Tiga Enam -Special Chap-

50 2 2
                                        


....

Suuu.....

Angin bertiup tenang melintasi Aleeya dan menerbangkan sedikit rambut-rambutnya yang nipis.

'Alhamdulillah.. Aku memohon keampunan darimu YA RABB, Kini aku mula melancarkan perjalanan hidupku yang baru, Aku ialah •aku• yang kini, Dan diriku yang lalu hanyalah jalan kisah silam serta pengalaman.'

Aleeya terus-terusan menikmati keindahan angin dipantai itu, Matanya tidak lekang dari memandang sebuah kapal yang lalu diperlabuhan tersebut. Bibirnya mula mengukir senyuman ikhlas.

Seingatnya bahawa mama pernah berkata pada Aleeya yang dia banyak melalui pengalaman disebuah kapal dan juga jurang pengakhiran pada kawan-kawannya.
Tetapi dia tidak ingat sama sekali tentang semua itu, Pada mulanya Aleeya tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia adalah punca antara kematian kawan-kawannya sewaktu berlayar, Akan tetapi lama-kelamaan dia dapat menerima dengan hati yang terbuka.
Dialah orang yang melakukan pembunuhan yang kejam.

"Aleeya..."
Seru seseorang dari belakang.

Pantas Aleeya menoleh dan tersengih memandang figura tersebut.

"Mama.. Aleeya rasa Aleeya nak lawat kubur diorang, Aleeya rasa bersalah. Kalau boleh Aleeya nak mintak ampun dengan keluarga diorang, Aleeya nak cuba ingat balik apa yang Aleeya dah buat."
Jelas Aleeya lalu mendekat kepada mamanya. Mengalir air mata lalu diseka oleh mama dan memeluk Aira Aleeya seerat-eratnya.

"Aleeya tak payah ingat, ya. Anggap sahaja Aleeya seperti lahir semula. Tak apa, Semua dah berlaku, Tak ada apa yang boleh memutarkan kembali masa silam Aleeya. Allah dah memaafkan kamu, Allah sayangkan kamu. Itu sebab Allah padamkan semua ingatan kamu agar kamu berbuat perkara yang lebih baik dari yang sebelum ni."
Puan Nora Berhenti seketika kemudian mengesat air mata yang bercucuran.

Lalu menyambung semula.

"Esok kita lawat ya, Lepastu baru mama bawak Aleeya jumpa keluarga diorang. Aleeya nak jumpa Danial dan Fakhrul?"
Puan Nora menjarakkan sedikit pelukan diantara mereka berdua.

Kelihatan Hingus Aleeya mengalir dan matanya merah..

"Nak mamaaaa.... Aleeya nak jumpa diorang, Aleeya nak mintak maaf dekat diorang, Aleeya janji Aleeya akan berubah sepenuhnya."

Lagi sekali Aira Aleeya merapatkan semula pelukan yang tadinya renggang sekejap, Puan Nora mengucap syukur kerana anaknya sudahpun sembuh dari penyakitnya dan mula waras.

'Ya Allah, Kau lah yang maha berkuasa dan maha mengampuni, Ampunkan lah dosa anakku ini. Aku tahu  ini adalah rancangan yang maha berkuasa, Ini adalah sebuah jalan cerita buat anakku, Aira Aleeya. '

'Mama, Maafkan Aleeya... Aleeya sayang mama...'







__________

Turtt turtt....

Turrtt turtt....

"Hello?"
Puan Nora segera menjawab panggilan yang berkali-kalu dari pihak Hospital.

"Assalamualaikum Puan Nora, Ini emergency. Aira Aleeya dalam keadaan kritikal, Kepala nya terhentak akibat lantai licin membuatkan tempurungnya agak retak. Sekarang ni dia berada di wad tahanan. Minta agar Puan datang melihat kondisinya."

"Astaghfirullahal azim!! Baik lah baiklah, Saya datang."
Puan Nora menekup mulut menahan perasaan sedihnya, Dia berdoa didalam hati agar Aleeya baik-baik sahaja.

CRAZIERCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang