🔪-Tiga Puluh

156 13 7
                                        

Bukkk...

"Argh!"

Badan Roy terjatuh diatas aku, Akhirnya dapat jua aku menurunkan Roy. Haihh mamat ni.
Memang tak reti nak turun gamaknya. Nasib baik aku ikhlas turunkan dia.

Kedua belah bahu kanan kirinya aku pegang kuat. Roy hanya senyap tidak terkata, Sama seperti Arif.
Peliklah diorang ni? Aku buat salah apa sampai semuanya tak nak tegur aku?

"Roy, Bagitahu aku mana Danial!"
Marahku.

Roy tetap tenang dan senyap, Wajahnya yang kepucatan seperti tidak mengalir darah itu aku lihat seketika, Terasa sakit hati pula bila dia tak jawab pertanyaan aku padanya.

"Wea! Aku tanya kau!! Mana Danial?!"
Makin lantang suara aku memekik terhadapnya, Kolar bajunya aku pegang lalu aku dekatkan wajahnya kewajah aku.
Hidung kami berlaga.

Tiada sebarang reaction yang diberi oleh Roy ketika ini.

"I said! Where's Danial! Jawablah!"

Pang!!

Sebuah tamparan aku beri tepat mengenai pipi Roy, Ini kali pertama aku menampar orang. Kerana bengang tahap maksima jadi aku dah tak boleh kawal diri aku.
Biarlah dia nak kata apa pun.

Kepala Roy tertempeleng kekiri kerana tamparan yang aku bagi agak kuat kepadanya.
Kemudian aku pegang semula kolar baju dia dengan kuat.

"Aku tahu yang kau rahsiakan dekat aku kan? Aku tahu kau tahu Danial dekat mana! Bagitahu aku dekat mana Danial!"

Roy masih senyap.
Mimik mukanya kosong sama sekali.
Berang dengan reaksi dia yang tidak membawa apa-apa maksud.

Terus aku lepas kolarnya dan dia terjelepuk jatuh kelantai. Kepalanya terhentak agak kuat sedikit, Lantak kau lah!

Rambut aku genggam kuat.

Lutut mula naik memeluk tubuh sendiri dan aku pejamkan mata sekuat hati.

"ARHHHH!!!!"
Jeritku.
Seperti ada yang merasuk aku.
Aku menangis sepuas-puasnya.

"Kenapa?! Apa salah aku? Kenapa kau dan Arif tak nak bercakap dengan aku?! Tolong lah!! Aku penat! "

"DANIAL!!!"
Sambungku.

"Danial... Aku penat. Arh.. hah.."
Keluhan berat aku lepaskan.
Aku terbaring sekejap.
Tangan masih setia memegang kesan luka yang berdawai dibelakang.

"Hah.. Hah.."

Aku mengambil nafas dengan Tercungap-cungap, Tidak teratur nafasku.
Burung yang berkicauan dipenghadang kapal itu aku renung.
Bila lihat burung yang lain datang Dan Mengikut rentak siulan kawannya aku terasa tenang.

Jiwa aku berkecamuk.

Lalu burung itu terbang bebas keudara tanpa ada halangannya. Tangan aku angkat tinggi, Seolah-olah ingin memanggil semula burung tadi.

'Tolong.. Tolong bawak aku terbang tinggi. I wanna fly, I wanna drive, I wanna go, I wanna be a part of something I don't know.
Please.. Sometimes I just wanna fly away from here, I wanna live how I want, Breath the air and touch the sky, I wanna live how I wanna fly high, I wanna live how I want be so free.. So please catch me...'

CRAZIERCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang