Bab 29

28 3 0
                                    

"Bye!"
Alisa turun dari kereta. Penatnya shopping hari ini tapi best juga sebab first time shopping bertiga. Biasanya berdua je dengan Hanis. Tak sangka Aiman is such a good helper.

"Betul eh tak nak kitaorang tolong angkat barang masuk rumah?"
soal Hanis risau tengok Alisa yang membawa beg-beg yang dipenuhi dengan barang itu.

"It's okay. Aku kuatlah!"
Alisa tak nak menyusahkan Aiman dan Hanis. Mereka berdua dah tolong teman hari ini pun dia dah bersyukur gila.

"Oklah kalau macam tu. Take care jumpa esok dekat sekolah."

Kereta itu pun keluar dari perkarangan rumah Alisa.

"Aiman kau nak balik rumah terus atau nak pergi rumah aku dulu. Mak Som still ada dekat rumah."

Setelah berfikir panjang Aiman akhirnya menjawab.

"Aku pergi rumah kau dululah. Nak balik sekali dengan Mak aku."

Perjalanan mereka menuju ke rumah Hanis hanya ditemani dengan nyanyian lagu di radio. Masing-masing terlelap akibat kepenatan. Setelah sampai di rumah Hanis, Pak Mat mengejutkan mereka berdua.

Puan Lydia menunggu kepulangan anaknya di hadapan pintu rumah. Dan dia terkejut kerana anak tunggalnya itu membawa balik seorang lelaki ke rumah itu.

"Assalamualaikum. Ingatkan mama balik esok."
Hanis terus menyalam Puan Lydia dan memeluknya.

Puan Lydia memandang Aiman serius. Ditilik si Aiman dari atas ke bawah berkali-kali.

"Tak nak kenalkan mama ke siapa lelaki yang Hanis bawa ni?"

"Ooh,ini Aiman. Dia kawan Hanis dekat sekolah And kebetulan rupanya Aiman ni anak Mak Som."

"Assalamualaikum,aunty."

Puan Lydia membuntangkan matanya. Tanda terkejut. Dia kini menyalahkan dirinya kerana tak memberi perhatian yang secukupnya kepada Hanis sehingga membuatkan Hanis memilih untuk berkawan dengan lelaki macam ni.

Terus Puan Lydia menarik Hanis datang dekat kepadanya supaya menjauhi Aiman. Hanis terkelu dengan tindakan mamanya.

"Hmm,Som!!!"
Puan Lydia memangil-manggil nama Puan Kalsom.

Terus Puan Kalsom datang secepat mungkin ke hadapan pintu.

"Ya,puan."

"Awak boleh balik sekarang. Saya bagi awak balik awal hari ni. Bawa sekali anak awak ni balik."
Arah Puan Lydia.

"Baiklah."
Puan Kalsom bergegas mengambil beg dia. Gembira boleh balik awal. Bolehlah dia meluangkan masa dengan anak-anaknya.

"Hanis kenapa kena berkawan dengan orang macam ni?" soal Puan Lydia perlahan tapi cukup untuk buat Aiman dengar.

"What is so wrong?"

"We need to talk after this."kata Puan Lydia tegas.

"Saya balik dulu ya,puan. Terima kasih bagi saya balik awal." kata Puan Kalsom setelah selesai mengambil begnya.

" No problem. Take care."
Balas Puan Lydia ditambah dengan senyuman palsu. Puan Lydia terus menarik tangan Hanis untuk masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumah cepat-cepat.

Puan Kalsom dan Aiman berjalan keluar dari kawasan rumah itu. Aiman mengambil beg yang dipegang oleh maknya itu.

Puan Kalsom mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Dia tersenyum gembira.

" Hari ini Aiman nak mak masakkan apa?."

Aiman yang menggelamun itu memberi respon sedikit lambat. Begitu banyak yang berlegar di fikirannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terbaik Untuk Kau Aku & DiaWhere stories live. Discover now