🔪-Sembilan

196 13 3
                                        

"Arif!"

"Fakhrul"

"Wea Syirah!!"

"Wea korang dekat mana? Jawablah!"

Bermacam-macam jenis bunyi suara kedengaran di kapal ini. Aku buntu memikirkan dimana mereka berada,
Mata masih tidak lepas lagi melilau mencari kawan-kawan aku yang hilang, Mengapa boleh hilang?
Aku pun tak tahu.

Dean masih lagi menumpukan perhatian pada pencarian masing-masing. Aku lelah seketika. Penat berpusing satu kapal ini tetapi masih hampa dengan usaha sendiri.

"U penat? Kalau penat duduklah dulu dekat bilik, Nanti kalau dah jumpa diorang I datang."
Dean seperti faham dengan kondisi aku yang sekarang, Perlahan aku mengangguk tanda mengerti dan langkah aku terus diatur pergi ke bilik sendiri, Sebelum itu aku terlupa bahawa tikus yang berada di bilik aku masih lagi dibawah katil.

Entah kenapa muncul pula rasa kegelian didalam diri. Tikus yang besar, Warnanya hitam dan berbulu lebat itu membuatkan aku tak nak duduk dekat bilik sendiri, Aku berpusing mendapatkan Dean yang setia berdiri disitu.

"Dean, I lupa ada tikus dekat bawah katil I. Boleh tak I tumpang bilik U?"
Kataku sambil memeluk lengannya, Tetiba pulak aku nak menggedik dengan si Dean ni.

Dia tersengih dan terus membawa aku kebiliknya yang tidak terlalu jauh dengan bilik aku dan Hanna. Bila aku masuk sahaja aku terus rebahkan badan atas katilnya.
Dean mencium dahi aku, Hangat. Sebum dia keluar sempat dia melontarkan kata-kata tadi.

"Aleeya.. I want you to still alive. Remember that. walau apa pun yang terjadi, Tolong jaga diri."
Lalu pintu pun ditutup.

Aku termenung buat seketika, Otak tidak lagi berfungsi kerana akal yang sedang memikirkan jalan mahu keluar dari sini, Dalam hati memberontak ingin pulang kerumah dengan segera dan berharap agar semua kawannya masih ada dan tidak tercedera.
Siapa yang lakukan semua ini?

Lama aku termenung.
Aku habiskan masa 10minit dengan hanya termenung sahaja. Dalam mata aku straight memandang keatas, Ada sepucuk surat datangnya dari bawah pintu, Terselit dengan darah yang kemerah-merahan segar.

Terus mata aku beralih memandang tepat kearah surat itu, Membuatkan aku tertanya-tanya apa yang ada pada surat itu, Dengan slow-movingnya aku mendekati surat itu.
Mengambil dengan tangan yang cukup terketar-ketar. Lalu melihat nama didepan surat itu.

'ALEEYA'

Aku masih pelik.
Dengan cepat aku membuka pintu itu,
Ktak!

Pintu bilik ini terkunci dengan sendirinya dari luar, Aku mula kaget. Macam mana boleh terkunci pulak? mustahil Dean yang kunci dari luar kerana takut orang apa-apakan aku.

"No!! Hey, Bukaklah!! Jangan
main-main! Please!! Someone!! Open this door, Please!"
Aku menjerit kuat dari dalam, Pintu itu aku ketuk kuat, Malah lebih dari itu juga aku tendang bagai nak rak. Kalah Christiano Ronaldo tendang bola masuk gol.

Dengan lelahnya aku terus memandang surat yang masih aku genggam ditangan. Lantas aku bukak dengan tergopoh-gopohnya.

bila buka sahaja, Aku terus menekup hidung dan mulut, Mata terbuntang luas memandang apa yang aku lihat sekarang ni.
Berhelai-helai rambut yang perang berkarat itu diselaputi darah terjatuh kelantai.

"Hei,Cutie pie! Amacam? Suka tak dengan hadiah tu? Alolo, Jangan terkejut. Jangan nangis, Aku tahu kau terharu dengan pemberian aku. By the way Tisha lawa sangat malam ni, Kau pun lawa jugak.
Have fun!"

Aku campak surat tu jauh dari sisi aku. Tak sanggup lagi nak ulang balik bacaan itu.
Gila kau tak terharu?
Aku rasa macam nak menangis akibat terharu punya pasal dengan pemberian 'UNKNOWN'tu.

Rambut tu aku tatap buat beberapa saat lamanya. Perang berkarat dan blonde sedikit.
No!

Ni rambut Syirah!!

Laju tangan aku mengetuk pintu itu dengan kuat, Tetapi tak berhasil juga setiap titik peluh usaha aku.
Mata aku melilau mencari jalan untuk keluar dari bilik ini. Aku rasa dan aku terlebih dari rasa bahawa kawan-kawan aku sedang dalam bahaya. Aku taknak mereka menghadapi mati.
Aceceh.. poyo je ayat aku.

Aku pergi ke katil, Tak tahu nak buat apa. Aku duduk dan meraup wajah, Rambut yang mengurai sedikit aku selitkan ditepi. Rimas!
Rimas dengan segalanya!

Klakk!...

Aku terkejut lalu terbangun.
Pintu itu terkuak lebar, Tiada seseorang pun yang membukanya.
Jauh disudut hati nak je aku libas-libas si pekunci bilik ni dengan parang, Baru padan muka mak dia.

Aku mula melangkah keluar dari bilik tersebut. penuh dengan berhati-hati, Penuh dengan perasaan curiga, Penuh dengan rasa gelojak dihati, Namun aku cuba untuk menepis segala perasaan itu ketepi.
Kepalaku dikeluarkan sedikit untuk mengintai apa yang terjadi diluar.

Kosong.

Tiada seorang pun manusia yang berada disitu buat masa ini, Aku cuba untuk beranikan diri mengorak langkah mencari dimana kesemuanya.
   Dalam aku berjalan lurus aku terdengar sesuatu yang memetik seperti suis gamaknya.

Tik!

Gelap.

Blackout.

Lampu dikapal ini semuanya terpadam. Dan kini kegelapan yang menyelubungi diri aku yang bersendirian.

No! Aku takut gelap! Aku takut darah!
Kenapa semuanya dia tahu? Apa kelemahan aku semuanya dia tahu.
Aku cuba untuk berjalan, Tapi kaki yang sedang bergetar hebat menguasai diri. Aku diam tidak terkata.
Dalam sedang menggigil, Sayup-sayup kedengaran suara orang dari hujung. Suara sedang merayu, Suara yang datangnya dari arah lorong itu.

"Aleeya... Anak mama! "

Tersentak aku mendengar ayat itu.
Jangan cakap itu suara---Mama?
Jangan cakap mama pun terbabit dengan hal ini.

"Aleeya, Sayang..."

Rayunya lagi.
Aku cuba untuk melangkah menghampiri suara itu. Sedikit demi sedikit langkah aku mula maju.
Air mata yang mencurah-curah jatuhnya kelantai. Tak mampu nak digambarkan perasaan rindu pada mama sendiri ketika ini, Aku sangat memerlukan mama. Aku takut mama cedera.

"Aleeya.. Tolong mama Aleeya."

Suara itu makin dekat dengan keberadaan aku sekarang. Aku menangis kerana takut apa-apa terjadi pada mama.
Dalam tidak sedar aku terlihat satu tempat yang mempunyai satu lampu malap, Aku lemah tidak berdaya kerana keadaan disekeliling gelap. hanya disitu sahaja tempat yang mempunyai cahaya.

"M-Mama?? Mama ke tu?"
Soal aku, Tidak mungkin mama ada disini. Aku mula hilang kewarasan.
Aku terduduk ditempat yang mempunyai lampu malap itu dan menangis, Aku mencari kelibat mama.Tiada.
Aku mula meracau seorang diri tanpa sedar.

"Mama! Aleeya rindu mama! Mama dekat mana? Please jangan buat Aleeya macam ni... Aleeya nak balik. Aleeya tak nak duduk dekat sini. Aleeya nak mama! "

Air mata aku deras keluar tanpa henti. Meracau seorang diri sedangkan tiada langsung kelibat mama aku disini, Aku luahkan segala isi hati ketakutan aku ketika ini. Aku menangis seorang diri didalam suasana yang gelap hanya bertemankan satu cahaya yang malap.

_____

"How cute you, Sweetie."

Katanya seorang diri, Suka melihat Aleeya menangis ketakutan.

'Aku tahu semua kelemahan dan ketakutan kau, Kau takut darah, Gelap, Orang yang disayangi kau cedera, Jarum. Dan aku...'

Lalu dia tergelak seorang diri. Baginya Aleeya sungguh menawan ketika menangis. Sungguh ianya sangat menggetarkan jiwa dia,  Malam ini malam Keseronokan.

CRAZIERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang