Bab 17

55 5 0
                                    

Puan Sri Zamora dan Datin Lydia segera ke sekolah apabila menerima berita daripada Encik George bahawa Hanis pengsan akibat diserbu wartawan.

"George,bagaimana wartawan-wartawan tu boleh masuk ke kawasan sekolah?Please explain to me."ujar Puan Sri Zamora.

"I'm so sorry .Para wartawan   masuk ikut laluan belakang. Laluan yang sudah lama ditutup. Kawasan tu memang tidak ada pengawal.Mungkin itu membuatkan  para wartawan lebih senang untuk masuk.Saya akan mengupah pengawal supaya menjaga kawasan itu.
 
   Dimana para wartawan itu berada sekarang?And where are Hanis and Amirul?"soal Datin Lydia nampak risau.

"Saya dah suruh para pengawal  menghalau wartawan-wartawan tu keluar dari sekolah ini. Hanis dan Amirul berada di bilik kesihatan sekarang.I'll escort both of you there."

Puan Sri Zamora dan Datin Lydia  mengikut Encik George menuju kearah bilik kesihatan.Masing-masing risau dengan anak mereka. Lagi-lagi Datin Lydia memandangkan ini kali pertama  anak tunggalnya  diserbu wartawan.

Amirul dan Hanis kini berada di bilik kesihatan. Hanis sudah sedarkan diri namun  masih lagi terbaring di katil pesakit yang disediakan disitu kerana dia masih tidak larat untuk bangun. Encik George sudah menyuruh beberapa orang pengawal menjaga diluar bilik kesihatan. Tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk ke dalam tanpa kebenaran Encik George.

"Amirul,bagaimana saya boleh berada disini? Mana wartawan-wartawan yang serbu kita tadi?"

"Kau pengsan tadi.Aku dukung kau bawa pergi sini."

Muka Hanis membahang merah tiba-tiba.Dia kelu!

"Malunya aku!!!Kenapalah aku boleh terpengsan masa tu juga? Mesti Amirul kata aku ni berat!!" getus hati Hanis.

"Wartawan dah pergi.Uncle
George dah suruh pengawal halau mereka" kata Amirul lagi.

Hanis cuba mengingati balik peristiwa yang berlaku tadi.

Satu kata-kata yang asyik berlegar-legar di kotak pemikirannya.

" Hubungan kami bukan sekadar hubungan percintaan.Kami sudah bertunang."

Kata-kata itu terus diulang dan diulang. Hanis tersentak.Tak mungkin !

Pintu diketuk sebelum Datin Lydia, Puan Sri Zamora dan Encik George masuk ke dalam bilik itu.

Encik George beredar selepas menghantar Datin Lydia dan Puan Sri Zamora ke dalam bilik ini. Katanya ada urusan penting yang perlu diuruskan.

Datin Lydia segera meluru kearah Hanis. Dipeluk erat anak tunggalnya itu . Hanis pelik dengan keberadaan mamanya dan Puan Sri Zamora di sini. Bukan mereka berdua berada di Singapura ke sekarang?

"Mama dan aunty bukan ada  urusan kerja dekat Singapura ke?"

Datin Lydia memandang mata anaknya yang kelihatan tertanya - tanya itu.

"Mama terus balik bila dengar kamu pengsan."

Hanis mengangguk faham.

"Mirul,wartawan tu datang sini nak apa sebenarnya?Ada kontroversi apa pula kali ini?" soal Puan Zamora kepada anaknya.

"Mereka datang sini sebab nak tahu apa hubungan Mirul dengan Hanis."

"Sebab hal kecil tu je sampai sanggup pecah masuk kawasan sekolah?!! Lepas tu buat Hanis pengsan!Nasib baik Hanis tak  cedera . Kalau tak mama saman semua wartawan tu."

Api kemarahan Puan Sri Zamora membara. Hanis dah macam anak kandungnya sendiri.

"Habis tu,apa kamu jawab." Datin Lydia mencelah.

Terbaik Untuk Kau Aku & DiaWhere stories live. Discover now