🔪 -Tiga Empat

159 16 3
                                        

Srakkk.....

Tirai bilik wad Fakhrul diselak oleh seorang jejaka yang sudah lama sampai dan ingin melawat kawannya.

Fakhrul yang sedang leka dengan siaran television berpaling memandang kawan yang sedang ditunggu-tunggu, Lalu dia tersenyum dan lelaki itu pun membalas kembali senyuman Fakhrul.

"Yoo.. Long time no see ah?"
Fakhrul menegur dahulu sebelum Danial datang menghampiri.

Ada muka terkejut sedikit pada Danial yang melihat keadaan Fakhrul yang begitu lemah, Tanpa tangan sebelah dan juga mukanya yang pucat lesi, Seperti kekurangan darah sahaja kelihatannya.

"Wh.. What happened to you, Fakhrul?"
Soal Danial dengan penuh kerisauan.

Fakhrul tersengih sumbing dengan pertanyaan itu, Dia tunduk lalu memandang keribanya sendiri. Danial pula duduk dikerusi berhampiran katil Fakhrul.

"Hurmmm... About your crush, Aleeya. Aira Aleeya."
Mendatar sahaja bunyinya.

Danial tergamam mendengar nama itu, Tidak mungkin Aleeya yang memutuskan tangan kanan Fakhrul? Takkan lah tahap phobia Aleeya sehingga begitu sekali?

"Wait! Kau nak cakap yang Aleeya putuskan tangan kau?!"

"Lebih kurang lah..."

Sekali lagi Fakhrul tersengih namun hambar sengihan dia. Tak tahu nak cakap macam mana lagi.
Pihak polis sudahpun berjaya menangkap Aleeya dan sekarang Aleeya berada dipusat tahanan. Kes Aleeya bukan lagi biasa mahupun sedang-sedang. Tetapi lebih kepada critical.
Danial menghembus nafas berat.
Tidak sangka.

"Now, Aleeya kat mana?"
Soalnya lagi.

"Entah, Petang ni mak dia datang. And aku kena pergi mahkamah, Nak buat kata putus. Pasti mak dia sedih."

"Mana yang lain? Dean, Hanna, Arif, Roy, Tisha, Syirah?"

Fakhrul mengetap bibir, Susah baginya untuk memberitahu perihal ini kepada Danial. Dia yang terlepas pun sudah putus tangan. Apalagi yang lain?
Danial menunggu jawapan dari Fakhrul, Fakhrul tak mampu untuk bercakap hal itu.

"Da... Danial... Diorang dah.. Mati.."

"What?!!!"
Lantang suara Danial.
Bagai mahu terkeluar biji mata mendengar kenyataan tersebut, Tidak mungkin yang lain boleh mati.

"Kau jangan nak prank aku!"

"Aku tak prank kau lah, Sial! Kalau kau dah nampak tangan aku pun takde, Habistu yang lain pergi mana?!! Masuk kubur lah, Setan!!"

Fakhrul berang.
Kesabarannya tercabar apabila dia mengingati balik setiap pembunuhan Aleeya terhadap kawan-kawannya.
Setiap seorang Fakhrul melihat kematiannya. Matinya mereka ditangan Aleeya.

Tangan Danial naik meraup muka kemudian dia flipkan pula rambutnya kebelakang, Tidak diduga bahawa tahap phobia Aleeya membawa padah dan juga menjadikan dia seorang pembunuh.

"Bukan diorang je, Bapak dia sendiri pun dia bunuh..."
Sambung Fakhrul lagi dalam nada tenang tapi berat untuk menyatakan.

"Macam mana kau boleh terlepas?"
Dipalingkan mukanya memandang Fakhrul.

"Dia Berimaginasi Sorang-sorang, Macam apa yang kau tahu dan nampak sebelum ni. She always imagined about you, And dia tolak aku jatuh, Walaupun hakikatnya aku hidup, Tapi cabaran aku nak sampai kepantai tu dahsyat."
Fakhrul berhenti seketika, Lalu menarik nafasnya.

"Tangan aku tersangkut dekat satu benda kat dasar, Aku dah try untuk tarik balik, Time tu nafas aku dah kurang. If aku tak naik aku boleh mati lemas.
So aku ambil keputusan untuk kelar tangan aku sendiri. Dalam sakit tu aku fikir satu je, Aku nak balik. Aku nak report segalanya dan aku tak kesah tentang tangan aku."
Jelas Fakhrul panjang lebar.

CRAZIERCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang