🔪-Dua Puluh

249 24 10
                                        

"Mama

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Mama..."

"AHH!! Aku dah bosan tengok muka korang berdua ni!! Kerja nak menyusahkan je!! Anak kau tu patut mati faham tak!!? Kau berdua ni tak patut ada dalam dunia!!!"

"Yaallah!! Apa abang cakap ni?! Aleeya tu anak kita bang!! Saya lahirkan dia dengan perasaan cinta saya pada abang!! Kenapa dengan abang ni? Ke dah ada perempuan.... "

PANG!!!

"mama!!"

Belum sempat puan Nora menghabiskan ayat bebelannya sebuah tamparan khas sudah melayang kepipinya kuat.
Aleeya yang dari tadi duduk ditangga sambil. emeluk palang tanggan itu pantas mendapatkan mamanya yang sedang terkulai lemah jatuh dilantai.

"KAU DIAM!!Eh, Kau dengar sini NORA!! Mulai saat ini! Aku ceraikan kau dengan talak 100!! Pergi MAMPUSS!!"

"Jangan abang!! Tolong! Jangan tinggalkan saya dengan Aleeya!! "

Rayu puan Nora sambil mengesot cuba untuk mendapatkan suaminya.
Aleeya tergamam apabila mendengar setiap bait lafaz penceraian yang sudah dituturkan oleh mulut ayahnya.
Riak wajah kosong mula dipamerkan.

"Eh Perempuan!!"

Rambut Aleeya ditarik kasar dan serta-merta Aleeya terbangun menghadap muka bengis ayahnya, Mata melirik melihat renungan tajam oleh bapanya sendiri, Sungguh menakutkan.

"Sakit Ayah!!"

"Kau dengar sini!! Kau dengan mak kau sama je!! Perangai macam lahanat!! Baik mati je bagus!! Mulai sekarang kau jangan gelarkan aku Ayah kau lagi!! Kau faham?!!"

Aleeya ditolak kasar hingga jatuh melutut dan merengus kesakitan.
Ketika Ayahnya mahu pergi dengan secepat mungkin Aleeya memaut laju lalu dipeluk kuat.

"Ayah!! Tolong jangan tinggalkan Aleeya dengan Mama!! Tolong! Aleeya tak kisah kalau Ayah nak kahwin lain! Tapi jangan tinggalkan kami!!"

Dengan kekuatan lelaki yang kuat Aleeya ditendang hingga kepalanya tepat mengenai bucu tangga yang terakhir.
Berpinar-pinar kepalanya menahan sakit yang dirasa. Muka ayahnya dipandang sekilas, Tersengih dan berlalu meninggalkan mereka berdua.

"ALEEYA!! Yaallah Anak mama!! ABANG!!!!!!!"

Itulah perkara terakhir sekalj yang Aleeya dengar sebelum dia memejam mata rapat dan dipindahkan ke hospital dengan segera.

CRAZIERCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang