🔪 -Sebelas

183 15 2
                                        

"Welcome to our world, Dear Aleeya".

Habis sahaja ayat itu keluar aku dah tak ingat apa yang berlaku selepas itu. Pandangan aku kian gelap.
Perkara yang paling terakhir sekali aku dengar ialah.

"ALEEYA!! Wake up!"

Suara Hanna. Ya, Itu suara Hanna.

_______

"Danial!!"

"Yes Aleeya, What's wrong?"

"Aku takut..."

"Sokay, I'm here with you, I'll always stand by your side"

"Danial... Jangan tinggalkan aku. Aku takut gelap."

"Shhhtt...."

_______

Aku terjaga.
Saat aku mahu membuka mata, Niat aku terus terbatal apabila ada satu tangan bermain dengan bulu mata aku, Aku cuba untuk tahan daripada berkedip.
Kemudian telapak tangan itu turun pula pada pipi aku.
Dielusnya dengan lembut tapi sangat menggetarkan jiwa.
Dia tergelak kecil.

"Aleeya, I know you're already wake.."
Bagaimana dia tahu?
Tak jadi ke dengan lakonan aku tadi?

Aku masih memejamkan mata, Takut untuk membukanya. Bau yang harum mula menusuk laju lubang hidung aku, Tiada lagi bau darah ketika ini. Mahupun bau hanyir juga bau yang meloyakan tekak.

"Kenapa kau taknak bukak mata? Nak aku bukak kan ke??"
Katanya.

Hatiku gugup waktu ini, Was-was dengan pemilihan sendiri, Derapan kaki dia mula mendekati aku dan duduk dibirai katil berhampiran dengan tubuh aku yang masih kaku.
Aku terdengar bunyi pisau yang dikeluarkan dari kantungnya yang tersendiri.

"Okay, Last chance, Aku akan ko--"

"Okay-okay!! I already opened my eyes now! Please don't do that,
Dani--al?"
Mata aku tak beralih ketempat lain selain memandang kearahnya.
Senyumannya dipamerkan pada aku.
Aku berundur kebelakang sambil menggeleng-gelengkan kepala aku tanda tidak percaya. aku memandang pisau itu. Dan kapak yang berada dibelakangnya. Kapak yang aku lihat ketika berjalan dengannya tadi.
semua peralatan yang membahayakan tersusun rapi diatas meja.

Tak!! Tak mungkin Danial yang buat semua ni! Tak mungkin Danial boleh bunuh diorang!

"So, How? Sleeping tight huh?"
Danial Smirk**

"What?? Danial... "
Danial mendekati aku sambil tangannya erat memegang pisau.
Aku berundur kebelakang dengan jantung yang berdebar bagai nak meletup rasanya.
Danial tersenyum sinis sambil merangkak menuju kearah aku.

Aku mula terperangkap dengan dinding dibelakang dan itu membuatkan Danial mendapat peluang untuk mendekati aku dengan lebih dekat.

Tangan kanannya disua kepipi kiri aku, Aku memejamkan mata. Kini jaraknya antara aku sangatlah dekat.

"Happy? I'm sorry because I'm lying to you, Dear.. Dean tak mati, And I'm sorry for last night... Syirah was gone, And thanks for that hug. so warm.."
Katanya perlahan.
Tapi sangat menyeramkan.

CRAZIERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang