"You, And I... We're like fireworks and symphonies exploding in the sky, With you I'm alive. Like all the missing pieces of my heart they finally collide"
Lagu we the kings ft. Elena Coats aku nyanyikan, Bosan tahap legend.
Aku mula menjejakkan kaki kelantai dapur. Kerana darah yang berlumuran ditangan aku jadi tak selesa, Dengan itu aku berjalan kearah singki dapur kapal dan membuka paipnya.
Air meluncur laju keluar, Bila dimana aku dapat menyentuh air yang jernih itu aku jadi batak.
First aku basuh tangan dahulu.
Sampai bersih aku cuci pula muka dengan perlahan-lahan, Menggeletar tangan apabila membasuh muka.
Disebabkan dah berhari-hari aku tidak menyentuh air jadi ia tersangatlah batak, Dan sejuk pada air itu membuatkan aku nak terkencing.
Tandas yang berdekatan didapur aku masuk dan selesai sahaja aku keluar semula dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir.
Dapur ini aku lihat dengan teliti.
Mencari makanan yang boleh mengenyangkan perut yang lapar ini.
Peti ais dibuka.
Kosong.
Wattapak?!
Lalu laci dibawah singki pun aku buka dan lihat didalamnya.
Still kosong.
Ini memang tak lawak.
Tangan mula naik memegang perut sendiri. Mummy.. I'm hungry..
Dalam aku sedang berduka cita aku terdengar pintu disudut hujung sana berdentum dengan kuat.
Tak terkejut pun.
Terus aku berjalan keluar dari dapur.
Didalam hati menyumpah-nyumpah segalanya.
Harap je ada dapur, Tapi takdek makanan! Tak payah buat dapur kalau macam tu.
Omelku sendirian.
"Danial.. You hear me?"
Soalku seorang diri tapi lebih ditujukan pada insan yang bernama Danial Rifqi.
Weah....
Penat betullah cari mamat ni.
Tapi kenapa aku nak kena cari dia? Macam perigi cari timba pula. Tapi siapa yang nak temankan aku nanti? Arif dah lah tak nak bercakap dengan aku. Roy pun lebih kurang je.
Kreakkkkk......
Pintu yang berdentum kuat tadi kini ia terbuka secara automatik. Angkara sifat yang ingin tahu ini kuat jadi aku terus mengatur langkah pergi kearah bilik itu.
Hasrat aku mengatakan bahawa Danial benar-benar berada didalam bilik itu menunggu aku.
Bila sampai sahaja aku terus kaku.
Lelaki yang sedang terbaring elok diatas katil itu aku pandang lama. Lama aku perhatikan sebelum aku datang dekat padanya.
Riak muka aku terus berubah.
Hati mula sebu memandang lelaki yang masih tenang berbaring beralaskan tilam dan bantal.
"Dean..."
Mulutku menggumam namanya pelan. Tangan kanan mula menjalar kebahagian dadanya yang terdedah. Dia hanya mengenakan seluar sahaja.
Aku terduduk ditepi katil dan terus menatap lama wajahnya yang pucat itu, Matanya tertutup rapat.
"Hey... Honey. Do you miss me?"
Soalku.
Tangan ligat bermain dengan rambutnya yang kering. Bibir aku kemam kuat, Cuba untuk menahan dari keluarnya air mata.
Aku terlalu rindu dengan jejaka yang bernama Dean. Walaupun aku sudah tahu latar belakangnya bersama Hanna, Tapi aku tak heran. Kerana Dean sahaja yang melayani aku dengan baik apabila aku sedih dan murung.
Ada juga Danial yang sentiasa menemani, Tapi rasa perasaan itu lain.
ANDA SEDANG MEMBACA
CRAZIER
Mystery / Thriller[EDITING] "I'm just tired, You know?? I'm just fucking tired!! Do understand..." Mengisahkan tentang 9 member yang terdiri dari kalangan orang berada,Tidak kisah Perempuan atau Lelaki. Kaya ataupun miskin. Tinggi mahupun Rendah. Bercuti di pertenga...
