"Aira Aleeya..."
"Panggil saya Aleeya je."
"Ok, Aleeya. Saya nak kali ni awak jujur dengan saya, Tiada siapa disini melainkan saya dan awak saja."
"Encik nak saya jujur apa?"
"Hurmm... Betul awak tak buat-buat lupa dengan apa yang awak pernah buat?"
"Saya..."
Aku tunduk... Memandang kebawah, Tiada apa yang aku ingat sewaktu bangun dari tidur yang panjang.
Senyap yang panjang membuatkan pembela aku mengeluh pelan."Saya tahu, Ada kemungkinan besar jika kepala awak terhantuk dan membuatkan awak hilang ingatan, Dan perkara terakhir yang awak ingat adalah terakhir sekali awak sambut hari lahir awak pada 2 tahun lepas? Waktu tu kawan-kawan awak masih ada, Awak boleh ingat apa yang terjadi selepas itu?"
Aku still senyap, Mata aku berkaca. Memang susah untuk aku ingat, Bagiku baru sahaja semalam aku menyambut hari ulang tahun kelahiran aku bersama kawan-kawan aku dikampus.
Tetapi saat aku bangun sahaja, Terus aku seperti berada didunia lain.
Malah seperti difitnah membunuh.Mata aku mula ingin mengalirkan lagi air jernih.
"Saya mintak maaf encik, Saya betul-betul tak ingat. Saya mintak maaf, Saya minyak maaf."
Berkali-kali aku cuba memohon maaf, Tiada apa lagi yang aku boleh buat selain mengatakan kat maaf padanya.
"Jadi, Awak ingat lagi umur awak berapa?"
"18"
"Aleeya, Masuk tahun ni awak 20"
Aku pandang wajah pembela aku, Kelihatan dia seperti baru sahaja
20-an. Muda."Boleh saya tahu apa yang saya buat? Boleh?"
Pembela aku membalas pandangan aku kemudian menghulurkan sebuah file serta beberapa document penting.
"Kes awak ni, Sepatutnya bukan saya yang uruskan. Dan saya pun bukan hebat untuk menyelesaikan semua ni. Tapi saya harap awak bekerjasama untuk menjelaskan segala-galanya kepada saya."
Lantas aku menyambut file yang diberinya dan membuka satu-satu muka surat, Semuanya mengejutkan aku, Aku menekup mulut pantas. Melihat gambar-gambar yang ditangkap dengan setiap jenayah yang dilakukan.
Tak..
Tak...
Aku baca flip ditepi.
•Nama: Aira Aleeya bt. Yahya.
•Jenayah: Membunuh
•Mangsa:
Yahya bin Zaidi.
Fatisha Fatihah bt. Selamat
Nurin Syahirah bt. Syahid
Nur Raihannah bt. Raihan
Zainul Arif bin Zahidi Arshad
Muhammad Khairul bin Rakib
Fikri Radzean bin Hasnul
Fattah Adam bin Abdul Razak
Khairi Rahim bin Abdullah.
YOU ARE READING
CRAZIER
غموض / إثارة[EDITING] "I'm just tired, You know?? I'm just fucking tired!! Do understand..." Mengisahkan tentang 9 member yang terdiri dari kalangan orang berada,Tidak kisah Perempuan atau Lelaki. Kaya ataupun miskin. Tinggi mahupun Rendah. Bercuti di pertenga...