"ARRGHH!!!"Tersentak aku bila ada satu suara yang nyaring memekik dari arah luar, Danial yang hampir saja nak--ehmmm ehmmm aku terus melepaskan kedua belah tangannya yang dari tadi mengunci setiap pergerakan aku, Mata kami bertentangan seketika.
'Apahal pulak dengan aku ni?? Eh salah! Apahal dengan kau Danial?'
"I'm... i'm.. err sorry.."
Katanya tergagap-gagap. Aku mengangguk sahaja lalu dia memulas tombol pintu dan membenarkan aku keluar dari biliknya,
Cepat-cepat aku keluar dari tin sardin itu. fuhh...Aku berlari pergi kearah punca suara itu. Seperti suara Tisha. Saat aku sedang berlari anak Dean datang dan merentap tangan aku.
"Ouch! Sakitlah, Dean.."
Kata aku mengeluh perlahan. Kenapa dengan Dean ni?? Tergesa-gesa pulak tuh.
Dia pandang aku macam nak makan. Takut pun ada aku tengok."U pergi mana? Cakap!!"
Kuat suaranya menengking aku. Sumpah aku terkejut dan bahu aku agak terhincut dengan pekikannya. Gila! Aku rasa macam nak menangis."I... Tak pergi mana-mana.. Baru balik dari bilik Syirah lah." Aku tunduk. Aku menipu.
Takut nak pandang muka Dean yang makin bengis dimata aku."U tipu I, Aleeya! I baru je lepas cari U dekat bilik Syirah"
Kali ini tangannya merentap tangan aku lalu mengheret aku. Aku mengaduh sakit dengan perbuatan dia pada aku. Tak payahlah garang sangat cik abang oii."Dean!! yes! I jujur yang I baru je keluar dari bilik Danial sebab I pinjam charger dia! I tak tipu! U tengok ni!!"
Aku menunjukkan phone serta charger yang aku pegang dari tadi.
Dia memandang sinis kemudian menarik aku kedalam pelukan dia.Wushh~ Dah rentap tangan aku
kuat-kuat pastu nak peluk aku pulak tuh, we see.. confirm he hug me harder pastu nak mintak maaf. confirm punya."Aleeya.. I risau dekat U.. And i'm fucking panicked!! Sayang.. i'm so so sorry.."
See...
"Siapa yang perg...."
"Driver kapal... he died.."
Terbuntang mata aku.
Tak sempat aku nak habiskan ayat aku Dean terus memotong dengan membawa berita yang mengejut.
Aku dongak pandang muka dia.
Muka Dean jelas risau."U jangan main-main lah, Dean.."
Aku melepaskan pelukan. Ya!
Berita ini sungguh mengejutkan aku. Tak mungkin!!
Laju aku berlari menuju kekepala kapal didepan."ALEEYA!!"
Dean jerit memanggil nama aku kuat.
Aku tidak menghiraukan panggilannya. Aku nak lihat apa yang terjadi sekarang ni. Aku nak tengok dan aku nak tahu sebab apa Driver tu mati.. Tak sampai sehari pun kami berlayar.Sebaik sahaja aku sampai didepan kapal ketika itu semuanya ada. Danial juga turut bersama, Aku lihat Tisha menangis namun ditenangkan oleh Hanna dan Syirah.
Aku mendekati mereka yang berkerumun seketika.
"What's going on? Where is driver?"
Tanya aku.Semua memandang aku lalu mereka terdiam bila melihat aku. Aku tak faham.
Fakhrul pandang aku dengan peluh yang mengalir didahi. Dah kenapa? Semua pandang aku pelik.
Aku berjalan pada mereka semua dengan perlahan dan mereka membuka jalan pada aku. Dean datang.
"Aleeya!! No! You can't see that!"Semakin aku berjalan aku terlihat sesuatu yang amat mengerikan, itu driver kapal, Aku menekup mulut tanda benar-benar tak percaya apa yang sedang aku lihat sekarang ini.
Leher driver itu dikelar separuh, Darah yang keluar tidak berhenti mengalir, Baju suit yang dipakai driver terbuka dan dadanya yang terdedah itu ditoreh-toreh. Telinganya sudahpun bercerai dari anggotanya. Aku melihat kesan torehan pada badannya itu. Tertulis nama aku.
'ALEEYA'
Dan terdapat satu kertas yang melekat pada dahinya.
"Aleeya.. i think this letter for you. Love letter, maybe."
Arif berkata sarkastik pada aku. Aku tunduk lalu mengambil surat itu. Hampir pitam aku membaca setiap tulisan itu. tulisan yang buruk tapi masih boleh lagi memahami, Bersamaan darah yang melekat-lekat di sekeliling kertas itu.
Selesai sahaja aku membaca aku terus terjatuh lemah. Aku loya dan mual dengan darah juga baunya.
Dean menyambut aku dengan segera. Mungkin sebab itu dia tidak membenarkan aku melihat kejadian ini. Aku kalah dengan darah.Lagi-lagi bila melihat kematian yang mengerikan. Arif mengambil kertas yang aku jatuhkan itu. Tisha dan buddy datang kearah kami.
Berkerut Arif baca lalu dia memandang aku. Fakhrul pula yang merampas kertas itu, Kasar.
Dia membaca dengan perlahan tetapi dapat didengari oleh kami.
"Hai Aira Aleeya, You're so beautiful. Nak main tak? Aku tahu kau lemah darah dan aku suka tengok kau takut. Oh! Jangan lupa.. Mereka semua akan mati. Kerana kau, Aleeya.."
.....

ANDA SEDANG MEMBACA
CRAZIER
Misteri / Thriller[EDITING] "I'm just tired, You know?? I'm just fucking tired!! Do understand..." Mengisahkan tentang 9 member yang terdiri dari kalangan orang berada,Tidak kisah Perempuan atau Lelaki. Kaya ataupun miskin. Tinggi mahupun Rendah. Bercuti di pertenga...