🔪-satu

348 25 8
                                    

"WARGHH!!!!!"
Aku punya reaction bila masuk dalam ship, terkejut tu tak leh nak digambarkan. 'Warghh!!'
Dah mulut cakap 'wargh'dalam hati pun nak menyeru jugak.

Dean melepaskan pelukan dari pinggang aku, Dia meletakkan bag dahulu, Aku tisha Syirah Dan Hanna semuanya teruja dengan design dalam kapal ni.

Aku dan buddy terus berlari kearah belakang kapal, Kapal pun sudah siap sedia mahu bergerak. Cuma aku tak nampak Fakhrul.
Jangan kata dia terjun laut sudah!
Akibat dia terlalu batak sampaikan air laut pun dia boleh hirup sampai kering.
Syirah menjerit teruja dengan permandangan di luar. Padahal kapal baru je nak bergerak. Poyo je lah Syirah ni.
Hanna datang menepuk bahu aku. Aku menoleh memandang dia.

"Aleeya, Kita nak duduk bilik mana?"
Hanna memegang bagnya,
Ha'ah! Baru aku teringat tentang pemilihan bilik. Aku tak sabar sangat nih nak tengok katil aku.

Aku nampak Danial lalu membawa bag terus aku dapatkan dia. Yelah! Sebab dia yang sewa kapal ni, Confirm dia tahu semua selok belok penjuru di dalam kapal nih. Aku nak suruh dia buat pilihan bilik aku!

"Errr... Danial." sapa aku.
Aku harap dia balas Sebab dia ni senyap sikit. haih.. mentang-mentang lah muka tu hensem.

Dia memandang aku kemudian tersenyum, Argh!! Melting siot!
"Ya"

"Ermm.. Boleh tak kau bagikan bilik aku dengan Hanna?" Tanya aku untuk menyuruh Danial pilihkan untuk aku.

Dia melangkah .
"Ikut aku"
Aku mengikut menbontotinya, Dari belakang aku lihat bentuk figuranya sahaja dah tampan.
Patutlah dekat kampus semua perempuan tergila-gilakan dia.
Bila dia datang je semua menjerit macam Justin Bieber yang datang.

Tapi sungguh aku katakan, Tak boleh nak dinafikan yang Danial ni memang hensem. Oopss!
Aku dah terCrush pulak dengan dia nih. Nasib Dean masih ada lagi dalam hati aku. Nak tackle si Danial ni susah sangat. Aku pernah mencuba nasib, Tetapi malang menimpa, Ketika Dia sedang di minati ramai pelajar perempuan. Dia serabut lalu berkata dengan lantang

"WOI! AKU SIKIT PUN TAK NAK LAH DENGAN KORANG SEMUA NI!! SIKIT PUN AKU TAK AKAN SUKA DEKAT PEREMPUAN! SIKIT PUN TAK! Sial!!"

Time tu aku pun sentap jugak lah. Aku ambil course yang sama dengan Danial, Jadi aku selalu perhatikan dia, Nampak yang dia ni berkawan dengan lelaki je. Kalau perempuan pun jenis yang chillax dan ganas, Dia sedikit pun tak akan berkawan dengan perempuan yang menyukainya.
fuhh...
Nasib dia tak tahu yang aku dalam diam suka sikit kat dia. Suka tengok dia je lah. Kalau dia tahu confirm aku tak terikut sekali naik kapal mewah macam ni.

"Dah habis berangan dah?"
Suaranya menyentakkan aku yang sedang mengelamun sambil berjalan. Muka aku tersembam kedadanya akibat dia berhenti dan aku masih melangkah.
Warghh!! Malunya!.
Aku jauhkan sedikit jarak aku dengan dia, Merah muka aku.

"Err.. Sorry! Tak perasan pulak"

Danial tersengih macam mengejek aku.
Kemudian dia membuka pintu bilik
Dan membawa bag aku sekali masuk.
Yang ni gila!!
Serius aku kata gila!!

"HANNA!!!" Aku menjerit nama Hanna yang bakal menjadi roommate aku. Akibat teruja punya pasal.
Danial menekup mulut aku.

"Bingit arr kau nih, Dah! ni bilik kau. Aku pergi dulu."
Danial berlalu pergi dan mata aku masih kaku memandang suasana bilik. Hanna berlari membawa bagnya. Sampai didepan bilik dia turut terbehenti.

"Maigadd!!!"

Dia melangkah masuk dan aku juga ikut kelakuannya, Diletakkan barang atas sofa kemudian dia memandang aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia melangkah masuk dan aku juga ikut kelakuannya, Diletakkan barang atas sofa kemudian dia memandang aku.
Aku tersengih juga membalas pandangan dia. Lepastu aku pandang katil.

"One! Two! Three!"

"Arghh!!!"
Aku dan Hanna serentak melompat atas katil yang 'bapak empuk namampuihh" Dan kami berdua tergelak bersama-sama. Aku membetulkan posisi pembaringan, Aku lihat depan katil bed kami mempunyai screen television yang amat besar!
Damnhot Danial'

Hanna tersenyum riang.
"Untung siapa dapat Danial, Kaya gila dia! Aku peliklah. kenapa dia tak nak ada awek eh? Sedangkan dia tahu yang dia tuh ramai peminat."

Hanna bercerita membuka topic tentang Danial. Aku menjongketkan kening, pelik.

"Kenapa pulak dia nak kena ada awek?" Tanya aku.
Tak logic jugak Hanna ni.
Tak ada kena mengena pun dengan girlfriend dan peminat"

"Ya lah! Kalau dia ada awek, Pasti perempuan yang lain dah tak nak kacau dia!"
Wah! Logic jugak si Hanna ni. Aku tarik balik kata-kata aku tadi.
Memang betul pun.
Kadang aku pun terpikir pasal tu jugak. Dia tak teringin nak ada girlfriend ke? Kalau tak nak budak kampus pun carilah budak luar.
hurmmm...

"Arhh.. Biar lah dia. Dah! Aku nak tidur, Penat ni jalan jauh. Kalau kau nak keluar pergilah"
Aku mula nak lelapkan mata.
Hanna menampar 'slow' bahu aku.

"Aduh! Babun kau nih"
rengus aku.

"Tidur je. Dah lah aku nak pergi depan kapal tau!" Katanya.

"Ofcourse arr! Dah dapat tilam Vono! HaHa!"
Aku tergelak kuat dekat Hanna, Dia menjeling buat muka menyampah.

"Vono lah sangat"

Lama aku gelak sampailah Hanna pergi dan aku pun tertidur, Harap dapat mimpi indah bersama Dean.

CRAZIERWhere stories live. Discover now