"Hai Aira Aleeya, You're so beautiful. Nak main tak? Aku tahu kau lemah darah dan aku suka tengok kau takut. Oh! Jangan lupa.. Mereka semua akan mati. Kerana kau, Aleeya..".....
Semua mata terarah pada aku, Termasuk 2 orang lelaki anak buah driver kapal. Aku tak percaya dengan semua ni.
"Aleeya.. Sebelum kau datang sini ada orang yang berdendam ke dengan kau?" Roy membuka bicara. Seloroh dia berkata, Matanya tajam memandang tepat kemata aku.
Peluh dingin mula keluar mengalir.Pantas aku menggeleng. Laju macam terminator. Aku sendiri tidak pasti dengan semua ini, Mana mungkin aku ada berdendam dengan orang? Hanna bangun.
"Kau!! Kalau sampai sesuatu jadi kat kitorang!! Kau pun aku bunuh sekali!"
Hanna menyemburkan kata pedih yang menusuk hati aku.
Sampai hati kau Hanna..."Hey!! Kau jangan nak bertindak melulu! Entah-entah kau yang pembunuh tu!!" Dean mempertahankan aku pula. Air mata aku dah mula menitis.
Aku tak sangka semua ini disebabkan aku. Hanna kembali diam dan dia menggigit bibir.Arif mengeluarkan phone-nya, Tetiba dia membaling phonenya sendiri.. Aku terkejut dengan kelakuannya ketika itu.
lalu Arif mendengus kasar dan menarik-narik rambutnya. Syirah yang berdekatan mengambil telefon tersebut.. kemudian mata dia juga terbeliak setelah melihat apa yang ada di dalam telefon itu. Macam biasa.. Fakhrul merampas dengan kasar dan dia pun membaca dalam suara yang lantang sedikit.Arif. Giliran kau pula! Let's join!
Tisha memeluk Syirah dan menangis. 2 orang anak buah driver itu terus berlalu dan cuba untuk mengawal kapal, Sedaya upaya mereka berdua cuba untuk memandu kapal supaya dibawa pulang. Masing-masing mengeluarkan phone.
Lalu mereka menjerit..."Shit!!!! Sape curi battery phone aku?! Batak sangat ke?! Takde battery ke?! kau miskin ke?!" Roy menjerit seperti orang gila.. Habis kami semua dimaki.
"Noo!!! Aku taknak mati!! Aku nak balik!! " Tisha pula yang macam kena rasuk bila phonenya retak.. Tidak boleh dipakai lagi. Kenapa boleh retak? Takkan dia tak perasan?
"Danial!!! Ni semua salah kau!!! Kalau kau tak invited and kau tak cadang tempat ni!! kami semua tak akan pergi dan ini semua takkan terjadi!!"
Kali ini Arif pula yang bangun lalu datang meluru memegang kolar baju Danial, Aku ketakutan.. Aku tak tahu nak cakap apa waktu ini. Semuanya bercelaru.Danial melepaskan tangan Arif yang kuat menggengam kolar bajunya itu. Dia merengus kasar.
"Aku pun tak tahu benda ni semua berlaku.. Kalau aku tahu aku batalkan percutian ni. Aku tak tahu pun ada orang selain kita yang berdendam dekat dalam ship ni.. "
Jelasnya. Kini dia terduduk dan meraup wajahnya kuat. Aku tahu semua tengah takut.Darah yang masih membuak-buak keluar dari dada mayat driver itu mengalir dan terkena di tangan aku yang memegang charger.
Aku angkat tangan aku dengan cepat.
'No!! Jangan kata charger akan rosak bila darah masuk dalam wayar dia'
Aku bermonolog sendiri didalam hati.Dean yang masih lagi meribakan aku itu terus mengambil charger itu. Muka aku penuh dengan kerisauan.
"Rosak"
"No! you're kidding me right?"
Aku meninggikan sedikit suara aku. Dean menggeleng lalu mencium dahi aku.
"Cuba ikhtiar yang terbaik"Aku tunduk. sedih..
Itu adalah satu-satunya charger yang terakhir Danial beri pada aku.
kain aku terasa basah..
Panas."Aleeya.. your skirt"
Danial berkata tentang hal skirt aku.
Aku pandang bawah skirt labuh aku yang sudahpun dilumuri darah pekat kepunyaan driver itu.
Kepala aku mula pening dan sakit.
Baunya.. Aku tak tahan dengan baunya. Aku rebah.."ALEEYA!!"
itu kata-kata terakhir yang aku dengar sebelum aku jatuh pengsan.______
"Arghh!!!"
Aku terbangun dari tidur ku, Suara yang amat kuat menjerit memasuki gegendang telinga aku yang kian hampir pecah. Aku lihat sekarang ni aku sudah pun berada diatas katil bilik aku dan baju aku sudahpun ditukar. Maybe Hanna yang menukarnya. Kali ini tiada siapa pun yang bersama aku waktu begini. Aku bangun dengan cepat. terus aku keluar.
Dari arah selekoh lorong sana Aku terbehenti dari melangkah. Mata aku memandang tepat pada aliran yang laju mengalir keluar dari lorong itu. Cecair merah yang membuatkan aku pengsan sebentar tadi.
Aku kaku tidak bergerak.
Darah itu makin hampir kekaki ku.
Namun ada satu balang kaca yang bergolek dari arah jauh mendekati aku..Bila sudah tepat berhenti dihujung kaki aku ianya terus menampakkan apa yang ada dalam balang tersebut.
Menggigil seluruh badan aku."AARRGGHH!!!"
Aku terduduk dan menendang balang kaca tersebut. tetapi ianya datang bergolek kembali kearah aku. Air mata aku deras keluar ketakutan, Entah kenapa ketika ini tiada seorang pun yang bersama aku , Semuanya hilang..
Balang itu kini berhenti betul-betul berada didepan aku. Nak tahu dalam balang tu ada apa??Empat biji mata yang berdarah seperti dicungkil keluar secara kasar.
Aku kebelakang dengan laju.
Aku takmampu nak bangun saat itu kerana lutut aku terlalu lemah.
Bila seseorang itu mengalami perasaan takut dan gerun. sampai kaki pun tak dapat nak berfungsi.
Macam keadaan aku yang sekarang ni.Tiba-tiba aku terasa ada satu tangan melingkari pinggang aku dan dia mengangkat aku.
Pantas aku toleh memandang empunya tangan itu, Dean."are you okay, Sayang?"
Dia memegang pipi aku. Aku tak heran lagi terus aku peluk dia. Badan aku bergetar hebat sampai tulang bin biulang pun ikut sama vibratenya."U pergi mana, Dean?! Mana semua orang!!" Aku meraung kuat dalam dakapannya.
Dia mengusap kepala aku."Syirah terjumpa mayat sorang anak buah kapal, Lagi sorang hilang. Tapi kami tengok mata dia dah tak ada"
Kata Dean.
Aku melepaskan pelukan.'What?! Lagi sekali?'
Aku memandang balang yang jauh lebih kurang 5 meter dari aku dan Dean.. Dean juga turut memandang kearah yang sama.
No... 'Takkan lah mata tu...'Aku menekup mulut. Dean perlahan-lahan datang menghampiri balang tersebut. Dia mengambil dan terlepas jatuh akibat terkejut. Darah yang sudah berhenti mengalir itu pula menarik perhatian Dean untuk menuju kelorong selekoh kanan tersebut. Taksilap aku selekoh kanan itu tandas..
Bila Dean belok sahaja dia pula yang terkebelakang. Mungkin effect terkejutnya terlalu melampau, lantas aku pergi pula.
Mata aku tertancap pada sekujur tubuh yang terduduk elok diatas mangkuk jamban, Tetapi. kepalanya terpisah dari badan dan kepalanya betul-betul berada didepan pintu tandas. Matanya sudahpun hilang.darah merecik di merata-rata tempat.
Baunya yang hanyir itu memualkan aku.Aku pitam semula. buat kali yang kedua dan Dean setia menyambut aku.

YOU ARE READING
CRAZIER
Mystery / Thriller[EDITING] "I'm just tired, You know?? I'm just fucking tired!! Do understand..." Mengisahkan tentang 9 member yang terdiri dari kalangan orang berada,Tidak kisah Perempuan atau Lelaki. Kaya ataupun miskin. Tinggi mahupun Rendah. Bercuti di pertenga...