"Ayah!!!"
Nama Ayah aku seru kuat.
Lantas itu aku mendekati ayah yang sedang terduduk lesu dan bersandar didinding.
Bau kulit yang sepertinya hangus aku biarkan, Kini insan yang berada didepan aku ialah seorang bapa kepada anak Perempuannya yang bernama Aira Aleeya.
Ya. Itu aku. Dan ini ayah aku.
Dengan itu mata aku tertancap pada tangan ayah yang tergantung didinding itu, Sesuatu yang mencanak menembusi telapak tangan kirinya.
Terbeliak kedua biji mata aku apabila tangan ayah ditembusi satu mesin yang dinamakan Gerudi.
Aku tak percaya apa yang sedang aku lihat sekarang ini, Adakah betul ini ialah ayah aku? Sudah 2 tahun dia menghilangkan diri selepas lafaz penceraian, Kini aku dapat menemuinya semula tetapi didalam keadaan yang aku tak dapat nak dijangka.
"Leya.. Ayah mintak maaf."
Ucapnya padaku dalam rengusan kesakitan yang dialami. Bergetar seluruh raga aku saat mendengar ayah memanggil nama manjaku. Hanya dia sahaja yang menggelarkan aku Leya. Sedangkan mama pun memanggil aku Aleeya.
"Ayah.. Tahan, Leya nak tarik benda ni."
Aku menyuruh ayah agar senyap dan mata aku seperti hilang tumpuan, Apa yang aku tahu aku mahu keluarkan gerudi itu dari tangan ayah aku.
Dengan slow-movingnya aku memegang gerudi yang sedang menembusi tangan ayahku ketika ini lalu ditarik perlahan.
Peluh merintik-rintik jatuh.
"ARGH!!!"
Raung ayah.
Membuatkan kerja aku terbengkalai.
Aku tak sanggup lihat ayah begini, Apa yang aku mahukan cukuplah dia selamat.
Walaupun sakit hati masih berparut tetapi apakan daya, Dia adalah bapa kandung bagiku. Darah daging yang sama dan rupa aku juga miripnya.
"Leya minyak maaf, But i should to do this!"
Darah mula keluar sedikit demi sedikit. Tak! Aku tak sanggup tengok darah ayah keluar! Belum pernah aku nampak darah ayah banyak macam ni. Selama ni paling takpun cuma darah terkena pisau or anything else.
"Stop, Leya. Stop.."
Ayah mengarahkan aku supaya berhenti, Mungkin kerana terlalu sakit.
Kedua belah pipi ayah aku pegang.
"Ayah ok? Tell me what happened to you?.."
Soalku lembut tapi dalam keadaan yang tergopoh-gopoh. Siapa yang tak risau bila tengok bapak sendiri dalam keadaan macam ni.
Ayah cuma geleng kekiri dan kekanan. Berkali-kali dia cuba untuk menarik tangannya semula. Aku tak tahu kenapa Danial kejam sangat sampai babitkan Ayah aku.
"Leya rindu ayah?"
Lembut sahaja pertanyaannya.
Aku mengangguk perlahan. Dalam diam tangisan aku mula pecah. Rindu yang tidak terkata. Walaupun ingatan aku masih kuat lagi, Apa yang ayah buat pada aku dan mama dulu mula berlayar.
"Ayah mintak maaf, Ayah harap Leya maafkan ayah."
Tangan kanan ayah naik mengusap lembut pipi aku yang lencun dengan air mata.
Kemudian aku pegang tangan ayah.
Ucapan maaf itu sudah lama aku biarkan sepi, Lebih dari maaf aku pada ayah. Walaupun manusia ni jenis dah nak mati baru nak mintak maaf-lah baru nak tebus balik dosa dia, Tapi bagi aku walau apapun ayah dah buat dekat aku dan mama tapi aku still boleh terima.
"Ayah... Leya rindu ayah.. Rindu sangat. Leya nak ayah balik. Even ayah dah cerai dengan mama tapi Leya nak sangat ayah balik tengok Leya."
Aku meluahkan perasaan aku.
Sungguh sebak dada ini menahan tangis, Habis sebu segalanya. Memang benar aku merindui ayah.
Banyak kenangan kami bersama.
"Ayah pun rindukan Leya. Ayah mintak maaf tentang apa yang ayah dah buat dekat kamu dengan mama kamu, Ayah sayang kamu."
Balas ayah semula.
Makin kuat tangisanku.
Makin kuat juga aku mengenggam tangan kanan ayah yang berada dipipi kiriku.
"Ap-Apa lelaki tu dah buat dekat ayah? Please, Bagitau Leya."
Rayu ku.
"Apa yang Leya nampak sekarang."
Mata aku mula melihat keadaan ayah sekarang, Darah dimana-mana. Manakala separuh dari badan ayah sudahpun hangus terbakar malah bukan itu sahaja. Tangan ayah juga menarik perhatian aku.
"Ugh! Ayah rasa ayah dah tak hidup lama. Ayah cuma nak cakap ayah sayang kamu.. Itu je."
"No.No!! Ayah bergurau kan?"
Makin laju air mata aku turun. Laju aku merapatkan badan aku dengan ayah, Lantas itu aku peluk erat.
"Ayah... please..."
Rintihku.
Ayah turut menangis dan membalas pelukan aku menggunakan tangan kanannya.
"Kau jahat Danial, Kau jahat!"
Bentakku seorang diri.
Dalam hati menyumpah-nyumpah pelbagai kata pada Danial.
"Kamu beruntung."
Tiba-tiba sahaja ayah kata aku ni untung.
"Kamu untung dapat lelaki macam tu. Sanggup buat apa sahaja untuk Leya."
Ucap ayah lagi.
Lembut usapannya dibelakang badanku.
Galak aku mengeluarkan air mata yang semakin banyak.
Aku panik!
panik bahawa ayah aku akan menimpa ajalnya! Aku tak sanggup!
"Ayah sayangkan kamu, Leya. Lebih dari sayang. Tolong kirimkan salam dekat mama kamu. Cakap ayah mintak maaf. Ayah sayang kamu berdua."
Sekali lagi ayah memohon maaf.
Tangan ayah mengusap-ngusap rambut aku kemudian turun kebelakang badan aku... Lalu....
Sapp....
"Uhh!!"
"Leya anak yang baik. Ayah sayang kamu."
Sapp!!
"Hakk!! Ayah..."
Senak.
Tersedak aku buat kedua kalinya.
Aku ditikam oleh ayah.
Terus aku berundur. Tetapi tangan ayah menahan aku dengan pelukan. Pisau yang masih tercucuk dibelakang badan aku terasa mendalam.
"Ayah akan rindukan kamu, Leya."
Semakin banyak ucapan yang keluar dari mulut ayah dan buat kali ketiga.
Sapp!!
"Hah! Ay-Ayah!! Uhh!!"
Mulut aku mula mengeluarkan keluhan kesakitan, Senak barangkali. Darah mula mengalir naik keluar dafi mulutku dengan sendirinya.
Tak sangka bahawa ayah akan perlakukan anaknya sendiri.
Cupp.
Sebuah kucupan dihadiahkan pada dahi aku. Badanku lemah. Mataku mula kabur dengan segalanya. Kesakitan dibelakang badanku mula mengebas.
"Urhhh..."
Rengusku.
Aku jatuh.
Aku lihat ayah sudahpun memejamkan matanya dan tidak lagi bergerak. Pisau yang masih tertancap aku cuba tarik.
"ARGH!!"
Sakit!
Mungkin beginilah rasanya diseksa. Mungkin inilah rasa kesakitan yang dialami oleh rakan-rakan ku sendiri.
Mungkin ini adalah pembalasan terhadap diriku.
Dan mungkin ini juga adalah kali terakhir aku melihat muka bumi.
Akhirnya pisau terpisah jua dari tubuh badanku.
"Arhh.."
Suara kesakitan mula terkeluar dari mulut.
Aku lemah. Tak dapat nak ditahan lagi, Akhirnya aku rebah kelantai yang banjir dengan darah sendiri.
"GOD!"
Suara seseorang mula kedengaran dan laju menghampiri aku yang sudahpun memejamkan mata. Lemah tatkala ditikam sebanyak tiga kali oleh ayah sendiri.
Bagaimana agaknya Roy rasa Tikaman aku padanya. Mungkin begini juga rasanya.
Dan.....
Ya. Selamat tinggal.
ANDA SEDANG MEMBACA
CRAZIER
Mistério / Suspense[EDITING] "I'm just tired, You know?? I'm just fucking tired!! Do understand..." Mengisahkan tentang 9 member yang terdiri dari kalangan orang berada,Tidak kisah Perempuan atau Lelaki. Kaya ataupun miskin. Tinggi mahupun Rendah. Bercuti di pertenga...
