Seperti biasa, Isya, Ashraff dan Aiman akan keluar berehat bersama.
Selepas mengambil makanan yang disediakan,mereka duduk. Ashraff terus makan tanpa membaca doa akibat kelaparan. Ni mesti kes tak breakfast pagi ni...😂
Terus Isya memiat telinga Ashraff kuat. Penuh kegeraman!
"Berapa kali aku nak kata,walaupun kau tak makan setahun pun, kau tetap kena baca doa dulu baru boleh makan."
"Aaaah! Ampun tuanku.Patik minta ampun kerana terlupa baca doa."
Sempat lagi Ashraff membuat lawak bodoh walaupun dah kena piat telinga. Isya hanya membaca doa sebelum menikmati makanan. Malas dia nak layan karenah Ashraff.
Selesai Ashraff baca doa terus dia makan. Sengaja dia baca doa kuat-kuat biar Isya sakit hati tapi Isya hanya buat-buat tak kisah seperti biasa.
"Korang aku nak beritahu berita baik ni." kata Aiman.
"Apa?" soal Ashraff selepas sendawa.Dia mengusap-usap perutnya yang sudah penuh dengan makanan. Tak senonoh betul !😑
Isya mencubit perut Ashraff sebelum menumpukan perhatiannya kepada Aiman. Ashraff buat don't know je."Sebenarnya aku dapat jawatan jadi pengawas. Aku jadi ketua exco kerohanian da keagamaan."
"Wah,Tahniah! Tahniah! " kata Isya sambil menepuk kuat belakang Aiman.
"Serius ke ni? Perh, baru dua minggu sekolah dah jadi pengawas. Hebatlah kau Aiman."
Aiman hanya tersenyum gembira kerana dipuji sebegitu oleh Ashraff. Dia pasti akan melakukan tugas sebagai seorang pengawas dengan baik.
"Aku pun sebenarnya ada berita baik nak bagitau korang.Aku dapat tawaran kerja jadi jurulatih karate Adam. Gaji dia sebulan RM2500. Korang rasa aku patut terima?"
"Jurulatih karate Adam! Kau gila ke apa?Kau tahu kan apa yang lelaki tu buat dekat aku dan Aiman? Takkanlah kau nak ajar orang macam tu? Silap-silap haribulan nanti dia guna ilmu karate tu untuk buli orang!! Tak ke naya?" soalan tanpa henti dilontarkan oleh Ashraff membuatkan Isya bergerak ke arah Ashraff lalu terus menutup mulut Ashraff kuat.
"Hah,kan senyap.Tenang sikit dunia ni."
"Bagi akulah, aku rasa baik kau terima. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja part time gaji macam tu. Balik rumah nanti kau bincang lah dengan ibubapa kau. Tengok keputusan diorang macam mana."
"Mmm,okey. Terima kasih atas nasihat kau tu."
"Dah,lepaskan si Ashraff tu. Kesian aku tengok dia tak boleh bernafas tu." suruh Aiman.
Lantas Isya lepaskan Ashraff, sempat dia hadiahkan satu cubitan. Ashraff hanya mengusap-usap lembut mulutnya yang sakit tu.
"Kau ni ganas sangatlah! Patutlah tak ada sesiapa nak dekat kau. Memang tak kahwinlah kau bila perangai ganas macam ni. Aku jelah yang sudi."
"Eheheh, ikut sedap mulut kau jer cakap tak ada sesiapa nak dekat aku. Ada okay!Cuma diorang tu malu jer nak bagitahu aku. And one more thing, tak ingin aku nak kahwin dengan lelaki yang terencat akal macam kau ni."
"Korang perlahan kan sikit suara tu. Ramai orang memerhati korang berdua dari tadi. Tak malu ke?"tegur Aiman kedengaran sedikit tegas.
"Yelah,PENGAWAS. Saya menurut perintah."sengaja Ashraff menekankan perkataan pengawas.
Sedang mereka sibuk berborak, datanglah beberapa orang junior wanita dengan tergedik-gediknya ke arah mereka.
"Abang,nak nama IG boleh tak?"
"Amboi! Budak sekarang dah maju eh.Dh tak mintak no.tel...minta nama ig jer...kelas kau joyah!😂" Author pun nak sibuk.
Isya hanya menjeling mereka.Tahu sangat diorang ni mesti fan Aiman.😑
Ashraff dengan penuh perasantannya terus bagitau nama IG dia.Mana tak nya excited lah jadi abang idola.
"Ash_sya01"(ni author hentam jer ye.. jgn cek dkt instagram sudah....😁)
"Hmmm,sorry ye abang. Saya tak gamak pun nama IG abang.Saya nak nama IG abang yang lagi satu ni." kata pelajar junior tersebut menyampah.Ada pulak perasaan yang aq nak nama IG dia!!! Excuse me,I ada taste tau🙄.
Muka Ashraff dah merah menahan malu. Adooi tak nak datang sekolah setahun!Eh seminggu! Eh,mati aku tak jumpa Isya seminggu 😫. Alamak,kantoi lah pulak!!!
"Saya takde IG."ringkas saja Aiman membalas.
Mulalah sesi patah hati daripada mereka semua. Pelajar junior itu pun beredar.
Isya menahan dirinya dari nak gelak. Kesian, maaflah ye kawan I ni memang ketinggalan zaman cikit!
Apabila waktu balik semua pelajar berebut-rebut untuk pulang ke rumah. Amirul kelihatan menunggu seseorang di Cafeteria.
Dia menarik tangan Hanis sejurus dia melihat Hanis yang sedang berjalan menuju ke pagar sekolah.
"Apa yang awak nak ni?" tanya Hanis terkejut. Tiba-tiba je tarik tangan orang!
"Hari ni kau balik naik aku. Aku nak bawak kau pergi satu tempat."
"Awak dah bagitau mak saya ke belum?Nanti dia risau pulak. Pak Mat tengah tunggu sayalah."
"Kau tak perlu cakap banyak.Aku dah uruskan semua benda tu."
Hanis masuk ke dalam kereta LAMBORGHINI Amirul juga walaupun dia ragu-ragu dengan Amirul.
Dari jauh kelihatan Natasha dan Izzati memandang mereka.
"Eeish! Siap ajak naik kereta sama-sama lagi. Diorang nak buat apa."rungut Izzati.
"Aku rasalah kan, Hanis tulah tunang Amirul sebab ada budak junior ni lah dia cerita dekat aku yang waktu tu diorang 'dating' kat belakang library. And now diorang balik sekolah sama-sama."kata Natasha cuba untuk mengapikan kemarahan Izzati.
"Eeish,kau ni. Takkanlah Hanis nak 'makan' kawan dia sendiri. Aku kenal lah dia tu. Dia baik."
"Hek eleh,nak bela dia konon. Kau ingat sikit apa yang kau dah buat dekat dia. Tak perlu nak acah baik sangat boleh tak?"
"Janganlah ungkit lagi! Tolonglah! Kau tau kan kalau rahsia ni terbongkar apa yang akan jadi dekat aku?"
Izzati stress kerana Natasha mengingatkan dia kembali tentang kesalahan besar yang dia pernah buat. Dia tidak boleh berhenti separuh jalan. Sikit saja lagi Tengku Amirul Naufal akan menjadi milik dia. Sikit saja lagi.
Kedengaran lagu love story nyanyian Taylor Swift berkumandang di radio kereta mewah itu.Tiada tanda-tanda menunjukkan Amirul dengan Hanis ingin berborak.
Amirul memandang Hanis yang asyik melihat pemandangan di luar tingkap.
Kereta Amirul berhenti di hadapan jalan raya. Jalan yang sunyi pada waktu petang. Tempat ini merupakan tempat dimana Hanis sangatlah fobia.
Terkejut Hanis apabila dia keluar dari kereta itu. Dia tidak tahu adakah dia patut menangis, diam ataupun memarahi Amirul. Apakah motif Amirul untuk bawa dia ke sini? Adakah dia sengaja mahu Hanis mengingati kenangan pahitnya?
Hmmm,nak tahu apa kenangan pahit tu?Tunggulah bab seterusnya....😜😜😜
Btw,jgn lupa vote kay!!!!
Saranghae...
YOU ARE READING
Terbaik Untuk Kau Aku & Dia
Teen Fiction"Layakkah aku mencintai dia ?",Aiman "Mungkin cinta pertamaku memeritkan tapi aku yakin kali ini tidak.Dia akan bahagiakan aku.",Hanis "Cinta aku hanya untuk dia.",Amirul. "Kenapa susah sangat aku nak curi hati dia?",Izzati "Aku tahu kau rasa apa y...