🔪-Dua Lapan

138 16 9
                                        

"Mama... Mama rindu ayah tak?"

"Ofcourse, Dear."

"Habistu kenapa mama taknak cari ayah lepastu berbaik balik?"

"Boleh je, Tapikan papa dah jatuhkan talak. Mama dah tak boleh buat apa-apa, Kalau tidak mama akan pujuk ayah."

"Hurm."

"Aleeya rindu ayah?"

"Ofcourse."

"Kenapa Aleeya tak cari ayah lepastu peluk ayah kuat-kuat, Kata rindu."

"Tapi Aleeya takut.. Ayah garang sangat. Tak pasal-pasal Aleeya peluk ayah nanti dia bagi penampar bisu dekat Aleeya, Malu Aleeya nanti."

"Ada-ada jelah kamu ni, Ni siapa yang nak ambil kamu ni.. Mama tak boleh nak hantar, Kereta rosak."

"Danial."

____________

"Arhhh...."

Mataku tercelik.
Kesan luka tadi terasa ngilu dan sakit. Tanganku digerakkan perlahan cuba untuk memegang bahagian tikaman tadi, Tetapi cepat ditepis oleh tangan yang lain.

Aku terkejut dengan diri sendiri.

Aku hidup?

Ya allah.... Aku hidup!
Dalam hati ini bagaikan mahu sujud syukur juga, Tetapi hati mula berubah menjadi sayu. Baru sekarang aku nak sebut nama tuhan aku, Sedangkan selama ini aku sering lupa akan segala hal ibadah dan amalanku.

Kali ini mataku terbuka luas.
Kabur dengan sekeliling. Suhu badan aku agak lemah dan tidak berdaya.

Saat aku cuba menoleh mata aku terpaku pada seseorang yang sedang fokus memerah kain basah dan ditaruk ais pada kain itu.
M

ukanya yang tenang dan sedikit memerah itu mula menyentakkan tangkai hati aku. Sedikit pun dia tidak melihat muka aku yang sedang menatap dia. Ya.
Aku kenal mamat ni.

Kain perahan dan campuran ais itu diletakkan dibahagian luka dalam yang berada dibelakang badan kini. Bajuku sudahpun ditukar yang baharu dan diselak keatas, Senang baginya untuk merawat.
Mukaku berkerut menahan pedih dan ngilu.

"Ahh! Sakit..."
Resah dengan kesakitan yang menyucuk. Sungguh perit. Lagi perit apabila yang menikam aku ialah ayah sendiri. Ayah kandung.

Slow sahaja tekanannya. Tetapi itu cukup membuatkan aku terasa derita. Aku cuba menggerakkan badan aku.
Tapi laju dia menahan.

"Jangan banyak bergerak."
Arahnya.

Kerana terpaksa aku relakan. Jadi aku mengambil keputusan untuk terus senyap.
Aku masih bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk hidup dan masuh bernyawa. Sangat bersyukur.

Lama kemudian terasa senyap dan sunyi, Tiada sebarang pergerakan mahupun suara. Malah bunyi deruan angin juga tidak lagi kedengaran.
Aku cuba menggagahkan diri untuk bangun.
Tetapi sakit yang menguasai tubuh badan.
Tangan merayap kebahagian luka tikaman yang dihasilkan oleh ayah.

Terasa seperti dedawai yang bercantum dengan kulit aku. Tak kanlah Danial jahit kesan tu?

Zap!

CRAZIERCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang