🔪-Dua Empat

143 13 3
                                    

Aleeya...

"Aleeya anak mama, Wake up."

Mata aku terbuka dengan laju apabila mendengar suara mama. Suara insan yang aku sayangi sejak kecil lagi.

"Oh god.. I'm glad you safe!"

Kedua belah telapak tangan mama menekap Kedua belah pipi aku. Pandangan kasih dan kasihan juga diberi.
Aku tak sangka yang berada didepanku kini ialah seorang ibu kepada aku.

"MAMA! Mama.. I miss you.."
rintihku.

Sekarang aku lihat hanya kegelapan disekeliling dan kami berdua bertemankan satu lampu yang malap, Cukup untuk aku dapat melihat wajah mama.
Mama tersenyum lantas memeluk aku. Tetapi aku? Keadaan aku terikat dikerusi roda, Seperti biasa.

"I want you to still alive. For me my son. I love you so much.."

Laju air mata mama meluncur.
Ayatnya seperti aku kenal, Dean.
Aku tak tahu kenapa mama boleh berada dekat tempat ni. Jangan kata mama pun tersabit sekali dengan permainan Danial. Tak nak! Aku tak nak!

"Mama.. Aleeya dah balik kan? Aleeya selamat kan?"

"No Honey.. Semuanya belum berakhir. Cuma mama harap kamu kuat dengan semua ni. Mama tak dapat nak tolong. Mama sayang sangat dekat kamu."

"Apa mama cakap ni? Habistu sekarang kenapa mama ada dekat sini? Siapa bawak mama?!"

Bertubi-tubi soalan aku paculkan kepada mama, Tak mungkin mama pun terjebak dengan semua ni. Sejak bila mama berada dikapal ni?

Mama tersenyum.

Tiba-tiba sahaja, Mulut mama ditekup oleh tangan seseorang dan dia menarik mama kebelakang.

"Mama!! Mama!!"
Aku menjerit kuat.

Mama hilang didalam kegelapan.
Aku merintih. Kini sunyi semuanya.

_____________

"Aleeya!"

"Wea, Aleeya.. Bangun!"
Gerak seseorang.

Pipi aku ditampar lembut berkali-kali.
Aku tersedar jua akhirnya. Mataku dikedip-kedipkan ingin menyesuaikan penglihatan yang kabur.
Figura yang berada didepan aku kini aku cuba untuk mengecam wajahnya.

Dia tersenyum tetapi senyum-senyum takut.

"Fa... Fakhrul!!"
Namanya aku seru kuat.
Dengan pantas aku memeluk Fakhrul dan dia pun turut serta membalas.
Syukur.

Masih ada yang selamat dan tidak dijadikan apa-apa.
Kepala aku dongakkan memandang Fakhrul yang baik-baik sahaja. Tiada apa-apa pun yang berlaku padanya.
aku mengucap Syukur didalam hati berulang-ulang kali.

"Hey hey. What's going on right now? Where's everyone? "
Fakhrul memaculkan bertubi-tubi soalan kepada aku. Dan aku pun ingin bertanyakan soalan yang sama.

"A.. Aku rasa. Tinggal kau sorang je Fakhrul yang hidup..."

"What?!"
Kali ini mimik muka Fakhrul benar-benar terkejut dengan kenyataan aku.
Aku tak tipu.
Memang Fakhrul sahaja yang tinggal selain buddy yang lain sudahpun aku lihat kematiannya.

CRAZIERWhere stories live. Discover now