[EDITING]
"I'm just tired, You know??
I'm just fucking tired!! Do understand..."
Mengisahkan tentang 9 member yang terdiri dari kalangan orang berada,Tidak kisah Perempuan atau Lelaki.
Kaya ataupun miskin.
Tinggi mahupun Rendah.
Bercuti di pertenga...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kreakk....
kedengaran bunyi pintu dikuak perlahan, Mataku ingin dibuka, Tetapi berat pula jadinya. Dari tadi aku baring dan terlelap sebentar bersama Roy. Darah yang melekat dimerata badan aku biarkan. Kini tiada lagi rasa gementar ataupun takut dengan cecair yang bewarna merah ini.
Akhirnya mata yang terpejam lama tadi sedari terbuka jua, Derapan kaki yang menghampiri aku sebentar tadi seperti senyap dan tidak berjalan lagi. Aku biarkan. Tidak mahu melayan.
Roy yang berada disebelah aku sentuh bahunya, Menggerakkan sedikit tubuhnya pinta ingin dia bangun semula. Tetapi hampa. Tiada sedikit pun gerakan yang terhasil dari Roy. Darah yang masih basah itu aku lihat dan jariku dicelup lalu dibawa kelantai kosong. Menulis sesuatu yang berlegar dikepala otak aku kini.
Bila habis sahaja aku celup semula berulang-ulang kali seperti ink pen aku jadikan. Sehinggalah terjadinya dua patah perkataan yang amat bermakna.
I M T I R E D
"Congrats..." Sapa seseorang.
Tangannya mula mengusap rambut aku yang serabai ini kebelakang. Malas hendak berpusing aku biarkan sahaja.
Tiba-tiba Badan aku bagaikan diawangan. Seseorang mengangkat aku dengan gaya bride-style. Mataku mula beralih memandang gerangan tersebut.
"Da... Danial? Danial...."
"Shhtt.." Bibir Danial mula mendekat dan..
cupp...
Kucupan hangat dihadiahkan pada dahi aku. Mataku terpejam kembali. Sungguh aku penat dengan semua ini. Aku dah tak mampu untuk berbuat apa-apa lagi ketika ini, Cukup Danial membawa aku kemana-mana sahaja yang dia ingin. Asalkan aku nak lari dari semua ini.
Leher Danial aku rangkul dengan kemas supaya aku tidak jatuh dari pengangkutannya. Darah yang banyak melekat pada diri sendiri tidak aku endahkan. Biarkan segalanya..
___________
"But i can't help... Falling in love with you..."
Sayup-sayup kedengaran suara seseorang bernyanyi kecil menyapa telinga aku.
Aku terlelap buat beberapa kali setelah Danial menukarkan pakaian aku kepada yang baharu, Kini aku hanya bersarungkan pink-dress yang labuh paras lutut. Warna pinknya soft. Aku tak tahu Danial rembat baju siapa, Tapi ianya sangat padan dengan aku.
Saat Danial ingin membersihkan diri aku dari segala kotoran, Dia meminta izin ingin membuka segalanya. Aku pula hanya mengiyakan dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan olehnya. Kejang yang mencengkam badan tak mampu aku hilangkan. Kebas yang mula mengkakukan pergerakan aku. Tiba-tiba bayangan aku membunuh Roy mula berlayar kembali. Air mata aku tumpah dengan lancar.