☆☆☆
"Wea wea!! Kau pasti ke dekat sini tempatnya?"
Seorang budak yang lebih kurang 13 tahun umurnya sedang menyoal pada kawannya lagi seorang.
Iwan memandang Nabil.
Mereka bertiga pergi kesebuah pantai yang agak sunyi untuk memulakan permainan gila.
iaitu menyeru setan.
Katanya challenge.
Haih.. Budak-budak zaman sekarang ni.
Untung jugak budak zaman dulu.
"Kau jangan takutlah, Syaidi. Cuba jadi cam lelaki sikit. Lagipun aku nak kalahkan geng kunyit tu. Diorang dah jumpa Valak. So aku nak jumpa Annebelle pulak, Kita tengok siapa yang menang."
Kata Iwan dengan penuh riak Angkuh dan sombong, Hanya kerana satu perlawanan yang bangang abadi, Masing-masing terasa dicabar dalam satu sekolah.
Syaidi mula seram sejuk.
Angin yang menerpa kuat menaikkan bulu romanya, Mereka bertiga menunggu kehadiran lagi seorang.
Katanya, Permainan ini harus memerlukan 4 orang. Sebenarnya tidak perlu pun. Jika seorang diri pun boleh malah beramai-ramai lagi afdhal.
Yang dikatakan 4 orang itu hanya untuk mencukupi empat penjuru permainan 'Ouija' itu sahaja.
Nabil hanya tersenyum melihat kekalutan Syaidi yang sememangnya penakut didalam kalangan mereka.
"Wea, Korang!! Sorry lambat!!"
Muncul lagi seorang kawan mereka sambil membawa kotak permainan 'Ouija'
Masing-masing tersenyum dengan kedatangannya. Cepat-cepat Lutfi menghulurkan kotak tersebut kepada Iwan.
"Ok, Jom mulakan."
Iwan membentang game Ouija itu ke pepasir halus dipantai itu.
Gelap serta sunyi makin menaikkan ketakutan Syaidi untuk bermain.
Lantas itu Nabil menghidupkan 4 pasang lilin dan ditancakkan ke 4 penjuru.
Syaidi duduk, Tetapi tidak senang dengan kedudukan sendiri.
Iwan memberikan Jarum untuk menyucuk jari telunjuk masing-masing. Lalu menyuruh agar meletakkan jari pada satu syiling sebesar 50sen.
"Spirit-Spirit of the coin... Hadirmu...."
Suuuu....
Angin kuat menerpa mereka berempat. Lalu Keempat-empat lilin terpadam dengan sendirinya.
"Errr..."
Syaidi mula gusar.
Iwan tidak mengendahkan jika lilin yang terpadam, Asalkan bukan nama aweknya yang terpadam dihati.
Semakin mereka meneruskan permainan semakin itu juga Syaidi tak sedap hati, Baginya akan ada sesuatu yang bakal berlaku pada mereka berempat. Ombak pantai juga kencang sahaja memukul gigi pantai.
Yang lain tidak mengendahkan apa-apa yang berlaku, Hanya Syaidi yang ragu-ragu.
"Arrhhh...."
Satu suara yang muncul.
Garau dan serak.
"Wea.... Aku dengar sesuatu."
Syaidi menegur.
"Senyap arr, Kita tak boleh tamat selagi game tak habis."
Iwan berkata marah.
Tetapi bagi Syaidi dia terasa bodoh ingin bermain sekali.
"Arhhh,, Sakit.... Help...."
Sekali lagi suara itu kedengaran jelas ditelinga mereka berempat, Semakin lama semakin kuat pula suara itu.
"Arhhh... Someone.."
Rayunya lagi.
"Wea.. Dengar tak?"
Tegur Syaidi buat kali kedua pada mereka berempat yang khusyuk.
ANDA SEDANG MEMBACA
CRAZIER
Mystery / Thriller[EDITING] "I'm just tired, You know?? I'm just fucking tired!! Do understand..." Mengisahkan tentang 9 member yang terdiri dari kalangan orang berada,Tidak kisah Perempuan atau Lelaki. Kaya ataupun miskin. Tinggi mahupun Rendah. Bercuti di pertenga...
