Loceng berbunyi menandakan waktu balik.
"Korang,aku pergi dulu tau.Mama aku dah sampai."kata Ashraff lalu masuk ke dalam kereta mamanya.Untunglah mak suri rumah...
"Okey,bye Ashraff."kata Isya.
Aiman dan Isya setia menunggu Encik Hairi yang masih belum sampai.Mungkin JAMMED kot...
Natasha merangkul erat lengan sasa Bryan.Selesanya!
Natasha tak kisah dengan pandangan mata pelajar-pelajar wanita yang lain.Biar diorang tahu Bryan dia punya."Bryan,hujung minggu ni boleh tak kita pergi date?" soal Natasha sambil memaut lengan Bryan erat.
"Sorry,I tak boleh.I nak kena keluar dengan Adam dan Amirul.Amirul kan baru balik."
"Eeish,U ni.Diorang lagi penting ke,I lagi penting?" Natasha sememangnya nak dating dengan Bryan.First, nak melepaskan rindu. Second, nak suruh Bryan belanja dia shoppinglah!
"Dua-dua penting bagi I.Lain kali jelah kita pergi.U tahukan Amirul macam mana bila ada orang rosakan plan dia?"
"I tahu U buat macam ni sebab U dah bosan dengan I kan? U ada perempuan lain kan? U dah tak sayang I kan? " tebak Natasha lantas menjarakkan dirinya dengan Bryan. Natasha memuncungkan mulutnya tanda merajuk.Kalah itik tau!
"Apa U ni,You're my only one.I ada u jelah.Tak mo cakap macam ni dah." pujuk Bryan.
Natasha menjeling Bryan.
"Bukti! U ni bukan boleh percaya. PLAYBOY!"
Bryan lantas menarik muka Natasha rapat kearahnya lalu mencium pipi Natasha.
Natasha malu dengan tindakan Bryan. Eleh, malu konon!Dalam hati mesti suka!
Pipi Natasha terus blushing. Natasha menumbuk dada Bryan lembut menggunakan kedua-dua tangannya. Bryan hanya membiarkan perlakuan Natasha.
"Eeish,U ni.Saja jer tau buat I malu."kata Natasha.Dia
lantas lari masuk ke dalam kereta pemandunya.Bryan tersenyum melihat telatah Natasha. Dia suka tengok Natasha blushing. Comel!
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Hanis dan Izzati keluar dari bilik disiplin setelah semua pengawas keluar .
Hanis dan Izzati tidaklah rapat mana. Mereka akan bercakap perkara yang penting saja.Kalau tak mereka akan memilih untuk berdiam diri.
Hanis kadang-kadang cubalah jugak untuk berborak dengan Izzati tapi Izzati selalu mengelak.
"Izzati,jangan lupa hantar laporan minggu ni,ya."pesan Hanis.
"Ok."ringkas sahaja jawapan Izzati.Izzati kurang bercakap bila berada dengan Hanis sahaja tetapi dengan pelajar lain okey je.Hanis pun hairan.
Izzati dan Hanis terserempak dengan Amirul.
Hanis terus melangkah ke hadapan sambil berkata, "Saya pergi dulu tau.vIzzati esok jangan lupa hantar laporan yang saya minta." Amirul merenung Hanis dengan tajam.
Izzati hanya menganggukkan kepalanya.
Hanis pun berlalu pergi.
Dia tak mahu berdepan dengan Amirul lama-lama. Dia takut! Dia takut hatinya akan lebih berdebar-debar dan mungkin tidak boleh u melupakan perasaannya pada Amirul jika Amirul asyik memandangnya. Pandangan itu buatkan hati wanitanya cair.
"Amirul, I jalan dengan U boleh kan?"soal Izzati.
"Suka hati kaulah." dingin saja Amirul membalas.Dia tahu Izzati memang dah lama suka dia.
Mereka berjalan dengan senyap sekali. Izzati gembira kerana Amirul sudi berjalan berdua-duaan dengannya. Dulu,bila Izzati nak jalan dengan Amirul mesti Amirul akan mengelak.
" I dengar U,Adam and Bryan gaduh dengan pelajar baru.U ada cedera dekat mana-mana?"soal Izzati cuba untuk menghilangkan kejanggalan diantara mereka.
"Aku tak cedera pun."
"I dah agak dah sbb U kan kuat."balas Izzati.
"Dah lama I tak jumpa U. Dekat setahun agaknya. I rindu U sangat-sangat."
"Kau masih tak boleh lupakan aku ke?"soal Amirul. Dia kadang-kadang rasa serba salah dengan Izzati. Dari dulu tak pernah jemu pikat dia tapi dia tak boleh terima Izzati.
Hati dia milik orang lain.Dan hanya akan menjadi milik si dia buat selama-lamanya.
"I tak pernah lupakan U walau sesaat pun.Kenapa U tanya?"
"Saja. Pelik kenapa kau tak putus asa lagi dengan aku."
"I cintakan U. And I takkan sesekali putus asa untuk dapatkan U."
Sesudah Hanis tiba di rumah, dia terus masuk ke billiknya kerana dia perlu bersiap untuk ke kelas balet.
"Hanis,mama nak cakap sikit dengan kamu."kata Puan Lydia sambil mengetuk pintu bilik Hanis.
Hanis membuka pintu biliknya.Puan Lydia duduk diatas katil anak tunggalnya itu.
"Malam ni kamu tak perlu pergi tuisyen. Keluarga Amirul nak datang."pesan Puan Lydia.
" Okey, mama." jawab Hanis lalu masuk ke bilik airnya.Dia mahu mandi.
Puan Lydia mengeluh panjang melihat Hanis. Sungguh dia rindukan Hanis yang dulu.Sentiasa
ceria dan banyak cakap.Nampaknya Hanis masih menyalahkan dirinya diatas apa yang berlaku setahun yang lalu.Puan Lydia sememangnya sedih memikirkan perkara itu.
"Assalamualaikum,mak. Aiman dah balik."kata Aiman lalu masuk ke rumahnya yang tidak berkunci itu.
"Waalaikumussalam,Mak dekat dapur ni.Tengah buat kuih untuk berniaga."balas Puan Kalsom.
"Mana Dini mak?Kenapa dia tak tolong mak?"soal Aiman
"Dia dekat bilik.Biarlah dia berehat sekejap lagipun di baru jer balik pukul 4.00 tadi."
"Oooh,tak pe.Lepas Aiman mandi dan makan,Aiman tolong mak tau."
"Yelah!Yelah!Dah pergi mandi cepat."
Finish already!
YOU ARE READING
Terbaik Untuk Kau Aku & Dia
Dla nastolatków"Layakkah aku mencintai dia ?",Aiman "Mungkin cinta pertamaku memeritkan tapi aku yakin kali ini tidak.Dia akan bahagiakan aku.",Hanis "Cinta aku hanya untuk dia.",Amirul. "Kenapa susah sangat aku nak curi hati dia?",Izzati "Aku tahu kau rasa apa y...