Entah kenapa lepas balik sekolah ni tetiba Amirul terima ajakan Bryan yang suruh dia dan Adam teman Bryan pergi dating dengan Natasha.
Bosan barangkali. Tapi yang buat dia menyesal teman Bryan adalah Izzati pun join sekali. Perempuan gedik macam ulat beluncas tu. Tak habis-habis nak melekat dekat orang.
Amirul berbisik sedikit kuat dekat Bryan," Wei, aku nak balik dululah. Panas lah aku bila ada yang nak berkepit ni.Semak pulak tu."
Saja nak bagi Izzati yang dekat sebelah dia tu dengar.
Amirul melangkah keluar dari restoran tu.
"You,apahal dengan Amirul tu? Buat spoil mood I je tau." tempias Natasha yang sedang memeluk lengan Bryan.
"Dia tiba-tiba ada urusan keluarga. You janganlah risau."
Izzati marah! Sanggup Amirul cakap macam tu. Amirul ingat dia tak dengar ke? Nak perli lah tu!
"Natasha..Bryan...I nak jalan-jalan jap. Malaslah I nak ganggu u alls dating. Adam jom teman I."
Adam yang dari tadi hanya bermain dengan telefon bimbitnya terus memandang Izzati apabila namanya disebut. Eeish kacau je! Adam dari tadi sibuk stalk ig Isya. Comel jer!Habis dia spam like and comment tau!
"Jomlah, aku teman kau." kata Adam.
Izzati berjalan-jalan disekitar shopping mall tu. Tak ada apa yang buat dia tertarik.
Adam perasan yang Izzati kelihatan murung. Daripada tadi muka masam semacam je. Adam tahu Izzati terasa dengan kata-kata Amirul. Dia pun dengar okay walaupun sibuk main telefon.
"Izz, kau kenapa? Aku tengok muka kau masam jer." Adam cuba berbasi basa walaupun tahu sebabnya.
"Fasal Amirul. Aku tak tahulah nak buat apa lagi. Aku cuba macam-macam cara untuk pikat hati dia dari dulu lagi tapi dia pilih Mirza!Dia pilih perempuan yang paling aku benci! Dengan senang-senang je Amirul boleh jatuh cinta dekat dia. Sampai sekarang aku cuba ambil hati dia tapi nampak nya macam tak ada hasil."
Air mata Izzati tidak dapat dikawal lagi. Dia sayangkan Amirul!!
Adam terkejut melihat Izzati menangis lantas dia memeluk erat Izzati untuk menenangkannya.
Adam tak sanggup tengok satu-satunya kawan perempuan yang paling dia rapat menangis lagi. Cukuplah sekali dia melihat Izzati menangis. Hidup Izzati dah cukup sengsara.
"Aku tak nak kau menangis hanya sebab perasaan kau pada Amirul. Lupakanlah dia, Iz. You deserve to be happy but not with him."
"Aku cuba, Adam. But I just can't! Sapa jer wanita yang takkan jatuh hati dekat dia, Adam?He such a perfect guy."
"Yes, I know. But you must know that Amirul..."
Adam memberhentikan kata-katanya bila dia sedar dia hampir membongkarkan rahsia Amirul."Amirul what?"
"Amirul can't forget about Mirza. She is Amirul first love and maybe his last.."
Adam menggoreng ayatnya. Asal tak terkantoi.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"Sampai pun korang. Kenapa lambat sangat?"
"Aku dengan Aiman melawat sekolah kejap sementara Dini tak balik lagi."
"What? Ini tidak adil!"
Ashraff mencebik geram. Sanggup diorang tak ajak aku!(Macam mana nak ajak kalau kau tu sibuk nak masak dengan mak kau?Eeish..Eeish..Eeish...)
Isya dengan Aiman hanya masuk ke dalam. Malas nak layan itu budak. Manja!
Dini? Terpaksalah dia yang pujuk.
"Alololo, abang Ash janganlah majuk. Nanti kita lawat sekolah sama-sama eh?"
Ashraff memandang Dini kaget. Tetiba suara comel semacam ni apa kes? Tapi kalau dah Dini buat macam tu takkan nak tolak. Rezeki orang kata.
"Betul ni? Nak pergi sama-sama."
"Betul..." Dini meleretkan suaranya biar kedengaran lebih manja.
Nak pujuk lelaki ni senang aje.cGedik plus manja sikit je confirm dah tak merajuk. Why?Cause dah cair lerr...Tips ni sila salin.😂Kot berguna ke nanti di masa hadapan.
"Ashraff! Cepatlah ajak Dini tu kemari. Nak makan dah ni. Kesian Isya dengan Aiman tunggu lama tau." bebel Puan Kate. Ashraff ni kacukan British ye buat pengetahuan anda. Jangan main-main!
"Baik,ma."
Izzati takut-takut untuk masuk ke dalam rumah. Dekat seminggu mama dan papanya bergaduh. Bila berjumpa gaduh! Sampai baling-baling barang. Dekat seminggu tu jugaklah villa tak terurus. Punca gaduh pun Izzati tak tahu?
Kebiasaannya Izzati akan duduk rumah ni sorang-sorang sampai lah esok pagi. Izzati tiada orang gaji memandangkan dia malu orang luar tengok mama dan papanya yang kerap kali bergaduh. Jadi demi menjaga reputasinya, dia rela bersendirian.
Orang lain semua mahukan kehidupan seperti Izzati. Dia cantik, hot, ramai peminat, pandai dan kaya tapi apa gunanya kalau dia tidak memperoleh kasih sayang dari mama dan papanya sendiri? Apa gunanya kalau ada semua tu tapi langsung tak diberi perhatian?
Dia fikir semua kelebihan dan kehebatan dia dapat menutupi rasa perit itu tapi malangnya tidak!cDia sunyi! Hidup dia dipenuhi penipuan dengan harapan yang keluarganya hidup bahagia dan sentiasa bersama seperti keluarga orang lain.
Istilah keluarga bahagia tidak pernah tercatat didalam rumah ini. Dari Izzati kecil sampailah sekarang! Hanya kesengsaraan, penipuan dan kepura-puraan sahaja yang ada.
Tapi Izzati bersabar. Dia perlu meneruskan hidupnya ini.Dia tidak boleh kelihatan lemah! Dia perlu sentiasa menjadi perempuan yang disanjungi, dihormati dan diminati!
Ashraff terbaring kekenyangan dekat katilnya. Isya dan Dini masuk ke dalam bilik Ashraff lepas tolong Puan Kate mengemas. Aiman? Buat homeworklah apalagi. Rajin sangat.
"Ashraff, jom buat homework. Aku nak suruh kau ajar sikit."kata Isya.
"Alah, kejaplah. Aku mengantuk ni. Kau tanyalah Aiman. Dia lagi pandai dari aku."
"Eeeish, ajar lah aku. Aku tak nak Aiman ajar aku nak kau ajar."Isya mula membuat muka sedih.Sayu jer tengok.
Entah kenapa Isya cemburu bila dia lihat Dini dan Ashraff bermanja-manja dekat depan pintu tadi. Dia tak suka! Sekarang ni pun tiba-tiba jer dia nak Ashraff layan dia.
Ashraff pun dengan berat hati bangkit dari katilnya. Terpaksalah dia ajar Isya kalau tak, merajuk tak tentu fasal. Isya ni bukan boleh dijangka emosinya.
"Yelah..yelah aku ajar.Dah jangan buat muka macam tu.Tak comellah."
Isya senyum semanis-manisnya bila Ashraff sudi nak ajar dia.
Dini ketawa melihat Isya yang nampak lain bila merajuk. Comel! Limited edition tau nak tengok Isya macam tu! Biasanya Isya akan menayangkan muka poker facenya bila tak dilayan.
"Abang Ash dengan Kak Isya nampak sesuai bersama. Dini ship korang berdua."
Ashraff dan Isya dua-dua kembang semacam jer. Ashraff overdose! Siap smack down bantal sambil tersenyum malu.
"Boleh ke diorang berdua ni nak bersama?Asyik bergaduh je kerja."Aiman bersuara juga akhirnya.
Walaupun Aiman berbicara sebegitu,dia pun berharap yang Isya dengan Ashraff akan bersama. Cuma,tulah boleh ke mereka bertahan dengan perangai masing-masing.
YOU ARE READING
Terbaik Untuk Kau Aku & Dia
Teen Fiction"Layakkah aku mencintai dia ?",Aiman "Mungkin cinta pertamaku memeritkan tapi aku yakin kali ini tidak.Dia akan bahagiakan aku.",Hanis "Cinta aku hanya untuk dia.",Amirul. "Kenapa susah sangat aku nak curi hati dia?",Izzati "Aku tahu kau rasa apa y...