lalu masuk ke bilik guru.

Aiman dan Isya hanya gelak melihat telatah Ashraff.

           💧💧💧💧💧

Aiman bangun seawal 5.00 pagi kerana dia sungguh teruja untuk ke George High School.

Dia mengambil baju uniform sekolah yang dia dapat daripada pengetua .Pakaian uniform George High School berbeza dengan sekolah menengah biasa memandangkan sekolah ini merupakan PRIVATE SCHOOL.

Aiman memandang cermin untuk menelek jika dia kemas ke tidak.

"Ehem!Ehem! Tak perlu kot nak lama sangat tengok cermin tu.Macam hensem sangat jer."kata Dini di hadapan pintu bilik Aiman.

"Ada apa kau datang bilik aku? Menyibuk je!"

"Solat,pastu pergi makan dekat dapur tu.Karang bila ayah Kak Isya dah datang.Tak sempat abang nak makan."

Memandangkan tiada van yang menghantar pelajar ke sekolah itu. Terpaksalah dia tumpang kereta ayah Isya. Yelah, orang kaya jer yang sekolah situkan!Mana nak naik van, masing-masing ada DRIVER .

"Yelah,adikku.Dah tak ada apa-apakan,So,sila keluar. Aku nak solat ni."

"Tahulah!"kata Dini tidak puas hati.Dia pun pergi sambil bermonolog sendirian. Mengumpatlah tu!

"Hah,cakap apa tu. Mengumpat aku ye!" sangkal Aiman.

"Mana ada,adik berzikirlah! Menuduh orang pulak." tipu Dini.

Eeeish!Eeeish!Eeeish!Tak elok menipu Dini!😂

Aiman hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.Malas nak layan adiknya itu.

Selepas bersarapan,dia menyalam Puan Kalsom sebelum naik kereta ayah Isya.

"Belajar rajin-rajin ya,Aiman."pesan Puan Kalsom lantas memberikan bekalan makanan yang dia sediakan tadi kepada Aiman.

"Baiklah,mak."balas Aiman ringkas.

Dini hanya melihat abangnya itu dari tepi tingkap.Dia berharap agar dia juga akan menerima biasiswa ke George High School seperti abangnya.

"Hah Aiman, lepas ni kamu akan naik kereta dengan isya untuk ke sekolah dan balik sekolah setiap hari.Pak cik harap kamu selesa naik kereta ni"kata Encik Hairi,ayah Isya.

"Terima kasih pak cik kerana bagi saya menumpang kereta pak cik ke sekolah."ucap Aiman.

"Tak pe,lagipun pak cik dengan arwah ayah kamu kawan baik dulu.Dia banyak tolong keluarga pak cik bila susah,jadi pak cik buat benda ni untuk balas budi ayah kamu Aiman."kata Encik Hairi.

"Betul tu,Aiman."kata Isya pula.

Sepanjang perjalanan Aiman hanya duduk termenung manakala Isya sibuk melayan fonnya. Hidup Isya tidaklah sesusah Aiman kerana ayahnya merupakan seorang pegawai polis.

"Hah,dah sampai pun. Jom,keluar.Kita pergi pejabat dulu ya."kata Encik Hairi.

"Ayah,sekolah ni besarkan?"soal Isya kagum.

Encik Hairi hanya mengiyakan sahaja pertanyaan Isya.




Jangan lupa Vote 🌟and comment ya!Author harap cerita ni dapat sambutan hangat daripada para pembaca.

Terbaik Untuk Kau Aku & DiaWhere stories live. Discover now