🔪- Empat

201 22 3
                                        

Aku mengambil phone keluar dari pocket. Bila lihat sahaja battery nya. tinggal lagi 5%, Wargh!!
Hampir sikit lagi battery aku nak Kong!! Charger! Charger!
kalau mati phone aku ni mati jugak lah aku. dah lah dekat tengah-tengah laut ni bukannya senang nak dapat bantuan.
Elok-elok aku pening terus tak jadi pening. Aku berlari keluar bilik dan berjalan kearah bilik aku. Aku selongkar segala tempat.

'Aik?? mana semua charger?'
Aku cuba bukak semua laci. Bag Hanna pun aku selongkar. semuanya takdek.
Emergency sangat nih!
Kaki aku laju bergerak keluar. Dalam tengah nak laju aku terlanggar satu badan, Roy.

Nak pinjam dekat dia lah.
"Ah! Roy.. Ada charger phone tak? "
Dia pandang aku dengan mata stim dia tuh, Dah kenapa?
Bila aku sedut je nafas, Urghh!!
kuatnya bau arak.

"tak de arr, Aku punya battery pun dah nak mampuss. Kau mintak lah siapa-siapa " Roy tak menghiraukan aku dan terus jalan dengan terhuyung-hayang nya.
Aduh!! Time malam-malam camni jugaklah ada masaalah.

Betul kata orang, Kalau pakai phone tapi takdek charger paling menyedihkan. Power bank pon aku tak bawak!!
Lagi sekali aku jalan. Aku nampak Danial pulak. Aku pergi dekat dia.
Haihh nasib kau lah Danial, Aku memang suka menyusahkan dia.

"Danial..."
Dia pandang aku. Kemudian angkat kening, Gaya macam -kau nak apa?.

"Kau ada charger phone tak?"
Aku menggentel-gentel baju aku. Sebenarnya malu jugak bila aku mintak-mintak dekat orang nih, Dia tersengih bila tengok gaya aku gentel-gentel baju, entah-entah dia pikir aku ni nak menggatal dengan dia,

"Kau ni macam-macamlah, jap. " Dia melangkah menghampiri biliknya. Lepastu dia pandang aku,
"Nak masuk tak?"
Tangannya memulas tombol pintu biliknya. Kening aku terangkat look like - REALLY?
Then dia senyum lalu melambaikan tangannya menyuruh aku mengikuti jejaknya untuk memasuki bilik tersebut. Aku pun apalagi, Taknak buang masa ikut jelah.

Masuk je dalam bilik dia terus tutup pintu and kunci **What the--?
Aku pandang dia yang relax semacam, Janganlah dia buat benda pelik dekat aku sudah, Bilik dia pun boleh tahanlah besar jugak. Cuma banyak sangat barang membuatkan ia nampak agak serabut, Macam nak duduk sini setahun je. Tak silap aku petang tadi dia bawak 2 Bag je.
Kaki aku masih lagi tegak dan rupa aku macam tiang lampu.

Mata dia melirik kearah aku. Pastu dia gelak pulaktu.
"Hey, Aleeya.. Duduklah dulu, Tak payah takut. Aku tak makan orang, Kejap, Aku nak carik charger"
Aku pun duduk jelah, Tak membantah sikit pun.
"Kenapa kau kunci pintu?"
Aku tanya dia.
Seram jugak dia nih, Bilik dah serupa macam tin sardin. Danial tergelak kecil.
"Kenapa? Kau takut dengan aku ke? "
Ligat tangannya menyelongkar barang didalam bag.

"Tak.. "

"Habistu?"

"Aku .. Err"

Dia pusingkan kepalanya memandang aku.
Aku mati kata, Aku bukan takut dengan dia, Aku takut dengan Dean! Tak pasal-pasal dia tuduh aku dengan Danial ni macam-macam pulak.

Aku tunduk hanya memandang kaki serta bermain-main jari. Danial datang membawa charger, Fuhh..
Nasib ada.
Dia menyerahkan charger ke tangan aku. Aku pun ambil jelah. Aku nak keluar dari bilik ni! Kalau Dean nampak mati aku!!

"Wait, Aleeya.. Lepak kejap dengan aku" Danial tahan lengan aku, urghh! Dah kenapa pulak? Lepak dengan dia. Aku takut dengan Dean. Danial mengarahkan aku supaya duduk.
Aku akur dan duduk menerima hakikat bahwa aku sudah meminjam chargernya, Jadi aku kena layan dia.

"Nak borak apa?"
Tanya ku, Naik debar jugak jantung aku time ni. Danial menongkat dagu memandang aku yang masih lagi terpinga-pinga dengan apa yang dia nak sebenarnya.

"Aleeya... I'm sorry for everything if i hurt you." Danial berkata pasrah dalam reaction mukanya sekali.
Aku terdiam seribu bahasa.

Sayu jugak lah!
Cuma aku tak faham dengan maksudnya.. 'you mean... sorry for everything if you hurt me? But...when?'

"You mean?"
Kening aku terangkat lagi sekali. Takkanlah dia nak mintak maaf pasal dia tengking dekat semua perempuan kampus yang minat dia, Tak termasuk aku sebenarnya, Tapi aku agak sentap sikit sebab aku pun pernah nak tackle dia.
Itu cerita dulu, Bukannya sekarang.

Bibirnya mengukir senyuman.
Dia masih lagi menatap wajah aku yang berada dihadapannya, Matanya tak lekang memerhatikan setiap inchi muka aku, Aku tak tahu nak describe macam mana bila dia pandang aku macam tu, Pandangannya tak sama macam pandangan Dean terhadap aku. Aku membalas pandangannya. Dub Dab Dub Dap Jantung aku macam nak meletup sekarang ni.

"Haha.. Dah jatuh cinta dengan aku ke?"
Danial mengejutkan aku dari tatapan aku kemukanya sebentar tadi.
Merona merah muka aku, Terasa bahang gila woo!! 'Sakai punya Danial'

"Dah lah, Itu je kot aku nak cakap"

"Boleh aku keluar?"
Aku taknak duduk sini lama-lama dengan mamat ni! Terus aku berdiri menuju kepintu. Tak silap aku bilik ni dia duduk dengan Fakhrul.
Aku berharap yang aku tak akan terserempak dengan Fakhrul.
Danial datang laju sebelum aku bukak pintu.
Dia menahan pintu itu dari terbukak dan sekarang ni dia betul-betul berada di belakang aku, Tangannya diletak didinding mengunci setiap pergerakan aku.
Kecut perut aku dengan tindakan dia.

"Kau fahamkan apa yang aku Cakap? aku mintak maaf kalau ada sakitkan kau."
Danial berkata pelan ditelinga aku, Terasa setiap hembusan nafasnya yang menyinggah dirambut aku.
Aku pusing badan aku menghadap dia dan kini muka aku dengan dia begitu rapat sampai nafas kami saling kedengaran.

"No! Aku tak faham sikit pun, Kau pernah sakitkan aku ke, Danial?"
Badan aku melekat dekat pintu, Kalau aku kedepan confirm aku tercium dia. Dahlah tinggi gila mamat nih.

"Aku tak tahu, Tapi aku rasa bersalah sekarang. Dan...  Maybe.."
Dia tunduk lalu memandang aku yang pendek bahu dia ni.
dan...

"ARRGHHH!!!!"

...

CRAZIERCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang